Tun M Dedah Wujud Cubaan Terdesak Pada 9 Mei


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapat cubaan ‘di sebalik tirai’ beberapa jam sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan secara rasmi enam bulan lalu.
Perdana Menteri berkata, Pakatan Harapan (PH) berdepan ‘masalah dari dalam’ pada malam 9 Mei lalu sebelum membentuk kerajaan pada peringkat Pusat.
Beliau berkata, terdapat cubaan daripada pemimpin UMNO dan PAS untuk menarik Ahli Parlimen Melayu-Islam dari PH bagi membentuk kerajaan.
“Ia berkaitan politik perkauman dan agama, terdapat keresahan bahawa gabungan kita tidak akan menghormati kedudukan Islam sebagaimana kerajaan sebelumnya.
“Jadi, terdapat idea menghimpunkan wakil rakyat beragama Islam daripada UMNO, PAS dan PH supaya mereka mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam,” katanya dalam temubual dengan Mekong Review.
Dr Mahathir berkata, keputusan mengejut PRU-14 menyebabkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengambil langkah terdesak untuk terus kekal berkuasa.
“Jika mereka (Ahli Parlimen Melayu-Islam) berjaya dipujuk menyeberang ke UMNO dan PAS, mereka akan memperoleh majoriti untuk menubuhkan kerajaan, ini yang menyebabkan kelewatan dalam mengumumkan kemenangan kami.
“Dari luar, peralihan kerajaan itu kelihatan lancar tetapi tidak dari dalam. Kami berdepan pelbagai kesusahan termasuk cubaan menafikan kemenangan kami, tetapi pengakhirannya baik,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian mengulas tindakan politik yang menyebabkan pengumuman keputusan rasmi PRU-14 tertangguh sehingga dikritik hebat oleh penganalisis politik.
“Kami tahu kami sudah menang pada jam 8.30 malam tetapi kami tidak mendapat pengumuman rasmi sehingga kira-kira jam 2 pagi kerana dalam tempoh berkenaan terdapat banyak usaha dan cubaan yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai. Kami tahu dan kami tahu dengan lebih banyak selepas itu,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama Ahli Parlimen PH yang cuba ditarik oleh UMNO dan PAS pada malam berkenaan.
Dr Mahathir berkata, PH tidak menjangkakan kemenangan pada PRU-14 kerana kerajaan terdahulu sangat berkuasa dan berupaya mengekalkan kuasa menggunakan ugutan dan rasuah.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengakui BN turut terkejut apabila gagal mengekalkan pemerintahan serta tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.
“Saya fikir jika mereka (BN) kalah mereka tidak akan menerima keputusan itu, tetapi margin kekalahan mereka amat besar sehinggakan tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan.
“Ramai yang menyatakan sokongan kepada pembangkang dan ada juga individu yang menasihatkan kerajaan ketika itu supaya menerima saja keputusan pilihan raya,” katanya.
Mengulas mengenai cabaran dihadapi kerajaan PH sejak 9 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, usaha berterusan sedang dilakukan untuk membuat perubahan dan memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh BN.
“Apabila sebuah negara tiba-tiba menjadi demokratik, ia tidak boleh mengendalikan kebebasan yang datang dengan demokrasi dan kerana itu ia cenderung untuk kembali kepada cara lama.
“Kejayaan Malaysia adalah kerana peralihan kuasa yang berlaku tidak membabitkan keganasan, kami tidak membawanya ke jalanan, kami tidak mensabotaj, kami tidak membunuh orang. Kami membuat perubahan melalui pilihan raya,” katanya.
Mengakui terdapat kesalahan pada pentadbiran lalu, Dr Mahathir berkata kerosakan yang berlaku tidak seteruk ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Di bawah Najib, kerajaan musnah. Pertama mereka meminjam dengan banyak dan kini kami berdepan kesusahan untuk membayarnya semula.
“Kedua, semua jentera kerajaan dibeli dengan wang supaya mereka setia kepada (bekas) Perdana Menteri, termasuk berkempen untuk parti pemerintah ketika pilihan raya lalu,” katanya.
The post Tun M Dedah Wujud Cubaan Terdesak Pada 9 Mei appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/tun-m-dedah-wujud-cubaan-terdesak-pada-9-mei/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 240 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dakwa Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Loading Zahid Hamidi mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau...
Tmj Akhirnya Dedah Jembalang Dalam Kfa

Tmj Akhirnya Dedah Jembalang Dalam Kfa

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 238 hits
SAYA akan menghubungi Datuk Hamidin Mohd Amin Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia ataupun Kevin Ramalingam Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP untuk bertanyakan sekiranya mempunyai lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar dibe...
Dedah Bos Gatal Dipenjara 6 Bulan Denda Rm144 000

Dedah Bos Gatal Dipenjara 6 Bulan Denda Rm144 000

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 313 hits
BAIQ Nuril Maknun dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya minggu lalu Foto AFPLOMBOK Seorang wanita dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya minggu lalu Keputusan mengejutkan Mahkamah Agung itu...
Speaker Dewan Negara Akan Saman Loke Dedah Rakaman Cctv Klia

Speaker Dewan Negara Akan Saman Loke Dedah Rakaman Cctv Klia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 333 hits
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran akan menyaman Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kerana menceroboh privasinya dengan pendedahan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan beliau melanggar peraturan keselamatan di laluan VI...
Polis Evo 2 Timbul Gusar Era Baru Dedah Aurat Minima Mufti

Polis Evo 2 Timbul Gusar Era Baru Dedah Aurat Minima Mufti

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 336 hits
HALAMAN HIBURAN Polis Evo 2 Tidak Hina Islam Dedah Aurat Minimum Mufti Wilayah MUFTI Wilayah persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memberi pandangan bahawa filem Polis Evo 2 tidak mengandungi mesej penghinaan kepada Islam Zulk...
Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri Dedah Diskriminasi Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia

Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri Dedah Diskriminasi Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 458 hits
Artikel ini diolah diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal Susulan tukarnya sebuah klip video yang merekodkan ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi yang dihadapi oleh masyarak...
Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan Tak Tahan Lihat Bapa Dikecam Anak Lim Guan Eng Tampil Dedah Perkara Sebenar

Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan Tak Tahan Lihat Bapa Dikecam Anak Lim Guan Eng Tampil Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 428 hits
Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan Tak tahan lihat Bapa dikecam anak Lim Guan Eng Tampil dedah perkara sebenar
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar