Speaker Dewan Negara Akan Saman Loke Dedah Rakaman Cctv Klia



(FMT) – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran akan menyaman Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook kerana menceroboh privasinya dengan pendedahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau melanggar peraturan keselamatan di laluan VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.
Presiden MIC itu berkata, tindakan undang-undang itu bertujuan melindungi maruah isteri dan anaknya yang tercemar, selepas Loke menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri untuk mendedahkan video yang mengundang banyak kritikan negatif terhadap beliau sekeluarga.
“Dia menteri, dia bukan ahli Parlimen pembangkang atau pegawai penyiasat,” katanya di Parlimen hari ini sambil menambah isu itu membabitkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan tiada kaitan dengan Loke sebagai menteri pengangkutan.
“Dia buat tuduhan saya ini penceroboh…dia lupa MAHB ialah syarikat swasta yang disenarai awam. Bila nak gunakan video tersebut, dia sepatutnya kena ada hak sebelum mendedahkannya, tapi dia tak guna pakai. Dia guna pakai video saya dengan anak-anak saya sekali.
“Ini memalukan kepada menteri (Loke) yang dia langsung tidak ada sensitiviti sebagai seorang lelaki melindungi anaknya.”
Vigneswaran berkata, beliau akan membuat laporan polis ke atas Loke yang melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana mendedahkan rakaman CCTV itu kepada orang ramai sehingga menyebabkan keluarganya terbabit dalam kontroversi.
Dalam kejadian 10.14 malam 14 November lalu, pegawai di laluan VIP KLIA meminta Vigneswaran berhenti kerana melanggar kod berpakaian.
Bagaimanapun, rakaman CCTV yang didedahkan itu menunjukkan Vigneswaran meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah di bahagian lobi VIP.
Bulan lalu, Loke mengumumkan prosedur pemeriksaan lebih ketat, termasuk pemeriksaan Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen di laluan VIP semua lapangan terbang bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pihak tertentu.
Sementara itu, Vigneswaran bertegas tidak akan memohon maaf, walaupun Loke mendesaknya berbuat demikian secara terbuka kerana melanggar peraturan keselamatan KLIA.
“Nak saya minta maaf kepada siapa? Kepada Tuhan?
“Adakah ini sistem perundangan baru yang mana tidak perlu ada mahkamah atau apa-apa, terus dia buat kesimpulan bahawa saya yang salah,” soalnya.
Semalam, Loke dilaporkan berkata, satu laporan polis dibuat pihak pengurusan KLIA pada hari kejadian dan pihaknya sedang menunggu laporan lengkap siasatan itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/19/speaker-dewan-negara-akan-saman-loke-dedah-rakaman-cctv-klia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Loke Accuses Dewan Negara President Of Flouting Klia Security Protocol

Loke Accuses Dewan Negara President Of Flouting Klia Security Protocol

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 398 hits
Transport Minister Anthony Loke has alleged that Dewan Negara president S Vigneswaran recently knowingly flouted security protocol when using the VIP lounge at the Kuala Lumpur International Airport Vigneswaran who is also MIC president has...
Tiada Diskriminasi Kaum India Ydp Dewan Negara

Tiada Diskriminasi Kaum India Ydp Dewan Negara

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menafikan wujud diskriminasi terhadap kaum India dan agama Hindu di negara ini ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional Katanya masyarakat India di negara ini khususnya yang beragama Hin...
Dewan Negara 8698

Dewan Negara 8698

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 414 hits
Dlm byk2 ahli politik Anwar antara ahli politik yg sy kagum dari dulu sampai hari ni Bila bercakap ada hikmah Walau dlm kerajaan tetap ada teguran tetapi bukan setakat teguran malah beri cadangan tambah baikkan Yg unproffesional MP umngok j...
Peguam Negara Akan Saman Goldman Sachs As 4 5 Bilion

Peguam Negara Akan Saman Goldman Sachs As 4 5 Bilion

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 477 hits
Putrajaya bersiap sedia untuk memfailkan saman sivil terhadap Goldman Sachs bagi menuntut kerugian berjumlah AS 4 5 Bilion daripada bank pelaburan Amerika Syarikat itu atas peranannya mendapatkan dana yang kemudiannya digelapkan daripada 1M...
Vigneswaran Mahu Saman Anthony Loke

Vigneswaran Mahu Saman Anthony Loke

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran akan mengemukakan saman terhadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook kerana memfitnahnya melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 14...
Saya Akan Saman Loke Vigneswaran

Saya Akan Saman Loke Vigneswaran

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 338 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran menegaskan beliau tidak menyalahgunakan kedudukan dan keistimewaan yang ada padanya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 14 Nov ...
Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya

Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 370 hits
Jika semalam Dewan Parlimen digamatkan dengan tindakan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat protes dan keluar beramai ramai daripada Dewan Rakyat ketika proses angkat sumpah ahli parlimen hari ini persidangan Dewa...
Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 440 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mula menyiasat dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad yang didedahkan baru baru ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara terseb...
Institut Otonomi Daerah Usul Dibentuk Dewan Kawasan Ibu Kota Negara

Institut Otonomi Daerah Usul Dibentuk Dewan Kawasan Ibu Kota Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 319 hits
Institut Otonomi Daerah Usul Dibentuk Dewan Kawasan Ibu Kota Negara Kemudian nantinya yang akan berperan menjadi ketua DKIN yaitu Wakil Presiden Sehingga kata dia bukan hanya Gubernur DKI yang mempunyai kewenangan tambahan
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital