Tukang Kayu Wanita Hasil Perkakas Sekolah Tanpa Bayaran


PARIT, 27 Jun  — Tanpa mengenal penat lelah, seorang tukang kayu wanita cekal membanting tulang empat kerat, menghasilkan pelbagai perkakas sekolah secara percuma untuk disumbangkan kepada Sekolah Rendah Islam Nur Ehsan (SERINE), Titi Gantung, di sini.
Musukubi Shamsuddin, 48, yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu, berkata perkakas sekolah yang dihasilkan adalah sumbangannya bagi keselesaan 154 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah berkenaan, kerana belum berkemampuan untuk menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan.
Wanita itu yang merupakan ibu tunggal, menghasilkan pelbagai perkakas sekolah seperti rak buku, almari menyimpan sejadah serta al-Quran, meja kaunter, kerusi dan meja, menggunakan papan lapis setebal 1.27 sentimeter.
Menariknya, kreativiti Musukubi dalam menghasilkan pelbagai perkakasan itu hanya dengan melihat contoh gambar di Facebook.
“Saya rasa saya boleh buat (perkakas) untuk sekolah, jadi saya buat. Lagipun saya lihat banyak perkakas yang sudah tak boleh pakai. Jadi saya sebagai ahli PIBG, kerana anak, Nur Insyirah Ismail, 8, sekolah di sini, menyatakan hasrat saya untuk menghasilkan perkakas ini tanpa sebarang bayaran.
“Saya hanya melihat contoh gambar membuat perabot dalam media sosial dan membayangkan sendiri untuk membuat bentuk perkakas sekolah dengan kayu yang telah disediakan pihak sekolah,” katanya ketika ditemui Bernama di SERINE, baru-baru ini.
Musukubi, yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak B’, berkata dalam sehari, beliau boleh menyiapkan dua hingga tiga jenis perkakas sekolah, yang dibuat setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.
Beliau, yang tinggal di Kampung Lambor Kiri, berkata selain menghasilkan perkakas untuk sekolah, beliau juga telah membuat sendiri kelengkapan perabot di rumahnya termasuk buaian, tempat meletak pakaian kotor, meja dan kerusi.
“Saya mula minat kerja pertukangan kayu sejak berpindah balik ke kampung halaman di Kampung Lambor Kiri sekitar 2018. Saya bertukang hanya untuk kepuasan diri sendiri walaupun ada ibu bapa yang meminta menghasilkan perabot rumah selepas melihat hasil kerja saya di sekolah yang telah berusia hampir 30 tahun ini,” katanya yang sebelum ini bekerja di sektor perkilangan selama 25 tahun di Selangor.
Musukubi berkata pihak pengurusan sekolah juga kini sedang mengumpul dana untuk membina sekolah yang baharu meliputi bangunan blok satu tingkat, tujuh bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebuah makmal komputer di Gelung Pepuyu, Bota, di sini.
Sumber: BERNAMA
The post Tukang Kayu Wanita Hasil Perkakas Sekolah Tanpa Bayaran appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/27/tukang-kayu-wanita-hasil-perkakas-sekolah-tanpa-bayaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 846 hits
Sekolah kembali dibuka setelah berbulan lamanya ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Berakhirnya satu penantian terutama buat ibubapa yang mempunyai anak anak yang masih bersekolah Dan mungkin sebilangan anak anak yang sud...
Aku Pernah Gagal Semua Subjek Wey Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah Guru Beri Kerja Selalu Tak Siap

Aku Pernah Gagal Semua Subjek Wey Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah Guru Beri Kerja Selalu Tak Siap

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 521 hits
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman tersendiri yang menggamit memori sewaktu zaman persekolahan Bahkan kenangan di sekolah itulah yang lazimnya akan menjadi antara memori zaman remaja yang sukar dilupakan apabila menginjak dewasa Begitu...
Kenapa Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak Anak Bila Sekolah Mula Dibuka 15 Dan 22 July 2020

Kenapa Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak Anak Bila Sekolah Mula Dibuka 15 Dan 22 July 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 729 hits
KENAPA IBU BAPA RISAU KESELAMATAN ANAK ANAK BILA SEKOLAH MULA DIBUKA 15 DAN 22 JULY 2020 Nak buka sekolah ni benda biasa la bila ada mak pak yang risau anak kena sekolah Tapi ada pulak yang kata eh bawak pergi mall boleh pulak Deyyyyy Pergi...
Pembukaan Sekolah Julai Bakal Jadi Bulan Sibuk Untuk Pelajar Guru Dan Ibu Bapa

Pembukaan Sekolah Julai Bakal Jadi Bulan Sibuk Untuk Pelajar Guru Dan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 538 hits
KUALA LUMPUR 2 Julai Setelah hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah dan hanya menggunakan pendekatan pembelajaran di rumah akibat ancaman pandemik COVID 19 sejak pertengahan Mac lepas pelajar akhirnya bakal menyambung semula p...
Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai Ini 5 Pesanan Yang Wajib Anda Ingatkan Kepada Anak

Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai Ini 5 Pesanan Yang Wajib Anda Ingatkan Kepada Anak

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 500 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan sekolah dibuka semula bermula 15 Julai ini membabitkan pelajar Tingkatan 1 hingga 4 kelas peralihan dan murid Tahun 5 serta 6 di sekolah rendah Menurut Berita Harian tarikh pembukaan semu...
5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 458 hits
Sejak kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan semua sekolah tadika dan pusat asuhan ditutup bagi membendung penularan pandemik Covid 19 Namun setelah 3 bulan berlalu Malaysia juga sudah menunjukkan perubahan positif dalam menanggani...
Sekolah Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020

Sekolah Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 764 hits
Sekolah Sesi 2010 Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020 Sekolah akan kembali dibuka pada 15 Julai 2020 untuk murid Tahun 5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 Manakala murid Tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada 22 Julai 2020 ...
Sekolah Agama Madrasah Tahfiz Dibenarkan Buka Mulai 15 Julai Dr Zulkifli

Sekolah Agama Madrasah Tahfiz Dibenarkan Buka Mulai 15 Julai Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 410 hits
Sekolah agama dan madrasah tahfiz di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan negeri dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Julai depan secara berperingkat seperti diumumkan KPM semalam Menteri di...
Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 580 hits
Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu Setelah beberapa bulan sekolah ditutup akhirnya kini dibuka kembali tetapi dengan norma yang baharu Umi The post appeared first on
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan