Mengenang Tujuh Tahun Majid Salleh Sebagai Tahanan Politik


Semasa Malaya berada di bawah Undang-undang Darurat yang dilancarkan oleh Kerajaan Penjajah British pada tahun 1948, ramai pejuang-pejuang kemerdekaan dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditangkap dan menjadi mangsa tahanan penjajah. Antara puluhan ribu yang telah ditangkap dan dipenjara ialah seorang pemuda bernama Majid Salleh. 
Majid Salleh merupakan pemimpin seksyen buruh PKMM Johor dan merupakan ketua kesatuan buruh Johore South Federation of Trade Unions. Majid Salleh telah ditangkap oleh penjajah pada bulan September 1948 dan dipenjara selama 7 tahun kerana memperjuangkan kemerdekaan

Sajak di bawah yang ditulis oleh Majid Salleh menceritakan pengalamannya semasa dipenjara di khemah-khemah tahanan penjajah semasa Darurat


KHEMAH TAHANANoleh Majid Salleh
Apabila khemah tahanan siap semua PKMM dihantar ke dalammasuk neraka duniamasuk universiti revolusioneruniversiti tanpa lecturernya

Graduan tanpa degree dari Canselornyalima enam tujuh lapan tahun merengkokpindah-randah tidak tentu keruanlaksana orang tawanan perang (POW)atau sebagai hamba tebusan

Tempat yang tidak pernah dimimpikantempat tinggal di luar dugaanjuga tempat mengambil ijazahijazah fakulti perjuanganpejuang tulen atau palsululus atau gagalujian kalau benar-benar mahu MerdekaMerdeka total

Ada juga yang sambangpatah di tengahmerana, pengsan, menyesaltaubat tidak buat lagitak Merdeka pun tidaklahini bukan kerja, ini kerja gila

Ya! Anak yang baru lahir di kampung tertanya-tanyaMana bapa, mana bapa, mak
isteri menangis teresak-esak tidak menjawabjiran sebelah menyebelah mencemuh

Ibu yang tadinya gemuk cuma tinggal rangkaBiarkan! Dia tu anak jantananak yang berbayar upah bidannyakata bapa yang progresif pula

Isteri yang begitu segak bertukar kusut masaitidak ada tempat bergantungalam menjadi begitu sempitboneka Inggeris pergi datang tidak berhentikonon hendak menolong tetapi menyiasatdan berbagai tujuan lagi

Isteri yang tidak tahan meminta cerailantaran desakan hidupatau suasana alam sekelilingada juga kerana didesaktidak kurang pula kerana digodaatau sebab diugut digempar

Si PKMM merana dalam tahanansurat isteri dijadikan azimatgambar anak, gambar isteri disimpan di bawah bantalterdengar-dengar suara anak-anak ketawaapabila diberi gula-gula pulang dari kedaijuga suara menangis apabila makan tidak ada lauk

Tidur malam terigau-igausemalam terdengar-dengar suar isteri berkatamasak tengah hari ini tidak ada beras, bang
Si PKMM terbangun, terbayang di mataOh, beras tak ada, dia bangun hendak ke kedaiTernampak kawan-kawan bergelempangan tidur kiri kananAstaghfirullah!!
rupanya aku dalam tahanan

Lemah segala anggotadia tersepuk dudukOh, mungkin benar mereka tidak ada beraske manakah hendak dicariwang tentu tiadahendak berhutang siapa percayaYa Allah! Selamatkanlah anak isteriku

Ada juga yang mati meragankerana berfikir tak tentu keputusanapa dibuat apa tidak kenaakhirnya gempar sebuah kemkerana tahanan mati meranaInnalillahiwainnailaihirajiun

Yang menyesal tadi begitu pulamundar-mandir seorang diriitu salah ini tidak betulperut lapar makan tak mahukerja orang semuanya salahduduk salah berdiri pun salahmata pejam telinga terdengar

Datang revolusionerrevolusioner menyergah yang patah di tengahCih! Kau pejuang palsurevolusioner tulen tetap luhurbiar port dekok didirikan laginamun itulah erti perjuangan

Selagi hayat dikandung badanperjuangan tak pernah berakhirberjuang! Berjuang! Berjuang
untuk dunia dan akhiratuntuk agama, bangsa dan nusauntuk manusia di alam semesta

Di dalam tahanan bermacam ragamada yang duduk tersepuk membaca al-Quran tidak berhentiada yang gila badminton pagi petangyang asyik bermain gitar tak kurang jugaada yang belajar tafsir al-Quranada yang belajar bahasa Inggeris, Melayu dan Cinamasing-masing dengan seleranyauntuk mengisi ilmu di dada

Guru-gurunya begitu pulaPak Sako orang pertamayang paling sifu InggerisnyaKarim Bakar dari MelakaWan Daud dari TerengganuSyed Ahmad dari PahangHassan Zol dari KedahOthman Bulon dari PerakAli Ibrahim dari SelangorZain Ariff dari Kedah dan Osman Yahya dari KelantanInilah setengah daripada orang-orang yang pakar Inggeristetapi Pak Sakolah yang menjadi walking dictionarynyaorang yang alim sastera Inggeris, beliau memang alim

Para penuntut memanglah ramaidi antaranya, Saman Sharif, Osman Abadi, Hamid MahmudMajid Salleh, Mustafa Yunus, Ahmad Putih, PaiminAhmad Hj. Taib, Ahmad Joyokario dan entah beraparamai lagimereka ini ialah classmateku di blok GTanjung Bruas, Melaka

Masa periksa: Saman Sharif, first boyOsman Abadi, second boyMajid Salleh, third boy

Apabila dibebaskan masing-masing dengan tujuan hidupnyaCikgu Hamid Mahmud. menjadi Yang Berhormat di Kota BharuMustafa Yunus, menjadi Yang Berhormat, Ulu LangatRosdin Yaacob menjadi Yang Berhormat. Ulu Yamini yang aku ingat sahaja, selainnyaAbu Samah Sharif menjadi developer, sudah kayaOsman Abadi, ketua dalam Utusan Melayu, sudah kayaAhmad Putih, menjadi kerani polis, TemerlohAhmad Joyokario, pegawai bank di Jakartadan ramai lagi aku tidak tahu entah di manaaku percaya mereka sudah kaya-kaya belakakawanku yang menjadi Yang Berhormat inisemua menang atas tiket Perikatan atau Barisan

Apabila sudah kaya cakap sudah lainberjalan sudah lain, hentak sudah laincara duduk sudah laindan pakaian pun sudah lainkepala pun sudah lain

Pakar Arabnya ramai jugaUstaz Abu Bakar al-Bakir, guru utamaBaharuddin Tahir, guru yang petahUstaz Talib Jenderam tak kurang jugaUstaz Yunus Yatimi juga begitudan ramai lagi ustaz subsidi yang aku lupa

Alam tahanan itulah diayang tahu mengajar, yang tak tahu belajarsemua ilmu diajar percumaada yang masuk tak tahu apa-apaapabila bebas menjadi serba tahu

Pakar lawak (clown) ramai jugatapi ada seorang sahaja yang paling terkemukanamanya Doktor Hey Sey (H.S.) Hj. Saidbeliau abang Ustaz Yahya Nasim (Kajang)orangnya segak, pandai bergayabeliau boleh mengajuk lagak pemimpin seluruh duniaapabila beliau berkelakar semua orang ketawajadilah buat penglipur larauntuk memenuhi waktu yang terluang saja

Yang paling lucu ialah pakar gaduhrata-rata orang tahanan keras kepalakalau orang berotak bekutentulah tidak sampai ke khemah tahanan

Sedikit benar orang yang penakutorang yang berjiwa kecilselainnya kalau bergaduh mahu saja

Punca pergaduhan ialah menentang perjuanganantara yang ditahan ada juga yang tak tahu apa-apadia bukan orang politik, dia bukan orang perjuangantetapi dia masuk sebab orang sakit hati

Kerana dia jahil dia suka memuji-muji penjajahdia menghina perjuanganakhirnya orang marahorang tuduh dia penyuluhakhir timbul pertengkaran

Apabila mulut lawan mulut bermuladatang tukang kipasHud! Hud! Hud! (pukul) hud sama diaYang kena hud ada yang sampai berak hijaudikeronyok oleh entah siapa

Tetapi yang paling terbilang ada seorangsemua orang tahanan kenal diadia orang baik, kalau kita baikdia orang peramah dan kaki bercerita

Namanya ialah Adam Mohamad Saidorang Batak Rabit, Teluk Intan, Perakorangnya berani tetapi banyak akal

Kalau suruh dia buat punca bergaduhdia pun boleh buat jugaapabila bertumbuk hanya untuk sekali dua sajadua tiga kali tumbuk berhentidia mengena pun atau dia terkenananti kita sambung lagi, lepas makanatau disambung lepas mandi, atau lepas sembahyang

Nanti apabila cukup waktu dia pergi caritumbuk pula kalah menang lain kiratiap-tiap kali bertumbuk dia akan berkata"Nanti kita sambung lagi"apabila berjumpa tumbuk, kemudian berhenti

Akhirnya semua orang tak berani, orang bencimana ada orang bergaduh sambung-menyambung,jumpa tumbuk, apabila jumpa tumbuk, perangai manusia

Orang tahanan bergelar bungbung Sako, bung Boestamam, bung Karimbung Ali, bung Majid, bung Hassandan entah berapa bung lagi

Title bung dipinjam dari bahasa Indonesiabung Karno, bung Hatta, bung Tomo dan ...
Bung bererti rakan seperjuangan

Orang tahanan yang tidak ada kirimanhanyut membawa hatibergantung belas kasihan kawan-kawan

Ada yang mengacau air panas kosong waktu pagitak ada gula, tak ada kopi, tak ada teh, tak ada susuAda yang memasang paip kosong tanpa tembakautidak akan meminjam kepada kawan-kawankerana tak ada penggantinyayang berada tolong sajatiada huruf pinjam tiada huruf hutang

Tahanan yang dekat kampungkeluarga datang seminggu sekalibawa makan, bawa pakaian, bawa wang

Ada tahanan yang tak pernah dikunjungi keluargalantaran jauh, miskin atau tidak berdaya

Ada yang mengintai-intai di celah-celah pagarkalau-kalau ada keluarga melawatpuas sudah menunggu tak kunjung tibamasuk semula ke khemah dengan perasaan hampaberibu-ribu macam perasaan datangmalu kepada kawan-kawan macam tak ada keluargakadang-kadang terlupa mereka di kampung mungkin susahwang untuk membeli beras pun tak adaanak di kampung entah makan entah tidak

Apabila teringat, sejuk hati semulamungkin di kampung hari hujan, isteri tidak menorehApa ikhtiar lain? Selain dari menangisperempuan kalau susah menangislah diamenangis kerana anak meminta nasi

Sampai lamunan ke situ muka naik merahmarah kepada penjajahAku mahu Merdeka
Kami mahu Merdeka
Kami mahu hak kami semula

Mengapa pula kami diseksa
Mengapa pula anak isteri kami diseksa

Bukan aku nak jadi menteribukan aku nak jadi gabenortetapi aku mahu Merdekaaku mahu negeriku Merdekaaku mahu bangsaku Merdeka, itu sahajatapi kalau tak ada yang sanggupaku juga boleh menjadi menteriboleh menjadi gabenor atau apa saja

Di dalam tahanan kami mogokmogok lapar (hunger strike)di kem tahanan Ipohmogok membantah bekalan makananbekalan makanan bermutu terlalu rendahCikgu Shariff Salleh ditangkap, dia ketua makanan

Kami mogok tiga hari tiga malamaku dan dua orang kawanku lagirebus kangkung yang ditanam sebelum kem didirikankangkung-kangkung yang hampir matitanpa garam tanpa umbumakan kangkung saja tanpa nasi tanpa roti

Kami menyorok-nyorok makanuntuk menjaga maruahlain orang lain pula halnyakami tidak tahu, kami tidak berceritamereka tidak bertanya - understood

Di Pulau Sekijang (St. John Island) Singapuraaku ditangkap dari kem tahanandihantar ke jel Autramempat malam di jel Autram aku dihantar ke Changiaku dimasukkan ke dalam cellcell ialah jeltiga bulan di cell tanpa melihat mataharitanpa melihat bulantanpa bercakap tinggal seorang

Di kem Majidee, Johor Bahrupagi-pagi subuh polis dan warden masuk menyerbukira-kira 400-500 orangpara tahanan semua terkejut

Mereka memeriksa seorang demi seorangsemua beg semua barang dibongkardiselongkar satu demi satu

Di kem Melaka (Tanjung Keling)Rashid Maidin menumbuk pegawai Inggerissebab pegawai bersikap kasarRashid tumbuk, pegawai itu tumbangRashid kata, "I have been six monthsin England, I never seen such peoplelike you. You are cowboy!"
Apabila kami pindah dari Melaka ke Ipohbaca berita surat khabar Rashid cabutdia ugutanApabila mesyuarat Amnesty di Baling, KedahRashid mesyuarat dengan Tunku Abdul RahmanItu kerja Rashid Maidinmana dia dapat akal itu kita tidak tahuRashid betul berani

Dalam tahanan ramai juga yang menung sajapuncanya ialah memikirkan hal anak isteribagaimana isteri menanggung anak
bagaimana anak-anak pergi sekolah
adakah anak-anak berbelanja ke sekolah
bagaimana kalau sakit dinihari tengah malam
yang nampak di kepala hanya yang buruk-buruk sahaja

Orang berada tidak gusarcuma memikirkan bila akan bebasmembilang hari membilang bulanhabis wang hantar surat, ke kampung
Apabila Hari Raya sekali lagi bersedihterpandang-pandang anak nak makan daginghendak makan gulai ayamhendak makan lemang, ketupat, kuih rayahendak pakai baju baru

Ah, meminta-minta ke rumah orangkan pula
mungkin isteri tidak terdayahendak mengadakan itu semuatak sedar air mata menitikAduh, ini semua angkara penjajah

Masa tahanan tidak tahu bila akan bebasmungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depanmungkin setahun lagi, mungkin lima tahun lagidan mungkin sepuluh tahun dan mungkin matidi dalam tahanan, tiada siapa yang tahuenam tujuh terus lapan dan sembilan tahundalam tahanan bukannya mainanhampir sepuluh peratus umur di situ sahajaberpisah anak, berpisah isterikalaulah tidak benar sabar dan teguh pendirianmungkin ramai yang mereng

Tetapi berjuang untuk kemerdekaanrela menempuh itu semuadaripada menahan hati terpendammelihat bangsa dijajahnegara dijajah

Kalau tidak kita yang berjuangsiapakah yang akan berjuang lagitiada siapa yang diharap dan tiada siapa yang ditunggusiapa sedar dia berjuang duluyang duduk di atas pagar biarkanbiarkan duduk di atas pagar selama-lamanyakepada yang menentangbiarkan mereka menentang terus-menerus

Mereka menentang untuk kepentingan penjajahseorang Tuan Putih memerintah beribu orang anak jajahanTuan Putih maki hamun membesarkan mataTuan Putih menengking sambil menunjuk dengan kakianak jajahan tunduk laksana tikus memandang kucingtidak berani mengangkat muka menentang mata Inggeris

Hina lebih hinakaki Tuan Putih diletak atas bahu supirtatkala supir memandu kereta tuansupir tidak berani merokoksupir memakai baju kemas bertutup dadakalau langgar perintah, tuan marah buang kerja

Itulah keistimewaan Inggerisboleh menakluki negara kita beratus tahunanak jajahan makin lama makin penakutJiwa pahlawan hanya tinggal di lipatan sejarahSejarah entah ya, entah tidak

Tetapi apabila udara Merdeka sudah bertiupramai yang menepuk dada mengaku hero perjuanganperjuangan menuntut kemerdekaan

Tetapi orang-orang ini atau hero-hero iniaku tak pernah jumpa dalam tahanantidak juga kulihat namanya di surat-surat khabarpada tahun-tahun perjuangan 1945-48apa lagi namanya disebut-sebut umumsebagai juara perjuangantidak, tidak pernah berlakuitu cerita rekaan sahajajawabnya itulah oportunis bangsaoportunis begini akan kekal sampai bila-bilapatah tumbuh hilang bergantidi semua masyarakat dan semua negeri

Setelah bebas masing-masing gelisahorang-orang dahulunya benci sekarang berasa takuttakut menegur, takut bermesrakalau-kalau nampak kaki-kaki penjajahnanti dicekup pulajadi pengganti yang baru bebas

Maka hiduplah PKMM bak kera sumbangsenyumnya, senyum sumbangduduknya duduk sumbangbercakapnya, bercakap sumbangorang keliling, kawan-kawan lamamemandang dengan ekor mata

Seminggu sekali lapor ke balai polisatau dua minggu lapor juga jangan lupakalau pergi jauh lapor jugakalau tak lapor alamat nahas akan tiba
Begitulah nasib PKMM hingga beberapa lamasesetengahnya hingga ke akhir hayatbarulah tamat sandiwara hidup

Sumber: Buku Memoir Abdul Majid Salleh dalam PKMM dan Kesatuan Buruh (Penerbit UKM, 2004)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/mengenang-tujuh-tahun-majid-salleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sharp Indonesia Yakin Raup Untung Dari Momen Tahun Politik

Sharp Indonesia Yakin Raup Untung Dari Momen Tahun Politik

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 234 hits
PT Sharp Electronics Indonesia percaya pemilihan umum tahun depan tak akan mengganggu daya beli masyarakat Malah tahun politik diyakini akan berdampak positif pada kinerja penjualan perseroan Apalagi Sharp telah mengeluarkan sejumlah produk...
Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 552 hits
Majid Salleh merupakan pemimpin seksyen buruh PKMM Johor dan merupakan ketua kesatuan buruh Johore South Federation of Trade Unions pada tahun 1947 semasa beliau berumur 24 tahun Gambar Majid Salleh ini diambil pada tahun 1946 47 berpakaian...
Kinerja Ihsg Dinilai Bakal Tetap Ciamik Di Tahun Politik

Kinerja Ihsg Dinilai Bakal Tetap Ciamik Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 259 hits
Dari sisi pergerakan indeks sektoral pada saat pemilu sektor mic industry memimpin dengan rata rata penguatan pada 3 periode pemilu terakhir dengan total return rata rata mencapai 80 persen disusul sektor pertambangan 64 83 persen keuangan ...
Pbnu Dan Pp Muhammadiyah Ajak Rakyat Tidak Saling Bermusuhan Di Tahun Politik

Pbnu Dan Pp Muhammadiyah Ajak Rakyat Tidak Saling Bermusuhan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 266 hits
Pengurus Besar Nahdlatul Ulama menyambangi PP Muhammadiyah Adapun dua ketua umum serta para pengurus saling bertatap muka dan melakukan pertemuan secara tertutup
Cara Relawan Sejuta Teman Tangkal Berita Hoaks Di Tahun Politik

Cara Relawan Sejuta Teman Tangkal Berita Hoaks Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 229 hits
Selain itu Sejuta Teman juga membuka kanal Lapor Hoaks yang bisa dimanfaatkan masyarakat untuk melaporkan hoaks yang ada di sekitar mereka Ini adalah upaya meningkatkan partisipasi publik untuk melawan hoaks yang beredar mulai dari lingkung...
Korupsi Bansos Ketua Dprd Jember Divonis 2 Tahun Dan Hak Politik Dicabut 1 Tahun

Korupsi Bansos Ketua Dprd Jember Divonis 2 Tahun Dan Hak Politik Dicabut 1 Tahun

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 267 hits
Mencabut hak politik terdakwa selama satu tahun sejak selesai menjalani hukumannya
Mahar Politik Dari Parpol Dinilai Sebagai Penyebab Kepala Daerah Korupsi

Mahar Politik Dari Parpol Dinilai Sebagai Penyebab Kepala Daerah Korupsi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 263 hits
Direktur Eksekutif Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi Titi Anggraini menilai fenomena banyaknya kepala daerah yang melakukan korupsi salah satunya karena rekrutmen kepala daerah oleh parpol masih menggunakan mahar
Erick Thohir Tegaskan Yusril Bergabung Sebagai Profesional Tak Ada Deal Politik

Erick Thohir Tegaskan Yusril Bergabung Sebagai Profesional Tak Ada Deal Politik

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 265 hits
Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Erick Thohir angkat bicara soal penunjukan Yusril Ihza Mahendra sebagai pengacara capres cawapres Joko Widodo dan Ma ruf Amin Mantan bos Inter Milan itu sebelumnya disebut Yusril sebagai orang yang ...
Kegundahan Kegundahan Jokowi Memasuki Tahun Politik

Kegundahan Kegundahan Jokowi Memasuki Tahun Politik

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 278 hits
Presiden Jokowi dalam beberapa momen menyampaikan kegundahannya pada tahun politik seperti sekarang ini Apalagi sudah memasuki musim kampanye
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord