Tun Lupakanlah Saja Usaha Mahu Kejar Majoriti Dua Pertiga





















Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat.Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.“Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau.
Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaanKatanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara. yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka. (ShahbudinHusin 03/03/2019)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/tun-lupakanlah-saja-usaha-mahu-kejar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Kejar Sampai Depan Pintu Rumah Gadis Dakwa Nyaris Diculik Dua Lelaki Menaiki Van Silver

Dia Kejar Sampai Depan Pintu Rumah Gadis Dakwa Nyaris Diculik Dua Lelaki Menaiki Van Silver

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 371 hits
Dia kejar sampai depan pintu rumah Gadis dakwa nyaris diculik dua lelaki menaiki van silverTindakan pantas seorang gadis berusia 22 tahun menyelamatkan diri membantutkan percubaan dua penjenayah yang disyaki cuba menculiknya Menurut kakak m...
Dua Hektare Lahan Di Pekanbaru Diduga Dibakar Polisi Kejar Pelaku

Dua Hektare Lahan Di Pekanbaru Diduga Dibakar Polisi Kejar Pelaku

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 236 hits
Api sudah berhasil kita padamkan saat ini kami masih di lokasi untuk melakukan upaya pendinginan di lahan yang terbakar tersebut ujar Kapolsek Payung Sekaki AKP Hidayat Perdana
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 437 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Samsung Sedang Membangunkan Dua Lagi Rekaan Baru Untuk Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat

Samsung Sedang Membangunkan Dua Lagi Rekaan Baru Untuk Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 797 hits
Samsung pada bulan lepas telah pun memperkenalkan telefon dengan skrin boleh lipat mereka yang pertama iaitu Samsung Galaxy Fold Kini menurut laporan Bloomberg pengeluar dari Korea Selatan berkenaan sedang membangunkan dua lagi telefon deng...
Ratna Sarumpaet Dua Bulan Di Penjara Saya Sakit Parah

Ratna Sarumpaet Dua Bulan Di Penjara Saya Sakit Parah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 264 hits
Sudah dua kali Ratna Sarumpaet jalani sidang terkait kasus berita bohong Ia juga mengeluh selama dalam tahanan
Kronologi Dua Orang Disekap Dan Dianiaya Yang Videonya Viral Di Media Sosial

Kronologi Dua Orang Disekap Dan Dianiaya Yang Videonya Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 345 hits
Polisi juga berhasil menyelamatkan korban Korban diketahui merupakan seorang pengusaha yakni Kie Tri Atmadja alias Rony dan Albert Salim alias Robby
Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 367 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Nampak gayanya baru hari ini saya sempat untuk memberi ulasan tentang filem baru karya Syafiq Yusof yang bertajuk Misteri Dilaila Saya berkesempatan menonton bersama isteri saya namun begitu saya baru sahaja ...
Dua Wna Di Kota Bekasi Masuk Dpt Pemilu 2019

Dua Wna Di Kota Bekasi Masuk Dpt Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 299 hits
Dia mengatakan keduanya terdeteksi setelah lembaganya melakukan pencermatan data melalui aplikasi Sistem Data Pemilih Sebab di Kota Bekasi menurut data Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil tercatat sebanyak 109 WNA telah memiliki KTP Kot...
Art Harun Dengan Dua Idolanya

Art Harun Dengan Dua Idolanya

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 304 hits
Nizam Yatim Utusan Online APABILA disebut nama Tan Sri Dr Arshad Ayub ramai dalam kalangan kita mengenali beliau sebagai tokoh pendidikan yang bertanggungjawab mengubah pelajar bumiputera menjadi individu cemerlang dalam kerjaya masing masi...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian