Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berwudhu



SOALAN:
Bagaimanakah dengan wudhu’ orang yang memakai contact lens (kanta lekap) kerana muka adalah termasuk bahagian yang wajib dibasuh dengan air wudhu’? Adakah diwajibkan untuk menanggalkan kanta lekap ketika berwudhu’?

JAWAPAN:
Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ …
“Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwudhu’lah iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku.” (Surah al-Ma'idah: 6)

Ayat di atas menjelaskan tentang perintah Allah SWT supaya berwudhu’ sebelum mengerjakan solat. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa muka ialah salah satu daripada anggota wudhu’ yang wajib dibasuh ketika wudhu’. Sedangkan mata pula terletak di bahagian muka. Justeru berbalik kepada persoalan di atas, apakah hukum memakai kanta lekap ketika berwudhu’?

Definisi Kanta Lekap

Menurut kamus dewan edisi ke-4 kanta lengkap bermaksud kanta sentuh. Kanta lekap (Bahasa Inggeris: contact lens) merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap biasanya digunakan untuk tujuan pembetulan sebagai sama seperti cermin mata, tetapi ia lebih ringan dan ia tidak mudah kelihatan—ada kanta diwarnai dengan warna biru muda. (Rujuk: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kanta_lekap)

Di sisi mazhab Syafie, bahagian dalam mata adalah tidak termasuk dalam basuhan anggota wudhu’ yang wajib dibasuh.

Berkata Imam al-Syafie: “Dan tidak aku ketahui perselisihan yang mengatakan bahawa anggota muka yang wajib dibasuh ketika wudhu’ ialah bahagian yang zahir (bahagian luar) dan tidak termasuk bahagian dalam, dan tidak diwajibkan ke atas seseorang untuk membasuh kedua matanya.” (Rujuk: Al-Umm, 1/40)

Berkata Imam al-Nawawi: “Adapun hukum bagi permasalahan ini, maka tidak diwajibkan untuk membasuh bahagian dalam mata menurut kesepakatan ulama’, dan pada yang menyatakan sunat hukumnya terdapat dua pandangan, tetapi pandangan yang sahih ialah berdasarkan pandangan jumhur ulama’ iaitu hukumnya ialah tidak sunat.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 1/404)

Berkata Imam Khatib al-Syarbini: “Dan di antara basuhan anggota yang wajib ialah membasuh zahir (bahagian luar) muka...dan terkeluar daripadanya (bahagian zahir) ini ialah bahagian dalam mulut, hidung dan mata, maka bahagian ini tidak diwajibkan membasuhnya, bahkan juga tidak disunatkan membasuh bahagian dalam mata, bahkan sesetengah ulama’ mengatakan makruh hukumnya (membasuh bahagian dalam mata) kerana hal tersebut boleh mendatangkan mudarat.” (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/153)

Disebut di dalam Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah: “Dan pandangan yang sahih dalam masalah ini ialah: bahawasanya membasuh bahagian dalam mata ketika bersuci adalah tidak disyaratkan bahkan tidak diharuskan. Oleh itu pemakaian kanta lekap tidak membawa kesan kepada hukum bersuci samada pemakaian kanta lekap itu dengan tujuan perubatan ataupun bertujuan untuk perhiasan. Dan hal ini kerana memasukkan air ke dalam mata tidak diriwayatkan daripada Nabi SAW samada secara lisan atau perbuatan dan perbuatan tersebut juga menyakitkan dan ia boleh membawa kepada mudarat.” (Rujuk: https://www.amrkhaled.net)

Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah meneliti perbahasan di atas, hukum memakai kanta lekap ketika berwudhu’ adalah harus dan keadaan wudhu’ seseorang tetap sah. Apatah lagi misalnya sekiranya pemakaian kanta lekap tidak menghalang air daripada masuk ke dalam mata. Adapun sekiranya kanta lekap boleh menghalang air sampai ke dalam mata maka dalam keadaan itu pun tidak menjadi masalah. Hal ini kerana membasuh bahagian dalam mata adalah tidak diwajibkan ketika berwudhu’ bahkan juga tidak disunatkan. Ia juga dianggap makruh mengikut pendapat yang sahih kerana hal tersebut boleh membawa mudarat kepada mata. Justeru, seseorang yang memakai kanta lekap tidak perlu menanggalkan kanta lengkap ketika berwudhu’ atau mandi wajib kerana hal tersebut tidak membawa kesan kepada sah atau batalnya wudhu’.

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-memakai-kanta-lekap-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 345 hits
Penggunaan kanta lekap sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini sama ada untuk tujuan berhias atau menggantikan pemakaian kaca mata Kadang kala saat mengambil wuduk atau mandi wajib sekalipun si pemakai mungkin tidak menanggalkan k...
Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 659 hits
SOALAN Saya ingin bertanya apakah hukum seorang khatib itu memegang tongkat semasa khutbah Jumaat Ini kerana di sebahagian tempat saya tengok ada khatib yang tidak memegang tongkat Mohon pencerahan JAWAPAN Khatib dari sudut bahasa membawa m...
Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 449 hits
SOALAN Seperti yang saya ketahui sebelum ini apabila seseorang membuat umrah di Makkah dibolehkan untuk dia melakukan solat sunat pada bila bila masa termasuk ketika waktu yang diharamkan solat Adakah benar perkara ini Kalau benar adakah so...
Hukum Membaca Basmalah Ketika Melakukan Perkara Yang Makruh

Hukum Membaca Basmalah Ketika Melakukan Perkara Yang Makruh

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 406 hits
SOALAN Sahabat saya selalu baca Bismillah apabila melakukan sesuatu termasuk ketika buat perkara yang tidak mendatangkan faedah Jadi soalan saya apakah hukum membaca Bismillah ketika melakukan perkara yang sia sia seperti bermain alat muzik...
Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 337 hits
Air ketuban ialah cairan yang melindungi janin ketika berada di dalam rahim Cairan ketuban mula wujud setelah kantung janin terbentuk sekitar 12 hari selepas pembenihan Fungsinya adalah untuk melindungi janin dan membantu perkembangan otak ...
Main Handphone Ketika Memandu Kereta Lelaki Terhumban Ke Sungai

Main Handphone Ketika Memandu Kereta Lelaki Terhumban Ke Sungai

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 227 hits
Akibat terlampau leka dengan telefon bimbit seorang lelaki di China berdepan detik cemas apabila keretanya terhumban ke dalam sungai Bagaimanapun mangsa yang dikenali sebagai Zhang terselamat selepas berjaya menendang pintu untuk keluar dar...
Dua Orang Tewas Akibat Pesta Miras Oplosan Ketika Hajatan Di Bekasi

Dua Orang Tewas Akibat Pesta Miras Oplosan Ketika Hajatan Di Bekasi

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 216 hits
Dua orang tewas akibat mengonsumsi minuman keras oplosan di acara pernikahan di Desa Sukamakmur Kecamatan Sukakarya Kabupaten Bekasi Keduanya adalah Agus dan Ridwan masing masing pemuda berusia 20 tahun
Src International Shafee Latheefa Bertekak Ketika Perbicaraan

Src International Shafee Latheefa Bertekak Ketika Perbicaraan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 220 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian penyokong semasa hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Perbicaraan SRC I...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord