Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga
Tulisan Neelofa pada setiap hari Ahad di Harian Metro memang sangat menarik untuk dibaca. Berbakat juga sebenarnya Neelofa ini dalam bidang penulisan. Apa yang menarik ialah perkongsian mengenai perkara peribadi yang terjadi kepada dirinya menyebabkan si pembaca merasa rapat dan dekat dengan Neelofa. Seolah-olah Neelofa itu adalah kawan baik/adik/kakak/awek kita. Itu bermakna teknik penulisan Neelofa adalah sangat ‘power’.
Masih bercerita mengenai penghijrahannya pada minggu ini, saya tertarik untuk berkongsi kata-kata yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan pendapat orang sekeliling. Tulis Neelofa:-
Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu
Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’
Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan
Menarik bukan? Saya pasti kata-kata ini sedikit sebanyak akan meresap ke dalam hati Muslimah di luar sana yang membacanya. Mungkin akan ada yang terbuka hati untuk menutup aurat selepas membaca kata-kata ikhlas dari Neelofa itu. Menariknya Neelofa juga telah terbang ke Bangkok untuk mencari material membuat baju sendiri. Tak sabar saya nak tengok hasilnya kelak. Pasti bombastik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2014/07/tulisan-neelofa-ini-pasti-buatkan-anda.html