Muhyiddin Perlu Pecat Hamzah Azmin Ali



Anggota Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat.
Dalam satu hantaran di Facebook, Fuad juga menjelaskan mengenai apa yang berlaku di kediaman perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi.
Puad mendakwa pertemuan di kediaman Muhyiddin itu berlangsung dalam suasana emosi apabila pemimpin Bersatu dikatakan menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berhubung cadangan tersebut.
“Semua menuding jari ke arah Azmin dan Hamzah. Benarkah “ill advise” kepada Muhyiddin itu adalah mereka,” kata Puad dipetik.
Ketika pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkumpul di kediaman Muhyiddin malam tadi, terdapat spekulasi bahawa perdana menteri dan presiden Bersatu itu akan meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan Bersatu yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan menafikan perkara ini.
Sementara itu, Puad berkata penolakan Yang di-Pertuan Agong terhadap perisytiharan darurat mempunyai dua implikasi.
“Pertama, Agong menyedari “langkah Muhyiddin” itu hanyalah muslihat politik bukan untuk memerangi Covid-19.
“Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan….’Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan’,”
“Kalau YDP Agung yakin, kenapa PM tidak yakin. Apakah PM cuba membohongi YDP Agong? Alhamdulillah, YDP Agong dan Majlis Raja-Raja amat teliti dan bijaksana,” kata Puad.
Kedua katanya, ramai pakar perundangan mengatakan Seri Padukan harus mendengar nasihat perdana menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan, namun perkara itu tidak berlaku.
“Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang perdana menteri,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, anggota parlimen PKR, Wong Chen juga mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya memecat dua menteri kanannya.
Walaupun tidak menyebut nama, jelas bahawa Anggota Parlimen Subang itu merujuk kepada Azmin dan Hamzah.
“Sebilangan besar rakyat Malaysia percaya perdana menteri harus meletakkan jawatan. Dalam sejarah politik Malaysia, saya tak fikir Agong pernah berkata tidak dengan cadangan perdana menteri,” kata Wong.
Beliau menyifatkan cadangan untuk mengiytiharkan darurat dan menggantung parlimen sebagai tidak masuk akal sehingga ditolak oleh Raja-raja Melayu.
“Jika dia tidak mengundurkan diri, setidaknya dua menteri kanannya harus dipecat. Kita tahu bahawa perdana menteri tidak sihat kebelakangan ini dan ada cakap-cakap berterusan bahawa dia dipengaruhi oleh dua menteri kanan ini.
“Oleh itu, lebih baik perdana menteri meletak jawatan atau dia memecat kedua-dua menteri kanan tersebut kerana usaha untuk menumbangkan demokrasi di Malaysia ”tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30314

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Aniaya Pembangkang Muhyiddin Mesti Pecat Hamzah Azmin

Henti Aniaya Pembangkang Muhyiddin Mesti Pecat Hamzah Azmin

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 427 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Dewan Negara Liew Chin Tong menegaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyingkirkan dua pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional yang telah mengundang pelbagai huru hara politik di negara ini Pengeru...
Jawapan Kepada Muhyiddin Azmin Dan Hamzah

Jawapan Kepada Muhyiddin Azmin Dan Hamzah

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 291 hits
Resign Jangan sampai rakyat sebut dalam bahasa yang lebih kesat dan bertindak di luar dan melepasi kesabaran Penyakit jalanan di Thailand dan di Indonesia sekarang sangat membimbangkan Paling bahaya ada musuh baling batu sembunyi tangan unt...
Korbankan Azmin Hamzah Jika Muhyiddin Mahu Pulih Keadaan

Korbankan Azmin Hamzah Jika Muhyiddin Mahu Pulih Keadaan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 348 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBagi memulihkan semula keadaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan menggunakan Parlimen sebagai jalan untuk bekerjasama dan berunding dengan pembangkang demi kebaikan negara sepanjang tempoh krisis wa...
Azmin Dan Hamzah Dipersalahkan Dalam Pertemuan Beremosi Di Rumah Muhyiddin

Azmin Dan Hamzah Dipersalahkan Dalam Pertemuan Beremosi Di Rumah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 343 hits
Puad gesa PM berundur dakwa Azmin Hamzah dipersalahkanAnggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangannya un...
Azmin Ali Sangat Licik

Azmin Ali Sangat Licik

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 211 hits
Norman RadzuanAZMIN ALI SGT LICIKPagi ni rata2 penyokong PH atau Anwar sgt gembira Mereka menganggap ini kemenangan pertama Muhyiddin mungkin ada rasa sedikit maruah dan bertindak mahu berhenti tetapi Tuan Penasihat nya berbeza malah mahu M...
Puad Zarkashi Membuat Tuduhan Kepada Azmin Dan Hamzah

Puad Zarkashi Membuat Tuduhan Kepada Azmin Dan Hamzah

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 428 hits
Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO Sebagai Ketua Penerangan PN Azmin katanya arah cyber troopers PN guna naratif UMNO gila kuasa dan UMNO mahu Anwar jadi...
Tuduhan Darurat Bentuk Kerajaan Diktator Tak Bertanggungjawab Azmin Ali

Tuduhan Darurat Bentuk Kerajaan Diktator Tak Bertanggungjawab Azmin Ali

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan kerajaan diktator akan wujud jika negara melaksana darurat sebagai satu tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan itu jelas satu cubaan...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut