Art Harun Dengan Dua Idolanya



Nizam Yatim, Utusan Online
APABILA disebut nama Tan Sri Dr. Arshad Ayub, ramai dalam kalangan kita mengenali beliau sebagai tokoh pendidikan yang bertanggungjawab mengubah pelajar bumiputera menjadi individu cemerlang dalam kerjaya masing-masing ketika berkhidmat di Institut Teknologi Mara (ITM) dari 1965 hingga 1975.
Sebenarnya terdapat ramai lagi tokoh lain sama hebat seperti beliau yang tidak diketahui kebanyakan daripada kita.
Ini didedahkan kepada Utusan Malaysia oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini semasa bercakap mengenai hala tuju dan perancangan badan itu dalam mengendali proses pilihan raya.
Mari kita luangkan sebentar melayari kisah beliau. Azhar, 57, yang lebih mesra dengan panggilan Art Harun berasal dari Kampung Sanglang, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Undang-Undang (LLM) dari King’s College, University of London.
Selain berpengalaman menjadi peguam dalam pelbagai kes petisyen pilihan raya selama lebih 30 tahun, Azhar berada dalam pasukan peguam yang berjaya membebas penulis blog, Raja Petra Kamarudin daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.
Sisi lain Azhar yang tidak diketahui banyak pihak adalah beliau boleh membaca tulisan jawi hasil daripada ketekunan menelaah akhbar Utusan Melayu yang dilanggan secara tetap oleh bapanya sejak beliau masih kanak-kanak.
“Saya membesar dengan Utusan Melayu yang jawi itu, ada 50 orang di kampung saya yang melanggan akhbar ini termasuk bapa,” katanya ketika mengulas mengenai medium yang mendedahkannya dan adik-beradik yang lain dengan sumber maklumat pada usia muda sehingga mereka menjadi individu yang berjaya dalam hidup.
Abang Azhar, Idrus ialah Hakim Mahkamah Persekutuan manakala seorang lagi abang, Mahadir ialah penasihat undang-undang Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.
Selain itu, ditanya mengenai individu yang banyak berjasa untuk mengubah beliau daripada ‘anak kampung’ menjadi seperti sekarang, Azhar menyebut dua nama ketika beliau belajar di UM dari 1982 hingga 1986.
Mereka ialah bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Allahyarham Profesor Madya Dr. Mohd. Yunus Mohd. Noor dan bekas Pengetua Kolej Kediaman Ketujuh (Asrama Za’ba) UM, Profesor Emeritus Dr. Omar Farouk Sheikh Ahmad, 72.
Kedua-dua mereka berkhidmat ketika UM diterajui oleh Naib Canselor, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dari 1968 hingga 1988.
Keberkesanan kaedah tokoh-tokoh ini yang telah mewujudkan suasana terbuka bagi menggalakkan pembangunan diri dan kepemimpinan mahasiswa memang tidak boleh disangkal.
Selain Azhar, ramai lagi individu berjaya yang telah dikeluarkan UM selaras dengan ungkapan pemimpin tidak dilahirkan tetapi dibentuk.
Ketika itu turut sama belajar di UM ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Takiyuddin dengan saya satu kolej, Lian Ker pula tak, tapi satu fakulti…Fadillah, dia sampai jadi menteri…kita semua aktif dalam aktiviti pelajar bersama,” katanya.
Nama-nama lain yang diingati Azhar ialah Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan perunding pengiklanan, Anas Zubedy.
Sebagai individu yang berpeluang mendapat didikan terus daripada Mohd. Yunus dan Omar Farouk yang kini berkhidmat sebagai Profesor Emeritus di Hiroshima City University, Azhar berkata, pendekatan Mohd. Yunus terhadap pendidikan adalah amat berlainan, sangat terbuka, dinamik, progresif dan penyayang.
“Dua orang ini sebenarnya bukan mentor saya sahaja, tetapi saya rasa ramai dalam kalangan pelajar waktu itu. Dari segi keperibadian, profesionalisme, karier dan etika dua orang ini amat berpengaruh kepada saya.
“Sampai sekarang, etika dan matlamat kerja saya, keperibadian malah cara saya membesar anak-anak pun, saya ikut dua orang ini. Tetapi sayangnya, kedua-dua mereka macam kurang dihargai dan tak ramai orang tahu (jasa) mereka.
“Saya rasa Dr. Omar Farouk boleh lagi menyumbang kepada pendidikan kita,” ujarnya.
TETAP BERPOLITIK DI KAMPUS
KETIKA berbual dengan Azhar, satu persoalan yang terlintas dalam fikiran penulis: “Adakah sekatan pelajar berpolitik di kampus seperti yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini satu langkah yang bijak?”
Antara mangsanya ialah aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan bekas Perdana Menteri yang kini popular dengan slogan #maluapabossku, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilarang berucap dalam kampus berkenaan.
Jika dilihat kaedah diamalkan ketika Azhar menuntut di UM pula cukup berlainan.
Azhar tidak mengulas isu di UKM itu tetapi menjelaskan:
“Ketika itu (1980-an), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dah ada, jadi sebenarnya kami tak boleh aktif politik tetapi pentadbir UM ketika itu khususnya Ungku Aziz dan Mohd. Yunus mengamalkan dasar terbuka yang membenarkan aktiviti cenderung kepada politik.
“Aktiviti ini menggunakan nama-nama seperti kursus kepemimpinan dan debat perdana. Yang selalu datang adalah wakil kerajaan dan pembangkang ketika itu termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas), Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Dr. Tan Seng Giaw (veteran DAP) dan Abdul Razak Ahmad (bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia).
“Sekarang saya tak tahu, tetapi dulu kita bangunkan personaliti dan semua ini di universiti. Sekolah itu asaslah tetapi apabila masuk universiti kita berkembang,” kata Azhar.
Ditanya nasihatnya kepada semua pihak termasuk kakitangan SPR, beliau berkata, semua individu perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara dibuat.
“Kita nak jadi yang terbaik senang sahaja. Bila kita hadapi sesuatu halangan, kita jangan berhenti. Sebaliknya kita kena cari cara untuk mengatasinya.
“Kebanyakan kita bila ada halangan, terus kata tak boleh buat dan habis cerita. Bagi saya cerita kita tak perlu habis kat situ, kita kena tengok, apakah langkah seterusnya,” kata beliau.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/06/art-harun-dengan-dua-idolanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Art Harun Dares Najib To Stop Accusing Ec And Lodge Reports

Art Harun Dares Najib To Stop Accusing Ec And Lodge Reports

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 299 hits
Election Commission chairman Azhar Harun has challenged Datuk Seri Najib Razak to lodge a report against the EC if he has information pertaining to his allegations of election offences Azhar told FMT he viewed the former Prime Minister s in...
Ec Officials Lodged Report Against Me Najib Reminds Art Harun

Ec Officials Lodged Report Against Me Najib Reminds Art Harun

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 323 hits
Former prime minister Najib Razak PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has reminded Azhar Harun that Election Commission officers could report election offences on their own to the relevant authorities amid allegations of vote bu...
Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 344 hits
BANDAR SERI BEGAWAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan Brunei untuk lawatan rasmi selama dua hari di sini Pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia RMF 426...
Tipu Kontrak Dua Pemain Perlis Buat Laporan Ke Atas Bekas Presiden Timbalan

Tipu Kontrak Dua Pemain Perlis Buat Laporan Ke Atas Bekas Presiden Timbalan

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 277 hits
Tipu kontrak Dua pemain Perlis buat laporan ke atas bekas presiden timbalanAhmad Amizal Shaifit Ahmad RafieDUA pemain Perlis Northern Lions 2 membuat laporan polis terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Ahmad Amizal Shaif...
Suri Rumah Maut Kereta Terputus Dua Rempuh Pokok

Suri Rumah Maut Kereta Terputus Dua Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 340 hits
SEORANG suri rumah berusia 28 tahun maut manakala suaminya parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok jati di Kilometer 12 8 Jalan Padang Melangit Guar Jentik Kangar semalam Dalam kejadian kira kira pukul 8 mal...
Hebat Pdrm Dua Suspek Kes Samun Dalam Rumah Berjaya Di Tahan

Hebat Pdrm Dua Suspek Kes Samun Dalam Rumah Berjaya Di Tahan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 828 hits
Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan kejadian tiga kes samun dan cubaan samun oleh sekumpulan lelaki menaiki motosikal bersenjatakan parang KES PERTAMA Kes pertama dilaporkan berlaku pada 21 Februari pukul 2 15 petang di mana mangsa lel...
Dua Lagi Suspek Disyaki Dalang Penipuan Pekerjaan Di Kemboja Ditahan

Dua Lagi Suspek Disyaki Dalang Penipuan Pekerjaan Di Kemboja Ditahan

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 479 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUCHING Polis menahan dua lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan kepada 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja pada 11 Dis lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mu...
Dua Bulan Dia Batuk Batuk Berdarah Rupa Rupanya Ada Benda Ajaib Di Tenggorokannya

Dua Bulan Dia Batuk Batuk Berdarah Rupa Rupanya Ada Benda Ajaib Di Tenggorokannya

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 770 hits
Selasa 26 Februari 2019 Inilah seekor lintah yang diambil doktor Zhang Dadong dari dalam tenggorokan seorang pesakit bernama Li Pesakit bernama Li ini merasa tenggorokannya gatal selama kurang lebih 2 bulan Setelah diperiksa tenyata ada see...
Tak Serik Dua Kali Diserbu Pihak Berkuasa

Tak Serik Dua Kali Diserbu Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 272 hits
Peniaga di perkarangan pusat beli belah di Bukit Jambul tidak serik menjual kasut berjenama tiruan walaupun sudah dua kali diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Dalam serbuan jam 12 tengah hari sebanya
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad