Pemandu Bas Ini Jadi Mulia Kerana Ikut Hukum Allah
'Saya ikhlas kerana Allah' "NIAT saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji,” kata pemandu bas, Mohamad Rafidi Mansor, 34, yang gambarnya sedang mengendong lelaki warga emas yang kurang keupayaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.Kejadian berlaku ketika dia memberhentikan bas yang dipandu dari ibu negara untuk menurunkan penumpang di Simpang, Taiping, sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Ekspres Kamunting.Mohamad Rafidi berkata, dia mengendong lelaki itu selepas diminta oleh isteri warga emas terbabit untuk membantu suaminya turun bas sementara menanti ketibaan anak mereka.
Katanya, dia tidak menyangka perbuatannya membantu pasangan warga emas terbabit menjadi tular memandangkan ini bukan kali pertama berbuat demikian.“Saya selagi boleh akan membantu sesiapa saja yang memerlukan kerana pegangan saya jelas iaitu jika kita memudahkan urusan orang lain, insya-Allah, Allah mempermudahkan kembali urusan kita.“Sewaktu membantu pasangan warga emas itu, saya menganggap seolah-olah mereka adalah ibu dan ayah saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Berkhidmat dengan syarikat bas ekspres selama 10 tahun, Rafidi berkata, dia ikhlas kerana Allah selain berasa sudah menyempurnakan tuntutan berbuat baik kepada sesama manusia.“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di bas saya akan kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.“Walaupun saya sendiri bukanlah daripada keluarga orang senang, namun insya-Allah perbuatan baik akan dibalas baik,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Niat saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji,” jelas lelaki mulia itu. Itulah bukti hukum syariah Islam mendidik manusia menjadi mulia dan berakhlak.
Buat yang baik tolak mungkar. Itu juga islah dan dakwah. Al-hamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/pemandu-bas-ini-jadi-mulia-kerana-ikut.html