Tumpah Darah Selepas Bersalin Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati Hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean


Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses kelahiran. Ibu hamil perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai komplikasi dan risiko selepas bersalin. Kelahiran terutama sekali secara caesarean atau pembedahan mendedahkan ibu kepada risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan selepas bersalin.
Tumpah Darah Selepas Bersalin Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadinya tumpah darah ini. Ia berkait rapat dengan uri, tahap kesihatan ibu dan permasalahan yang timbul semasa proses kelahiran berlangsung.

PENDARAHAN SEMASA PROSES KELAHIRAN MENERUSI PEMBEDAHAN ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. LAZIMNYA BAGI WANITA HAMIL, DARAH AKAN DIHASILKAN 50% LEBIH BANYAK DARIPADA BIASA. JUSTERU, PENDARAHAN YANG NORMAL TERJADI SEMASA PEMISAHAN URI DAN DINDING RAHIM ATAU EPISIOTOMI IALAH SESUATU YANG DIJANGKAKAN. Bagi kelahiran secara caesarean, pendarahan yang lebih banyak dijangkakan akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean.
Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati-hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean Terdapat lapan keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran;
1. Uri bawah (placenta previa) yang hanya akan disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Hal ini boleh berlaku sekiranya ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan, prosedur D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai radang pada rahim (endometrisis).
2. Uri lekang (placenta abruptio) di mana uri lekang dari dinding rahim lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu hanya dua atau tiga minit sebelum kelahiran. Ia sering terjadi pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban kurang atau pecah awal.
3. Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga pundi kencing dan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal selepas bersalin.
Kredit foto: Pexels 4. Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.
5. Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim kurang elastik dan kuat untuk mengecut kembali.
6. Pengembangan rahim yang lebih daripada normal sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg ke atas).
7. Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.
8. Rahim merekah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas, pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).
9. Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung lebih daripada 12 jam (kecuali anak pertama). Ia disebabkan oleh pelvis ibu yang kecil atau bayi terlalu besar dan bukaan serviks yang perlahan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin.
Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran. Kredot foto: Pexels Rawatan bagi ibu tumpah darah semasa bersalin
Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut.
Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterine atony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.
*Mengurut bahagian atas rahim.
*Memberikan suntikan
*Menyusukan bayi secepat mungkin.
*Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat.
*Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan.
Persediaan bagi ibu berisiko tinggi
Bagi ibu yang menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
*Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada pakar perbidanan dan sakit puan.
*Memastikan paras hemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl.
*Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah.
Kredit foto (top image): Pexels
Artikel berkaitan: Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa-Biasa, Boleh Sebabkan Kematian, Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu!
Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran
 
 
The post Tumpah Darah Selepas Bersalin, Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati-hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tumpah-darah-selepas-bersalin-ibu-hamil-dengan-risiko-tinggi-perlu-lebih-hati-hati-termasuk-yang-bersalin-caesarean/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Ramai Yang Alami Masalah Pedih Ulu Hati Cegah Sebelum Makin Teruk Boleh Cuba Tip Ini

Ibu Hamil Ramai Yang Alami Masalah Pedih Ulu Hati Cegah Sebelum Makin Teruk Boleh Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 161 hits
adalah masalah yang sering dialami oleh pada masa masa tertentu ketika mereka Situasi ini berlaku terutama semasa trimester kedua dan ketiga ketika hamil Keadaan ini juga dikenali sebagai pencernaan asid Ia merupakan kerengsaan atau sensasi...
Tip Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Mama Elak Buat Perkara Ini

Tip Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Mama Elak Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 146 hits
Ramai wanita selepas bersalin mengalami masalah Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran yang teruk ramai wanita berasa stres Adakah masalah rambut gugur itu normal Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang...
Anemia Bahaya Kepada Ibu Hamil Ketahui Penyebab Langkah Rawatan

Anemia Bahaya Kepada Ibu Hamil Ketahui Penyebab Langkah Rawatan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 205 hits
atau kurang darah di kalangan tidak boleh dianggap remeh sebab kesannya cukup bahaya pada bayi Bagi kebanyakan ibu akan rasa mudah letih berasa tidak sihat emosi mudah terganggu dan tubuh lemah Penyebab utama anemia di kalangan ibu mengandu...
Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek Fakta Atau Mitos

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek Fakta Atau Mitos

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 154 hits
Ada yang menjadikan sebagai minuman harian Kopi mengandungi kafein yang merupakan sejenis bahan kimia perangsang Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan...
Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 209 hits
Bila boleh buka pastinya antara yang sering bermain difikiran wanita yang pertama kali Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh Umumnya seorang yang s...
Suntikan Kancing Gigi Penting Untuk Ibu Hamil Jangan Skip

Suntikan Kancing Gigi Penting Untuk Ibu Hamil Jangan Skip

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 160 hits
Suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi merupakan salah satu imunisasi yang disarankan untuk diambil oleh wanita hamil Vaksin tetanus adalah komponen utama strategi untuk membasmi tetanus ibu dan bayi secara globa...
Tinggi Kena Lebih 180cm Impian Tercapai Lee Jaewook Penuhi Kriteria Lelaki Idaman Karina Aespa

Tinggi Kena Lebih 180cm Impian Tercapai Lee Jaewook Penuhi Kriteria Lelaki Idaman Karina Aespa

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 231 hits
Selepas mengaku dirinya sedang bercinta video lama Karina aespa mengenai ciri ciri lelaki idamannya kembali tular ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini ketika Karina membuat penampilan di dalam rancangan Knowing Bros pada Jun tahun lalu dia telah m...
Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 135 hits
Ibu ibu berhati hatilah ketika tidur Jika salah mama boleh membahayakan dalam kandungan Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan k...
Suplemen Vitamin Untuk Ibu Hamil Ketahui Keperluan Kebaikannya

Suplemen Vitamin Untuk Ibu Hamil Ketahui Keperluan Kebaikannya

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 152 hits
Timbul persoalan perlukah seorang mengambil dan sepanjang tempoh Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan Mungkin masih ramai ibu ibu hamil terutama yang kali ...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Anuar Penderhaka Besar

Borneo Access Adventure Your Gateway To Unforgettable Wilderness Experiences In Malaysia

Cara Hapus Akun Dana Lewat Aplikasi Langkah Mudah Untuk Gen Z

Cara Menyampaikan Kritik Yang Baik Dan Membangun

Dampak Teknologi Terhadap Dunia Kerja Membuat Generasi Muda Semakin Bodoh

Teman Ummi Beli Barang