Tuduhan Palsu Azmin Tun Nafikan


 


RINA HAMZAH
Siapa pun tak percaya karangan sampah dibawah ni. Semua orang tahu azmin selama ini khadam sakatok tu! Dari jadi broker diantara umno utk sakatok nyanyuk tu sehingga ke Sheraton move. Hanya caitok hati kaudu hitam percaya dongeng terbangsat dibawah ni.

Iklan:

TUDUHAN PALSU AZMIN

1. Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).

2. Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.

3. Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.

4. Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.

5. Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.

6. Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.

7. Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.

8. Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.

9. Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.

10. Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.

11. Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.

12. Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.

13. Di pihak Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.

14. Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.

15. Selain isu Rome Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan DAP selain memainkan isu perkauman.

16. Keadaan menjadi agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.

17. Malangnya orang Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.

18. Buktinya, hari ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan didiamkan begitu sahaja.

19. Kerana itu saya bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.

20. Jika ada yang masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal bersaing pada masa kini.

21. Bagi saya lebih baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.

22. Inilah peristiwa dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah Sheraton.

23. Pendirian saya ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung, menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tuduhan-palsu-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 349 hits
loading SHAH ALAM Langkah Sheraton yang diatur oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menghalang Pakatan Harapan memerintah negara adalah bukti beliau juga bercita cita ...
Eizlan Dakwa Tuduhan Hans Isaac Adalah Palsu

Eizlan Dakwa Tuduhan Hans Isaac Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 345 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Eizlan Yusof mendakwa tuduhan yang dibuat Datuk Hans Isaac terhadapnya adalah palsu Menurut Datuk Eizlan Yusof yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Datuk Hans Isaac menyatakan penglibatan Eizla...
Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 272 hits
Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional Saya telah berkali kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO seca...
Khairuddin Beri Amaran Kepada Azmin Jangan Hina Tun M

Khairuddin Beri Amaran Kepada Azmin Jangan Hina Tun M

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 196 hits
KHAIRUDDIN ABU HASSAN Saya ingin menasihati azmin ali agar jangan menipu secara berterusan untuk lepaskan dirinya dari dicemuh oleh rakyat jelata Azmin ali sudah sedar kini bahawa reputasinya telah tercemar teruk selepas langkah sheraton Ge...
Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 368 hits
loading Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
Dituduh Menjadi Pengasas Perikatn Nasional Tun Mahathir Bidas Azmin Ali Dan Mempersol Beberapa Perkara Penting Ini

Dituduh Menjadi Pengasas Perikatn Nasional Tun Mahathir Bidas Azmin Ali Dan Mempersol Beberapa Perkara Penting Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang daripada beliau sendi...
Azmin I Still Love And Respect Dr M But Anwar Is A Bitter Person

Azmin I Still Love And Respect Dr M But Anwar Is A Bitter Person

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 343 hits
Despite parting ways when Perikatan Nasional was formed Senior Minister Azmin Ali said he still regards ex premier Dr Mahathir Mohamad as a father figure whom he views with respect and love I still have so much respect love and affection fo...
Sokong Belanjawan Bukan Sebab Seronok Seronok Azmin Beritahu Anwar

Sokong Belanjawan Bukan Sebab Seronok Seronok Azmin Beritahu Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 369 hits
Azmin berkata pihak pembangkang cuba menjadikan Belanjawan 2021 sebagai percaturan politik
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya