Tukar Pasukan Peguam Kes Src Ini Sebab Diberikan Najib


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]
 - Julai 26, 2022

Najib yakin pelantikan barisan peguam baharu akan memberikan perspektif berbeza dalam pembelaan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan negara, SRC International Sdn Bhd. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin pelantikan barisan peguam baharu akan memberikan perspektif berbeza dalam pembelaan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan negara, SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penukaran barisan peguam itu dilakukan selepas Queen's Counsel (peguam kanan dari United Kingdom), Jonathan Laidlow tidak diterima masuk untuk mewakilinya.

Najib juga menegaskan keputusan menukar barisan peguam dan memberhentikan khidmat peguam utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik negara, SRC International Sdn Bhd dibuatnya selepas berunding dengan peguam di Singapura dan peguam bela kanan India.

Ahli Parlimen Pekan itu mengesahkan pelantikan Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara dan Kaunsel (peguam), Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.

"Pelantikan itu berkuat kuasa semalam. Peguam cara terdahulu iaitu Shafee & Co dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dan peguam dalam semua kes lain membabitkan di mahkamah.

"Saya ingin merakamkan sokongan dan penghargaan kepada seluruh pasukan guaman atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil.

"Adalah tidak adil bagi media untuk membuat kesimpulan atau melaporkan bahawa Shafee & Co disingkirkan daripada kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan perubahan dalam barisan peguam pembelaan, Najib turut memohon untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhir kes di Mahkamah Persekutuan atas alasan barisan peguam baharu dilantik mengambil alih kes rayuan berkenaan.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen's Counsel (QC) atau Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir kes berkenaan.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC.

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap semua tuduhan berkenaan.

Mahkamah Rayuan mendapati Najib diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Najib dalam pembelaannya mendakwa tindakannya adalah bagi kepentingan nasional dan kini merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mei lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari, iaitu 15 hingga 19 Ogos dan 22 hingga 26 Ogos depan bagi prosiding pendengaran rayuan Najib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/tukar-pasukan-peguam-kes-src-ini-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Baru Najib Mohon Tangguh Pendengaran Rayuan Kes Src

Peguam Baru Najib Mohon Tangguh Pendengaran Rayuan Kes Src

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 307 hits
malaysiakini comPeguam yang baru dilantik Najib membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menangguhkan pendengaran selama 10 hari bagi rayuan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta yang dijadual bulan depan Menurut sura...
Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 275 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak melantik pasukan pembelaan baharu yang diketuai oleh Zaid Ibrahim untuk mewakili pasukan pembelaan dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International Dalam surat kepa...
Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 274 hits
bharian com myOleh Julai 26 2022 11 45amPeguam kepada Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2019 Foto hiasan NSTPKUALA LU...
Hisyam Dilantik Peguam Utama Dalam Kes Rayuan Akhir Najib

Hisyam Dilantik Peguam Utama Dalam Kes Rayuan Akhir Najib

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 214 hits
Datuk Seri Najib Razak telah melantik peguam terkenal Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama mewakilinya dalam prosiding akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang akan didengar pada 15 Ogos depan Untuk makluman Hisyam ju...
Tukar Peguam Cubaan Saat Akhir Najib Untuk Pertahankan Diri

Tukar Peguam Cubaan Saat Akhir Najib Untuk Pertahankan Diri

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 314 hits
bharian comOleh Julai 26 2022 7 38pmBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewe...
Sebab Apa Najib Tukar Peguam

Sebab Apa Najib Tukar Peguam

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 351 hits
Sebab peguam baru ini pakar tentang isu conflict of interest
Tukar Peguam Untuk Melambatkan Perbicaraan Bakal Memakan Diri Najib

Tukar Peguam Untuk Melambatkan Perbicaraan Bakal Memakan Diri Najib

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 354 hits
Strategi menukar peguam semata mata untuk menangguhkan sesebuah kes perbicaraan adalah bertentangan dengan prinsip dan etika pengamal undang undang Perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang Undang 1978...
There S Underlying Reason Nazlan Brought In To Hear Src Case Najib

There S Underlying Reason Nazlan Brought In To Hear Src Case Najib

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 301 hits
Najib Abdul Razak noted that it was peculiar that the prosecution conceded that a judge initially set to hear the RM42 million SRC International corruption case against him had a brother who was an Umno member The former prime minister said...
Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 381 hits
Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu peguam ini sekolahkan Najib Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini 2 Namun begitu tindakan m...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs