Tukar Kalimat Azan Hukum Dan Sejarah



Suhu badan diperiksa terlebih dahulu, elak pembawa Covid-19 sebelum memasuki bank di Shaab, Kuwait. (Gambar Reuters)
Catatan Santai Ibnu Hasyim 

BERITA dari Kuwait beberapa hari lepas menyebutkan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini berada dalam situasi yang sangat membimbangkan. Di Kuwait sendiri, pihak berkuasanya mengeluarkan arahan menutup sementara semua masjid dan mengubah lafaz laungan azannya.


Memetik portal Middle East Eye, serentak penutupan rumah ibadat itu lafaz azan diubah daripada “hayya ‘ala al-Salah” (marilah menunaikan solat) kepada “al-Salatu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah kamu). 

Begitu pula berlaku di Masjid negeri Pulau Pinang.Kalau dilihat sejarah, pernah di Turki 1920an 1930an azan ditukar ke bahasa Turki dari bahasa Arab, dalam usaha memisahkan Islam dari penganutnya. Akhirnya kerajaan itu dijatuhkan. Azan di Syria, Masjid Umayyad dilaungkan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu kononnya  dapat harmonikan suasana kota sekeliling.

Di Singapura, laungan Azan hanya boleh dikumandang dalam masjid-masjid saja. Kerajaan Singapura melarang suara azan dikumandangkan menerusi corong-corong pembesar suara. Berlaku hingga sekarang.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/338) menyebut: 

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: 

Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. 

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِMaksudnya: Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)
Manakala berkenaan asal usul lafaz azan, terdapat dua orang sahabat telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A. 
Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ...رُقَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ...رُMaksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. 
Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” 
Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat). Riwayat Abu Daud (449)
Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.Maksudnya: 
Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. 
Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.” Riwayat Abu Daud (449)Jadi, pensyariatan azan walaupun daripada mimpi para sahabat mengikut sebahagian riwayat tetapi ianya tidak bercanggah dengan riwayat yang lain. Ini kerana apabila diberitakan kepada Rasulullah SAW makanya, Baginda SAW mengiyakannya. Dan ikrar Rasulullah SAW termasuk dalam hadith Nabi SAW sementelahan lagi telah dibentangkannya kepada Baginda SAW.Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman yang baik dalam agama Islam yang kita cintai ini mengikut petunjuk Nabi-Nya SAW. Amin.
Sekian.Ibnu Hasyim
Mac 2020 Kg Perlis 
Balik Pulau P.Pinang
Lihat sebelum ini..Virus Corona Di Pantai Malindo, Balik Pulau, PP..P.Pg Tukar Kalimat Azan Kepada 'al-Salatu fi buyut...Tukar Kalimat Azan, Hukum Dan Sejarah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/tukar-kalimat-azan-hukum-dan-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
P Pg Tukar Kalimat Azan Kepada Al Salatu Fi Buyutikum

P Pg Tukar Kalimat Azan Kepada Al Salatu Fi Buyutikum

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 340 hits
Catatan Santai Ibnu Hasyim GEORGE TOWN Masjid di Pulau Pinang tidak akan mengadakan solat berjemaah termasuk solat Jumaat mingguan sepanjang penguatkuasan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini bagi mengekang Covid 19 Mufti Pulau P...
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 429 hits
Terkini media melaporkan bahawa penyakit berjangkit daripada Virus Covid 19 telah mencapai angka yang tinggi dan merisaukan semua pihak Seluruh pihak kesihatan telah mula memberikan amaran dan menasihati rakyat untuk mengambil langkah berja...
Ada Konsekuensi Hukum Dari Permintaan Maaf Raja Belanda Pernah Menjajah Indonesia

Ada Konsekuensi Hukum Dari Permintaan Maaf Raja Belanda Pernah Menjajah Indonesia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 265 hits
Ada konsekuensi hukum jika Belanda mengakui secara resmi kemerdekaan Indonesia pada 17 Agustus 1945 Sebab pada saat itu Belanda masih melakukan agresi militernya ke Indonesia sebagai negara yang berdaulat Agresi militer Belanda pertama pada...
Pemandu Bas Ini Jadi Mulia Kerana Ikut Hukum Allah

Pemandu Bas Ini Jadi Mulia Kerana Ikut Hukum Allah

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 234 hits
Saya ikhlas kerana Allah NIAT saya ikhlas kerana Allah langsung tidak terlintas untuk dipuji kata pemandu bas Mohamad Rafidi Mansor 34 yang gambarnya sedang mengendong lelaki warga emas yang kurang keupayaan tular di media sosial sejak bebe...
Hukum Ibubapa Menuntut Pemberiannya Kembali Dari Anak

Hukum Ibubapa Menuntut Pemberiannya Kembali Dari Anak

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 180 hits
SOALAN Apakah hukumnya bagi seorang ibu atau bapa meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada anaknya Adakah ia dibolehkan atau haram hukumnya Mohon penjelasan JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan sabda Nabi Muhammad SAW Orang yang m...
Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berwudhu

Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berwudhu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 344 hits
SOALAN Bagaimanakah dengan wudhu orang yang memakai contact lens kerana muka adalah termasuk bahagian yang wajib dibasuh dengan air wudhu Adakah diwajibkan untuk menanggalkan kanta lekap ketika berwudhu JAWAPAN Firman Allah SWT Wahai orang ...
Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 386 hits
Salah satu bentuk taat kepada suami adalah perlu meminta izin ke atas setiap perkara yang ingin dilakukan Jika ingin keluar rumah ingin melakukan puasa sunat dan juga untuk keluar negeri disebabkan urusan kerja maka wajib ke atas seseorang ...
Pks Pertanyakan Jokowi Dasar Hukum Badan Otorita Ibu Kota Baru

Pks Pertanyakan Jokowi Dasar Hukum Badan Otorita Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 218 hits
Anggota Komisi II DPR RI Mardani Ali Sera mengkritik pembentukan Badan Otoritas Ibu Kota Negara oleh Presiden Jokowi ketika yang disampaikan pada Senin di Kompleks Istana Negara lalu
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner