Makan Nasi Ayam Sedap Di Grand Chicken Rice Beletime Danga Bay
Assalamualaikum...
IMAN kata, sekarang ni kalau dah tak ada idea nak masak apa, makan di mana, kita pergi aje ke Beletime Danga Bay, sebuah pusat beli belah baharu yang terletak di Danga Bay sebab di sini ada restoran nasi ayam yang sedap dengan portion yang banyak serta harga yang berpatutan iaitu Grand Chicken Rice. Maklumlah perut kami ni besar, manalah cukup dengan ayam yang dipotong nipis serta nasi sejemput, kahhhhhh.
Haaa.. nampak tak saiz nasi tu. Saiz tiga penumbuk okeh, hahaha. Ayam pun besar dan dagingnya banyak. Sup pun dah termasuk dalam harga setiap hidangan. Pernah makan dekat satu kedai nasi ayam bebola, kalau nak sup kena bayar harga lain, padahal dah tentu-tentu sup tu dari air rebusan ayam ko tu, nak juga ambil untung lebih kat situ.
Terpaling best di Grand Chicken Rice untuk orang yang kuat pedas macam kami, boleh letak cili ikut suka hati nak banyak mana. Tak adalah staf yang tarik muka bila kita asyik minta cili tambah kerana tak cukup pedas
Gambar di atas tadi, set nasi ayam Iman yang memilih Ayam Panggang manakala Sk dan Pak Inche lebih sukakan Nasi Ayam Hainan. Setiap hidangan ayam disertakan dengan timun yang banyak dan sehiris tomato, daun salad tak ada pulak. Tu takpa, Sk pernah makan di satu kedai nasi ayam ni, timunnya sehelai aje okey, mana nak datang serat ni
Oh, ya.. kalau makan nasi ayam di kedai wajib ambil sayur dan pilihan kami adalah taugeh. Mula Sk nak Sawi Pak Choy tapi Pak Inche kata nak taugeh. Macam pelik pulak dia suka taugeh, dulu tak suka. Oh, lupa.. faktor usia mungkin, hahaha. Sk memang dari kecik suka makan taugeh sampai sekarang dan seperti selalu Sk yang kena perabihkan sayur, suka.. suka..
Grand Chicken RiceBeletime Danga Bay
No. 01-68, Beletime Danga Bay, Bay Point Persiaran Danga Perdana, Country Garden Johor Bahru ⏰ 11.30 AM - 8.30 PM (Setiap Hari) ☎️ 019 735 7556 / 07 207 2533
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/01/makan-nasi-ayam-sedap-di-grand-chicken.html