Jadilah Sesumringah Anwar Dalam Menanti Harapan


 
Jadilah sesumringah Anwar dalam menanti harapan NOTA PERJUMPAAN

Saya menghadiahkan buku terbaru
saya kepada Anwar. KELMARIN saya mengunjungi Anwar Ibrahim di pejabatnya di Petaling Jaya. Kunjungan itu disertakan sama oleh Adun Tebing Tinggi Perak, Dr Abd Aziz Bari yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak. 
Sebenarnya saya jarang membuat kunjungan terhadapnya. Kunjungan kelmarin itu bolehlah dianggap sebagai rasmi, kerana kami tidak bercakap sambil berdiri atau sekadar berpapasan di jalanan cuma atau santai di warkop. 
Saya diberikan kerusi dan perbualan dalam bilik agak eksklusif. Sedikit serius tetapi tetap ada kesantaiannya.
Dalam perjumpaan berdurasi 53:45 saat itu ada beberapa perkara sempat disinggung untuk mendapat perhatiannya. Saya lebih banyak bercakap sebagai penulis kecil yang bebas berkenaan keadaan politik semasa, sementara Dr Abd Aziz Bari pula bercakap soal politik akademiknya.
Maklumat dan pemakluman.
Menarik dan keterujaan itu dapat saya simpulkan tentang sesuatu diperkatakan oleh Anwar. Suatu maklumat dan pemakluman? Sesuatu yang menyenangkan saya dan juga Dr Abd Aziz dan juga orang lain tentunya. Sepanjang pertemuan itu beliau ceria dan sumringah sekali dan tidak nampak tertekan. Keadaan itu tentulah menyakinkan orang lain juga sehingga boleh membuat apa-apa prediksi sendiri.
Dalam hubungan saya dengan Anwar, saya bersimpati kepada nasibnya yang masih menunggu untuk dinobatkan selaku perdana menteri, tetapi masih belum menjadi kenyataan. Ia berlalu agak lama tetapi dalam kamus orang politik tidak ada apa disebut sebagai lama. Semuanya seakan baru bermula semalam. Anwar merasai dan sedang menghayati itu sebab itu dia tenang.
Untuk dirinya sendiri walaupun beliau sudah berada diambang koridor kuasa sebagai PM, tetapi beliau ditangkis dan terbuang. Pertama tahun 1998 apabila kedudukan sebagai orang nombor dua dilucutkan. Dan terbaru harapannya terkulai apabila hancurnya kerajaan PH yang sudah pun mengkonsensuskan beliau akan jadi PM selepas Dr Mahathir Mohamad (OT95). 
Beliau dilihat jauh tergolek dari kerusi PM tetapi .. baginya tangkisan dan apa yang berlaku itu sebagai baru permulaan semula buatnya. Itu keampuhan sikap seorang pejuang, patah keris beralaskan hulu, tujuh kali jatuh tersembam gagah bangkit berdiri melawan. Lawan tetap lawan. 
Seperti mana saya tulis dalam buku-buku saya bahawa beliau didambakan oleh rakyat untuk menjadi perdana menteri setelah rakyat membaca dan menghadami keuletan beliau sebagai pemimpin. Harapan rakyat saya kira lebih berkobar-kobar daripada impiannya sendiri setelah mengenali betapa sukar untuk beliau melompat ke kerusi itu kerana pelbagai tribulasi dan mehnah dihadapinya, dari dipermainkan, diolok-olok dan dikhianati.
Bagi rakyat pula yang mengenali pasti dan menyadari akan kesempurnaan beliau untuk menjadi PM terbaik buat Malaysia sangat mengharap beliau suatu hari akan diangkat menjadi perdana menteri. Tegasnya politik Malaysia tidak akan lengkap dan sempurna kalau Anwar tidak menjadi perdana menteri. 
Kita ada pandangan dan sikap tersendiri dalam hal ini. Kita juga ada idola masing-masing. Bagi mereka yang menolak dan menghalangnya ada alasan sendiri kenapa mereka bertindak begitu. Nah, begitu juga yang mendambakan beliau jadi pemimpin nombor satu negara ada alasan tersendiri.
Tidak ada masalah kalau kita bertengkar untuk mempertahankan idola dan tokoh masing-masing asalkan saja kita rasional, berwibawa dan bermoral. 
Dalam pertemuan itu saya tidak tanya kepadanya apa usaha dilakukan sekarang ini untuk memenuhi harapan itu, jadi PM. Cuma apa yang dapat diselami Anwar seorang yang optimis dan tidak pernah berputus asa. Semangat yang dipegang itulah harus menjadi pegangan semua orang yang menyokongnya.
Kehebatan diri beliau menghadapi pancaroba itulah juga menyebabkan orang-orang mendukungnya di bawah menjadi semakin utuh dan penasaran berharap beliau segera menjadi perdana menteri.
Mengakhir pertemuan itu ada sepatah perkataan diluahkan sang Bapak Reformis itu yang tidak boleh saya kongsikan di sini. Nantinya bila sampai masanya saya akan buka dan sebut juga sepatah kata-katanya itu yang saya sifatkan sebagai semangkuk emas sedulang intan. Dr Abd Aziz juga mungkin bersetuju atau pun beliau kurang perasan apa disebut Anwar itu.  
Makanya kepada mereka mengharapkan Anwar jadi perdana menteri teruslah ikhlas dan jaga diri semua biar sihat, yakin dan jadilah seperti sesumrigahnya Anwar dalam menanti detik itu. [wm.kl.10:56 am 23/12/2020]
Glossori:
Warko = warung kopi, kedai kopi, mengopi.
Sumringah = jelingah, ceria berseri-seri, gembira dan bahagian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/jadilah-sesumringah-anwar-dalam-menanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menanti Lebih Banyak Tembelang Politik Anwar Pecah

Menanti Lebih Banyak Tembelang Politik Anwar Pecah

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 278 hits
MOHAMAD ASRI EDISI 9 TIDAK seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang sejak pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu satu demi satu belanjawan kementerian atau kata lainnya Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat jawatan...
Lelaki Putus Harapan Selepas Disahkan Mengidap Kanser Nekad Gali Dan Duduk Dalam Kubur Menanti Ajal

Lelaki Putus Harapan Selepas Disahkan Mengidap Kanser Nekad Gali Dan Duduk Dalam Kubur Menanti Ajal

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 315 hits
loading Seorang lelaki warga emas dari China menderita penyakit barah limfoma bertindak menyembunyikan dirinya dalam lubang kubur selepas hilang harapan untuk pulih daripada penyakitnya itu
Tun M Kembali Ke Pakatan Harapan Ini Jawapan Anwar Ibrahim

Tun M Kembali Ke Pakatan Harapan Ini Jawapan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 261 hits
Tun M kembali ke Pakatan Harapan Ini jawapan Anwar Ibrahim Firdaus AzilDisember 29 2020 Ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi tegas Anwar Ibrahim Gambar failSHAH ALAM Pak...
Pakatan Harapan Akan Musnah Jika Anwar Kekal Ketua Pakatan

Pakatan Harapan Akan Musnah Jika Anwar Kekal Ketua Pakatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 320 hits
SUDAH hampir 8 bulan Anwar Ibrahim memberi harapan kepada ahli ahli Pakatan Harapan terutamanya pemimpin DAP Amanah dan pemimpin bawahan PKR bahawa beliau akan menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin dan beliau menjadi Perdana Menteri Akhirn...
Can Harapan Move On From Anwar Ibrahim

Can Harapan Move On From Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 388 hits
Yet it s not for want of future that I m here he thought It s for want of a present John le Carr The Honourable SchoolboyThe problem with Pakatan Harapan s leadership issue is that nobody is stepping up and challenging Anwar Ibrahim for the...
Saya Tidak Tahu Bung Moktar Nafi Kemuka Sd Sokong Anwar

Saya Tidak Tahu Bung Moktar Nafi Kemuka Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 266 hits
442 total views 241 views today KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau merupakan antara 10 Ahli Parlimen daripada UMNO yang mengemukakan akuan bersumpah menyokong Pre...
Pkr Facing Freedom Of Speech Crisis After Leaked Whatsapp Message Critical Of Anwar

Pkr Facing Freedom Of Speech Crisis After Leaked Whatsapp Message Critical Of Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 306 hits
All 14 state PKR Youth leaders tonight implored their peers to resolve their party differences through internal channels instead of airing their grievances publicly They pleaded with their party colleagues not to let their agitation show ca...
Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 268 hits
89 total views 89 views today KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar I...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator