Hukum Ibubapa Menuntut Pemberiannya Kembali Dari Anak



SOALAN:
Apakah hukumnya bagi seorang ibu atau bapa meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada anaknya? Adakah ia dibolehkan atau haram hukumnya? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

«العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ»
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.” [Riwayat al-Bukhari (2621)]

Pada dasarnya, perbuatan meminta semula pemberian atau hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram hukumnya. Namun, terdapat juga pengecualian melalui sepotong hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A dan Ibn Umar R.A:

لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه، ومثَلُ الذي يُعطي العَطِيَّةَ، فيرجِعُ فيها، كمثَلِ الكلبِ أكَلَ حتى إذا شبِعَ قاء، ثم رجَع في قَيْئِه.
“Tidak halal bagi seorang lelaki memberikan sesuatu pemberian, atau menganugerahkan sesuatu anugerah kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya dan misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan sehingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya itu.” [Riwayat Abu Daud (3539), at-Tirmidzi (2132)]

Melalui hadith ini, dengan jelas menyatakan bahawa hukum meminta semula hadiah adalah diharamkan kecuali tuntutan semula oleh seorang bapa terhadap anaknya. Justeru itu, seorang bapa berhak untuk menuntut semula pemberiannya kepada anaknya begitu juga dalam hal hadiah, sedekah atau sebahagian daripadanya, walaupun tanpa keputusan mahkamah, sama ada sebelum akad atau selepasnya, dan juga sama ada barangan pemberian itu telah diterima oleh anaknya atau tidak, sama ada kaya atau miskin, muda atau dewasa, berdasarkan hadith di atas. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 3/184]

Perkataan ayah di sini juga diqiyaskan kepada (أصول) yang lain seperti ibu, datuk dan nenek, dari sebelah bapa mahupun ibu, walaupun dia juga berlainan agama, kerana hubungan setiap daripada mereka itu berdasarkan kelahiran.

Namun begitu, perbuatan meminta semula pemberian seorang ayah terhadap anaknya bukanlah mutlak (umum) kepada semua jenis dan juga waktu, maka disertakan ia beberapa syarat yakni dawabith bagi seorang bapa untuk menuntut semula pemberiannya.

1. Mestilah barangan atau pemberian yang ingin dituntut semula itu masih dalam pemilikan penerima (anak).

Maka, jika pemberian tersebut telah keluar dari milikannya dengan cara jual beli, atau wakaf dan sebagainya maka dilarang untuk menuntut semula pemberian tersebut.

Jika penerima telah menjual sebahagian atau mewakafkan sebahagian atau disekat sebahagian dari barangan pemberian tersebut, maka dibolehkan bagi si bapa untuk menuntut sebahagian yang baki. Seterusnya, jika anak itu hanya menyewakan atau menggadaikan atau menghadiahkan kepada seseorang tetapi masih belum diterima oleh orang tersebut, pada ketika itu tuntutan semula ini dibenarkan kerana barangan tersebut masih dalam kuasa dan hak milik anak, dan belum terlucut. Akan tetapi, jika barangan tersebut telah diterima oleh orang lain, maka telah gugur milikan anak tersebut seterusnya menyebabkan tidak dibolehkan tuntutan semula hadiah bagi si bapa.

Jika barangan yang diberikan tidak lagi berada di tangan anak, tetapi kemudiannya barangan ini berjaya dimiliki semula dengan cara yang lain, contohnya melalui pembelian atau hadiah atau pusaka, anak ini tidak perlu memulangkannya semula kepada bapanya. Ini kerana berlaku perubahan pada punca pemilikan dan membawa perubahan kepada hukum barangan tersebut. Seolah-olah barangan yang diperolehi semula itu bukan barangan yang asal dan dengan itu bapanya tidak berhak meminta semula.

Demikian juga jika berlaku pertambahan sama ada secara bercantum atau berasingan, pertambahan ini tidak menghalang untuk bapa meminta semula anugerahnya. Malah pemberi boleh meminta semula hadiah tersebut termasuk pertambahan yang bercantum dengannya seperti lemak haiwan atau ladang yang berbajak.

Bagi pertambahan berasingan pula, contohnya anak atau buah, jika pertambahan ini wujud ketika pemberian, ia boleh diminta semula. Jika pertambahan ini berlaku selepas pemberian, ia tidak diserahkan kepada pemberi, sebaliknya kekal sebagai hak penerima kerana ia berlaku ketika dalam pemilikannya.

Demikian juga jika pemberi menghadiahkan seekor haiwan yang tidak bunting atau pokok yang tidak berbuah. Kemudian haiwan ini bunting atau pokok tadi berbuah sebelum diminta semula, maka pada ketika itu anak dalam kandungan atau buah ini tidak diserahkan kepada pemberi. Walaupun ia masih belum berpisah ketika diminta semula, penerima hanya perlu memulangkan anugerah asalnya sahaja dan buah tadi menjadi milik penerima kerana ia boleh diasingkan dan berlaku ketika dalam pemilikan penerima.

2. Mestilah pemberian tersebut masih dalam penguasaan penerima, yakni kerana jika penerima diisytihar muflis atau sekatan ke atasnya, maka dilarang untuk menuntut semula.

3. Mestilah tiada penghalang yang menghalang daripada tuntutan semula pemberian tersebut. Halangan-halangan ini adalah seperti bapa menjadi gila, atau telah murtad, atau ketika dalam ihram jika hadiah tersebut adalah hasil tangkapan, atau tuntutan yang terikat dengan syarat atau suruhan di masa hadapan. Ini kerana tuntutan semula tidak boleh diikat dengan syarat.

[Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 15/382-385, Mughni al-Muhtaj; 3/568-573, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 3/184-185, al-Fiqh al-Manhaji terj. Datuk Dr Zulkifli al-Bakri; 4/183-184]

Penutup

Kesimpulannya, hukum seorang bapa meminta semula hadiah pemberian dari anaknya adalah dibolehkan, namun disertai dengan beberapa syarat yang dinyatakan seperti di atas. Maka, jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, maka hukumnya adalah berbalik kepada asal iaitu haram. Namun, kami juga menasihati orang ramai khususnya para ibu bapa dalam hal menuntut semula pemberian daripada anak, sebaiknya dipastikan terlebih dahulu keperluan anak terhadap pemberian tersebut, jika dengan pemberian itu memudahkan urusannya dalam melangsungkan kehidupan seharian, maka seeloknya agar dibiarkan pemberian tersebut buat si anak.

Akhir kalam, kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya. Semoga Allah SWT menetapkan keimanan kita, menguatkan keikhlasan dalam diri kita untuk beribadah kepadaNya seterusnya memberkati segala amal kebajikan kita.

Wallahua'lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-ibubapa-menuntut-pemberiannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Meminjam Wang Simpanan Tabung Haji Anak Untuk Dilaburkan Di Asb

Hukum Meminjam Wang Simpanan Tabung Haji Anak Untuk Dilaburkan Di Asb

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 277 hits
SOALAN Saya ingin bertanya hukum ibu meminjam wang simpanan Tabung Haji anak untuk disimpan di Amanah Saham Setelah mendapat dividen ibu mengeluarkan semula nilai sama yang dipinjam daripada anak dan menggunakan nilai dividen yang diperoleh...
Awan Nano Jr Hafiz Suip Isteri Pilih Nama Alkaf Zayne Untuk Anak Kedua

Awan Nano Jr Hafiz Suip Isteri Pilih Nama Alkaf Zayne Untuk Anak Kedua

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 599 hits
Penyanyi Hafiz Suip dan isterinya Nureffy Jasreel Abdullah memilih nama Alkaf Zayne untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan 1 Mac lalu Nama tersebut didedahkan menerusi ruangan Instagram anak pertama mereka Muhammad Riyadh Zafri Mene...
Dalam Perut Baby Suka Dengar Suara Ayah Bersembang Dengan Dia Anak Akan Jadi Bijak

Dalam Perut Baby Suka Dengar Suara Ayah Bersembang Dengan Dia Anak Akan Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 334 hits
Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan Mendidik anak sedari dalam rahim bukan ...
Gelombang Ke 2 Covid 19 Cuti Sekolah Minggu Depan Tangguh Bawa Anak Bercuti

Gelombang Ke 2 Covid 19 Cuti Sekolah Minggu Depan Tangguh Bawa Anak Bercuti

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 700 hits
Nampaknya gelombang kedua COVID 19 ini belum menunjukkan keadaannya semakin reda Walaupun Malaysia tidaklah seteruk negara lain memandangkan kes ini semakin meningkat ia turut memberi kerisauan kepada orang ramai Menurut lapaoran Kementeria...
Bawa Watak Anak Perempuan Dalam Hi Bye Mama Netizen Risau Perkembangan Identiti Pelakon Cilik Lelaki Itu

Bawa Watak Anak Perempuan Dalam Hi Bye Mama Netizen Risau Perkembangan Identiti Pelakon Cilik Lelaki Itu

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 324 hits
Hi Bye Mama merupakan drama yang kini menjadi sebutan orang ramai Meskipun baru sahaja 6 episod ditayangkan tetapi jumlah penonton semakin meningkat pada saban episod Kim Taehee ternyata memilih naskhah yang betul untuk membuat kemunculan s...
Cikgu Sanggup Pikul Peti Ais 40kg Redah Hutan Sejauh 10km Demi Anak Murid

Cikgu Sanggup Pikul Peti Ais 40kg Redah Hutan Sejauh 10km Demi Anak Murid

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 340 hits
Seorang guru yang bernama Harry Yanto Bikal berusia 39 tahun berasal dari Kota Marudu sanggup meredah hutan dengan sejauh 10 kilometer selama hampir 8 jam sambil memikul peti ais seberat 40 kilogram semata mata demi menyediakan kemudahan ke...
Kes Pukul Anak Angkat Aliff Syukri Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes Pukul Anak Angkat Aliff Syukri Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 360 hits
Baru baru ini kecoh dengan dakwaan mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri memukul anak angkatnya Ameena yang baru sahaja berusia dua tahun Rata rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga 8220 menyerang 8221 akaun Instagram usahawa...
Dah Pandai Tolak Bubur Nasi Gantikan Selera Anak Dengan Pasta Baby Ni Mudah

Dah Pandai Tolak Bubur Nasi Gantikan Selera Anak Dengan Pasta Baby Ni Mudah

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 318 hits
Semakin bayi meningkat usia semakin bijak menerima dan menolak satu satu makanan Ada waktunya bayi kecil kita mula bosan untuk menjamah bubur nasi yang digabungkan dengan pelbagai jenis sayur dan sumber protein Sesekali ubahlah selera si ke...
6 Foto Terbaru Dua Anak Arumi Bachsin Imut Dan Menggemaskan

6 Foto Terbaru Dua Anak Arumi Bachsin Imut Dan Menggemaskan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 244 hits
Di puncak karirnya di dunia hiburan tanah air Arumi Bachsin mengambil keputusan besar Ia meninggalkan jagat hiburan dan memilih fokus mendampingi suaminya sebagai pejabat publik Arumi dan Emil dikarunia dua anak yang imut dan menggemaskan
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya