Dok Rindu J Bo Muda Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial
Ingat lagi kisah budak 11 tahun yang jadi isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun dulu di Kelantan tu? Haa baru-baru ini, suaminya ada meluahkan kepada media yang dia amat merindukan isterinya itu yang kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand, lapor Berita Harian.
Pun begitu, berita ini sebenarnya tidak diterima baik oleh isteri-isteri tua lelaki terbabit sehingga isteri keduanya meluahkan rasa kesal dan menyampah dengan sikap suaminya itu di laman Facebook Berita Harian. Uish kena sound dengan bini!
“Nak start lagi ke…. nak aku lampirkan semua bil TNB dan air yang tertunggak?”
Menerusi posting Facebook Berita Harian yang bertajuk ‘Rindu serindu-rindunya’ ini, isteri kedua lelaki tersebut yang bernama Effa telah meluahkan rasa kesalnya akan sikap suami yang masih tergila-gila ‘bini muda’ walhal bil elektrik, air dan roadtax kereta masih tertunggak dan tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
“Mana jantan yang backup tadi? Katanya halal kahwin kan. Tapi kalau kebajikan isteri pun terabai apa guna”
Komen isteri kedua ini ternyata meletup sehingga mendapat 300 lebih likes setakat ini dengan 66 replies. Rata-rata netizen ikut mengecam lelaki tersebut dan meminta isteri kedua lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan.
Sumber: Facebook
Suami harap Kerajaan Thailand ‘bebaskan’ isterinya supaya mereka dapat ‘bersatu’ setelah gadis berusia 16 tahun
Menurut Berita Harian pada 12 November lepas, lelaki terbabit mengakui dia langsung tidak mendengar khabar berita daripada isterinya dan tidak tahu sama ada jagaan terhadap budak tersebut akan dilanjutkan oleh Kerajaan Thailand.
Sumber: LM
Namun pada masa yang sama, lelaki tersebut berharap jodoh mereka berpanjangan dan meletakkan segala ketentuan kepada Allah SWT.
“Setiap hari saya menadah tangan kepada Allah SWT supaya jodoh kami berkekalan dan apa saja ketentuanNya saya terima.
“Bukan itu saja, jika Kerajaan Thailand ingin `membebaskan’ isteri saya dan membenarkan dia `bersatu’ dengan saya setelah umurnya cukup 16 tahun, saya terima dan sanggup menunggu selama lima tahun lagi,” kata bapa kepada enam anak itu.
Apa-apapun doa kami semoga si suami jalankanlah tanggungjawab terhadap dua lagi isteri dan anak-anaknya dengan baik supaya tak adalah yang tak puas hati di kemudian hari. sumber
The post “Dok rindu j*bo muda!” – Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/dok-rindu-jbo-muda-isteri-kedua-lelaki-kahwin-budak-11-tahun-mengamuk-di-media-sosial/