Tuduhan Darurat Bentuk Kerajaan Diktator Tak Bertanggungjawab Azmin Ali



KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan diktator akan wujud jika negara melaksana darurat sebagai satu tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kenyataan itu jelas satu cubaan menakutkan dan menyemai kebencian rakyat terhadap usaha bersungguh kerajaan menjamin kesihatan, keselamatan awam serta pemulihan ekonomi.
“Biar kita jelas. Musuh sebenar kita adalah COVID-19 dan kita mesti menghargai pengorbanan dan usaha barisan hadapan kita yang sudah berusaha keras siang dan malam melawan pandemik membunuh ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azmin mengulas dakwaan dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyifatkan laporan media yang menyebut kemungkinan kerajaan akan melaksanakan darurat memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator.
Azmin berkata, sikap Anwar begitu dikesali kerana memilih jalan untuk membangkitkan ketidakstabilan dan menyemai kebencian ketika dirinya mendakwa memperoleh majoriti meyakinkan di Parlimen untuk membentuk kerajaan baru dan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.
“Ini jelas satu watak individu yang gila kuasa yang didorong oleh kepentingan sendiri dan sikap ego seolah-olah jawatan Perdana Menteri menjadi hak miliknya,” katanya.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika ini apa yang diperlukan adalah semua pemimpin politik bersama dengan rakyat dan kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19, dengan segala sumber yang ada perlu digembleng bersama bagi menjamin kesihatan awam terjaga, kerancakan ekonomi berjalan lancar serta sektor pekerjaan terjamin.
“Rakyat terutama yang makan gaji dan mereka yang berada di pelbagai sektor, dapat terus memperoleh pendapatan yang terjamin dan stabil, melindungi keluarga mereka dan boleh menikmati makanan di atas meja,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) berkata, kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada agensi penguatkuasaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksana semua aktiviti pemantauan secara berkesan.
Pada masa yang sama, katanya, agensi itu mesti diberi kuasa melalui proses Perlembagaan untuk melaksanakan tindakan pantas terhadap semua ancaman termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang begitu berisiko tinggi menyebarkan COVID-19 atau penyakit berjangkit lain.
“Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar dan tepat untuk kita berdiri bersatu di belakang semua usaha untuk mengurangkan pandemik dan meratakan keluk sambil memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi,” katanya.
Guan Eng gelar Dr. M diktator

The post Tuduhan darurat bentuk kerajaan diktator tak bertanggungjawab – Azmin Ali appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/24/tuduhan-darurat-bentuk-kerajaan-diktator-tak-bertanggungjawab-azmin-ali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Darurat Menjurus Diktator Adalah Melulu Kata Azmin

Tuduhan Darurat Menjurus Diktator Adalah Melulu Kata Azmin

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 341 hits
Dakwaan pembangkang bahawa negara menjurus ke arah pemerintahan diktator sekiranya darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab oleh ahli parlimen kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Ketua penerangan Perikat...
Azmin Pembangkang Melulu Tuduh Darurat Menjurus Diktator

Azmin Pembangkang Melulu Tuduh Darurat Menjurus Diktator

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 334 hits
themalaysialife comMohamed Azmin AliDakwaan pembangkang bahawa negara menjurus ke arah pemerintahan diktator sekiranya darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab oleh ahli parlimen kata Datuk Seri Mohame...
Azmin Ali Sangat Licik

Azmin Ali Sangat Licik

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 257 hits
Norman RadzuanAZMIN ALI SGT LICIKPagi ni rata2 penyokong PH atau Anwar sgt gembira Mereka menganggap ini kemenangan pertama Muhyiddin mungkin ada rasa sedikit maruah dan bertindak mahu berhenti tetapi Tuan Penasihat nya berbeza malah mahu M...
Terima Sokongan Najib Untuk Bentuk Kerajaan Baharu Tindakan Gila

Terima Sokongan Najib Untuk Bentuk Kerajaan Baharu Tindakan Gila

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 384 hits
Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan Tony Phua sebagai gila AASHAH ALAM Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...
Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 598 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan darurat memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator Dakwa ketua pembangkang dia bimbang dengan laporan berita yang mengandaikan kerajaan mahu menjadikan Covid 19 ...
Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional Menurut DAP...
Kertas Putih Felda Antara Azmin Ali Felda Dan Fic Siapa Salah

Kertas Putih Felda Antara Azmin Ali Felda Dan Fic Siapa Salah

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 565 hits
LAPORAN KERTAS PUTIH FELDA ARAHAN SIAPA Menurut Laporan Kertas Putih Felda Kes 5 Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City KLVC adalah projek pembangunan bercampur dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan Lembaga Pengarah FIC bersetuju melanti...
Muhyiddin Perlu Pecat Hamzah Azmin Ali

Muhyiddin Perlu Pecat Hamzah Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 360 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat Dalam satu hantaran di Fac...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec