Tukar Selera Keluarga Buat Ayam Masak Ungkep Makan Dengan Nasi Panas Panas Sedap
Ada yang teringin nak cuba menu Ayam Masak Ungkep? Ini masakan popular orang Jawa. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang.
Masakan Ungkep ni guna cili api. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api lebih sedikit. Kalau mahu kurangkan pedas, boleh tambah santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kecur air liur dah ni.
Jom kita cuba resepi Ayam Masak Ungkep ni. Senang sangat.
Bahan-bahannya ialah :
6 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 biji cili api hijau
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai
1 sudu besar gula melaka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
– 6 ketul ayam dibasuh bersih
– Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
– Gaul rata macam ni dan rehatkan di tepi dulu.
– Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.
– Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak.
– Kisar sehingga halus macam ni
– Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
– Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.
– Masukkan serai dan gaul rata
– Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.
Dah siap. Inilah dia Ayam Masak Ungkep yang telah siap dimasak. Senang kan? Selamat mencuba.
#Ayammasakungkep
#resepiamirahusin
Kredit Resipi: Amira Husin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tukar Selera Keluarga Buat Ayam Masak Ungkep. Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Sedap! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tukar-selera-keluarga-buat-ayam-masak-ungkep-makan-dengan-nasi-panas-panas-sedap/