Tujuh Tahun Derita Isteri Guru Dukalara Memanjang


N Faizal Ghazali       
Tanggal 12 November lalu adalah hari yang dinanti-nanti dengan sejuta harapan di dada setelah dia menghadapi malam-malam panjang tanpa insan tercinta di sisi.

Namun, doa yang dipanjatkan belum jua termakbul.

Dia terpaksa meneruskan hidup sama seperti kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu melalui kehidupan seharian sebagai wanita yang bersendiri.

Bukanlah Ruhana Mohamed tiada suami. Ada. Cuma suaminya terlalu jauh di Beluran, Sabah sana, sedangkan dia terpaksa menelan hakikat pahit di Pasir Mas, Kelantan.

Menemani Ruhana ialah dua anak mereka.

"Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak. Harapan mereka hanya satu, nak ayah dia ada bersama di sisi.

"Setelah tujuh tahun PJJ (perkahwinan jarak jauh), pelbagai ujian silih berganti, tak kurang juga ujian kesihatan yang semakin silih berganti," katanya kepada Malaysiakini.

Habis sudah masa berdiam Menjelaskan kesulitan hidupnya Ruhana berkata bagi bagi orang biasa pun tujuh tahun itu sudah dianggap lama, apatah lagi untuk dirinya yang perlu menjaga anak-anak bersendirian.

Malah dia menegaskan, kudratnya semakin hari semakin lemah dan keadaan kesihatan tidak menentu.

"Saya harap dengan adanya kerajaan dengan harapan baru ini, kami anak-beranak disuluh sinar bahagia," katanya.

Menurut Ruhana, suaminya Khairul Anwar Mat Lazim, 31, mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di sebuah daerah di Beluran.
Gambar hiasanKatanya sudah beberapa kali permohonan dibuat supaya suaminya ditukarkan ke semenanjung namun gagal yang hadir bersilih ganti.

Ruhana berkata, selama ini dia hanya berdiam sahaja dengan keputusan permohonan suaminya, tetapi kali ini kesabarannya sudah melepasi batasan, selain ditambah rasa terkilan yang membara.

"Saya boleh reda, boleh terima apa jua keputusan tetapi ada sesetengah pihak, sesetengah individu nampak mencabar kesabaran saya.

"Memandangkan anak-anak yang semakin besar memerlukan perhatian penuh daripada seorang bapa, keadaan diri saya yang makin uzur dan ibu bapa mentua yang tidak menentu kesihatannya, adakah masih tidak layak untuk suami saya mendapat keputusan yang melegakan kali ini?

"Orang lain yang hanya beberapa tahun saja bertugas di sana, malah ada yang bujang, diberi kebenaran balik, apa kurangnya suami saya yang sudah tujuh tahun di sana?" luah wanita berusia 31 tahun itu tanpa menafikan ada guru lain turut senasib malah lebih teruk berbanding situasinya dan suami.

Janji tinggal janji Isnin lalu, keputusan permohanan guru seluruh negara untuk pertukaran tempat mengajar diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dilaporkan KPM meluluskan 4,525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019. Secara keseluruhan KPM menerima 25,332 permohonan daripada guru di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin, dalam kenyataannya semalam berkata, jumlah itu ialah 19.53 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan pertukaran menggunakan sistem modul e-GTukar yang dibuka sekali setahun.

Permohonan yang diproses dan diterima itu ialah bagi tempoh 18 Februari 2018 hingga 25 Mac lalu.

Sementara itu, mengimbau cabaran tiga tahun lalu ketika kesihatannya begitu getir, Ruhana berkata, surat sokongan doktor pakar disertakan bersama permohonan suaminya namun gagal mengubah pendirian pihak berwajib.

"Tiga tahun lepas saya sakit teruk kerana jangkitan kencing tikus. KPM minta suami buat permohanan pertukaran serta-merta dengan ada sokongan doktor pakar, tetapi nampaknya surat yang tak hebat daripada kami itu dipandang begitu saja.

"Saya masih berdiam diri. Janji kes khas kami hanya tinggal janji sahaja. Saya tetap sabar, sebab saya tahu apa itu sabar.

"Saya kira banyak jasa suami di sana, apalah kali ini bagi peluang pada kami yang sangat memerlukan.

"Tolonglah, buat sesuatu ikut giliran yang betul, kasihan kami yang sangat perlukan PJJ ini tamat secepat mungkin sebelum tamatnya nyawa di badan.

"Saya tak pernah bantah segala keputusan, tetapi hari ini saya sangat kecewa. Saya tak ada kuasa politik, tapi saya ada suara hati," jelasnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/tujuh-tahun-derita-isteri-guru-dukalara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Isteri Tak Bagi Duit Bapa Cekik Dan Belasah Anak Berusia 4 Tahun

Berang Isteri Tak Bagi Duit Bapa Cekik Dan Belasah Anak Berusia 4 Tahun

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 374 hits
Berang isteri tak bagi duit bapa cekik dan belasah anak berusia 4 tahunBerang dengan isteri yang tidak memberikan wang yang diminta lelaki berusia 26 tahun tergamak mencekik dan membelasah anak lelakinya berusia empat tahun lapor Dalam keja...
Nasib Guru Dukalara Makin Terpinggir

Nasib Guru Dukalara Makin Terpinggir

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 375 hits
PADA 12 November lalu keputusan permohonan pertukaran guru diumumkan Khabarnya daripada 23 000 guru yang memohon hanya 2 245 sahaja diluluskan Sementara kita memahami kekangan dihadapi Kementerian Pendidikan dalam soal ini pada masa sama ki...
Tahun Depan Mendikbud Usul 72 000 Guru Smk Diangkat Jadi Pegawai Pemerintah Kontrak

Tahun Depan Mendikbud Usul 72 000 Guru Smk Diangkat Jadi Pegawai Pemerintah Kontrak

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 289 hits
Guru yang diangkat dengan skema P3K bisa dikontrak dalam waktu satu atau tiga tahun Masa kontrak kerja juga bisa diperpanjang tergantung kesepakatan pemerintah dengan guru terkait
Dok Rindu J Bo Muda Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial

Dok Rindu J Bo Muda Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 550 hits
Ingat lagi kisah budak 11 tahun yang jadi isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun dulu di Kelantan tu Haa baru baru ini suaminya ada meluahkan kepada media yang dia amat merindukan isterinya itu yang kini berada di bawah jagaan Kemente...
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 453 hits
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim 40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim
Bantu Isteri Bunuh Diri Lelaki Dihukum 10 Tahun Penjara

Bantu Isteri Bunuh Diri Lelaki Dihukum 10 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 360 hits
02 November 2018 Gambar hiasan QUEENSLAND Seorang lelaki Australia yang menyarankan isterinya untuk melakukan bunuh diri dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara oleh mahkamah Hukuman tersebut merupakan keputusan penting mahkamah terkait kes bun...
Guru Disiplin Bunuh Isteri Metrotv

Guru Disiplin Bunuh Isteri Metrotv

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 499 hits
POLIS menahan seorang guru disiplin hari ini yang mengaku membunuh isterinya dipercayai dengan menggunakan rak penyidai pakaian di sebuah rumah di Air Itam Georgetown semalam Suspek berusia 42 tahun menyerah diri ditahan ketika menyerah dir...
Mengenang Tujuh Tahun Majid Salleh Sebagai Tahanan Politik

Mengenang Tujuh Tahun Majid Salleh Sebagai Tahanan Politik

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 341 hits
Semasa Malaya berada di bawah Undang undang Darurat yang dilancarkan oleh Kerajaan Penjajah British pada tahun 1948 ramai pejuang pejuang kemerdekaan dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah ditangkap dan menjadi mangsa tahanan penjajah An...
13 Tahun Permohonan Pindah Ditolak Guru Kecewa Mau Lelong 6 Orang Anak

13 Tahun Permohonan Pindah Ditolak Guru Kecewa Mau Lelong 6 Orang Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 628 hits
SHAH ALAM Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan sebanyak 4 525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019 FB cikgu IzzatBagaimanapun perkhabaran gembira...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi