Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M



Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).
Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.
Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.
Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.
Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.
Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.
Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.
Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.
Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.
Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.
Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.
Di pihak Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.
Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.
Selain isu Rome Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan DAP selain memainkan isu perkauman.
Keadaan menjadi agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.
Malangnya orang Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.
Buktinya, hari ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan didiamkan begitu sahaja.
Kerana itu saya bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.
Jika ada yang masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal bersaing pada masa kini.
Bagi saya lebih baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.
Inilah peristiwa dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah Sheraton.
Pendirian saya ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung, menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30787

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Palsu Azmin Tun Nafikan

Tuduhan Palsu Azmin Tun Nafikan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 215 hits
RINA HAMZAHSiapa pun tak percaya karangan sampah dibawah ni Semua orang tahu azmin selama ini khadam sakatok tu Dari jadi broker diantara umno utk sakatok nyanyuk tu sehingga ke Sheraton move Hanya caitok hati kaudu hitam percaya dongeng te...
Kenapa Lokeman Sudah Berhenti Serang Muhyiddin Dan Azmin

Kenapa Lokeman Sudah Berhenti Serang Muhyiddin Dan Azmin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 250 hits
Begitu unik tidak siapa pun berani serang Hadi dan PAS Pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO sedang bercakaran sesama sendiri Hadi diam dan hanya tunggu masa
Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 350 hits
loading SHAH ALAM Langkah Sheraton yang diatur oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menghalang Pakatan Harapan memerintah negara adalah bukti beliau juga bercita cita ...
Khairuddin Beri Amaran Kepada Azmin Jangan Hina Tun M

Khairuddin Beri Amaran Kepada Azmin Jangan Hina Tun M

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 197 hits
KHAIRUDDIN ABU HASSAN Saya ingin menasihati azmin ali agar jangan menipu secara berterusan untuk lepaskan dirinya dari dicemuh oleh rakyat jelata Azmin ali sudah sedar kini bahawa reputasinya telah tercemar teruk selepas langkah sheraton Ge...
Azmin Idea Penubuhan Pn Untuk Pastikan Dr M Kekal Pm

Azmin Idea Penubuhan Pn Untuk Pastikan Dr M Kekal Pm

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 10 41 amMenteri Kanan Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Jelasnya tujuan penubuhan tersebut pada asalnya untuk menjadikan M...
Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 345 hits
Ulya Aqamah Husamudin speaks to the media in Kuala Lumpur in this file picture taken on June 4 2020 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Nov 29 Parti Pejuang Tanah Air information chief Ulya Aqamah Hasamudin today denied the involvement of...
Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 368 hits
loading Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
Jika Azmin Mastermind Kenapa Sewaktu Meleatkkan Jawatan Tidak Berbincang Dengan Majlis Presiden

Jika Azmin Mastermind Kenapa Sewaktu Meleatkkan Jawatan Tidak Berbincang Dengan Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 267 hits
AZMIN MUHYIDDIN MASTERMIND PENUBUHAN PH TUN MAzmin Muhyiddin mastermind penubuhan PH Tun MOleh December 01 2020Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional Saya telah berkali kali tera...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan