Kerajaan Benar Rentas Negeri Mulai Rabu Muhyiddin Yassin


Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai Rabu ini kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB), umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Ketika mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan PKPB yang akan berakhir Selasa ini, Muhyiddin berkata itu merupakan antara beberapa kelonggaran yang dibenarkan ketika negara berada dalam fasa pemulihan Covid-19.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri yang lain, boleh berbuat berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.


“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, hari ini.


Selain itu, Perdana Menteri, berkata turut dibenarkan dalam tempoh PKPP ialah aktiviti komersial melibatkan pemasaran bukan dalam premis perniagaan, lawatan ke muzium, aktiviti ‘indoor busking’, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial.


Muhyiddin berkata mulai tarikh PKPP dikuatkuasa, dobi layan diri dan penggambaran filem serta penganjuran mesyuarat dan bengkel, turut dibenarkan dengan syarat protokol kesihatan dipatuhi dan penggunaan ruang dioptimumkan.

Bagi aktiviti sukan dan rekreasi pula, beliau berkata ia dibenarkan selagi tidak melibatkan sentuhan badan seperti sukan boling, badminton, memanah dan menembak, termasuk aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal.

“Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki,” katanya.

Selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik juga dibenarkan, namun bagi yang berhasrat melancong ke luar negara, katanya ‘tunggu dahulu’ kerana sempadan negara masih ditutup buat masa ini.

Mengenai sekolah, Muhyiddin ambil maklum sudah pastinya, ramai ibu bapa yang tertanya-tanya tarikh ia akan dibuka semula.

“Untuk makluman saudara-saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/kerajaan-benar-rentas-negeri-mulai-rabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 569 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini PKPP antara lain membenarkan pergeraka...
Untuk Golongan Bujang Rentas Negeri Bagi Masa Untuk Kerajaan Bincang Menteri

Untuk Golongan Bujang Rentas Negeri Bagi Masa Untuk Kerajaan Bincang Menteri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 450 hits
Nasib golongan bujang untuk pulang ke kampung halaman setelah lama terpisah dengan keluarga akan diketahui dalam masa terdekat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri berkata Mesyuarat Khas Menteri Menteri telah mula berbincang dari se...
Akhirnya Pm Umumkan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini Tapi Ada Syarat Tak Sangka Ini Syaratnya

Akhirnya Pm Umumkan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini Tapi Ada Syarat Tak Sangka Ini Syaratnya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 467 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan PKPD PM MuhyiddinYassinAkhirnya PM Umumkan Rentas Negeri Dibena...
Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun 2020

Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 898 hits
Alhamdulillah dan tahniah rakyat Malaysia Kita hampir menang YAB Perdana Menteri mengumumkan petang tadi bahawa PKPB akan ditamatkan pada 10 Jun ini dan digantikan dengan PKPP sehingga 31 Ogos 2020 di mana hampir semua aktiviti yang dilaran...
Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020

Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 820 hits
Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020 Kehidupan hari ini kian berubah Kalau dulu kemana mana ikut suka hati individu sahaja Tapi sekarang segala pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan Bagaimana perasaan anda ketika itu Bagaima...
Rentas Negeri Akan Dibenarkan Mulai 10 Jun Kecuali Di Kawasan Pkpd Pm

Rentas Negeri Akan Dibenarkan Mulai 10 Jun Kecuali Di Kawasan Pkpd Pm

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini Mulai 10 Jun 2020 perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD Jadi bagi mereka y...
Pkp Pemulihan Mulai 10 Jun Rentas Negeri Dibenarkan

Pkp Pemulihan Mulai 10 Jun Rentas Negeri Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 628 hits
June 7 2020 3 17 PMMuhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan domestik dibenarkan tetapi pelancongan ke luar negara dilarang kerana sempadan negara masih ditutup PUTRAJAYA Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyara...
Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun Sekolah Juga Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun Sekolah Juga Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 464 hits
Sehubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan yang akan dikuatkuasa bermua dari 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 beberapa kelonggaran baharu akan dilaksanakan Paling ditunggu pastinya kebolehan untuk rakyat Malaysia ...
Rentasan 687 Panas Ini Amaran Pemuda Ph Kepada Muhyiddin Yassin

Rentasan 687 Panas Ini Amaran Pemuda Ph Kepada Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 302 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6871 PEMUDA PH LAPOR SPRM RASUAH JAWATAN UNTUK SOKONGAn 2 BOLEHKAH AHLI PARLIMEN MEMEGANG JAWATAN BERPENDAPATAN 3 TIBA TIBA PERAMPAS PULA GELAR MANGSANYA GILA KUASA 4 PH BANYAK KEBAIKAN SELAMA 22 BULAN KENAPA RAKYAT T...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf