Waytha Moorthy Rosakkan Imej Malaysia Di Luar Negara




Ustaz Nabir Osman Kenyataan dalam profil babit dakwaan palsu mengenai ajaran Islam

1. SEMALAM saya telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland, United Kingdom (UK).

Agak menarik ialah Waytha Moorthy Ponnusamy selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

2 . YB Moorthy menyampaikan ucapan aluan secara ringkas dan beliau sendiri seolah-olah agak terkejut dan tidak tahu dengan penghormatan yang diberikan ini.

Tidak banyak yang disentuh dalam ucapan beliau yang hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Apatah lagi beliau menegaskan bahawa beliau terpaksa meninggalkan majlis pada jam 3.30 petang dan mempunyai masa kurang dari sejam.

Video Player 00:0000:37
Sedangkan majlis sepenuhnya patut berlangsung sehingga jam 4.30 petang.

3 – Setiap hadirin dibekalkan dengan dua lampiran kertas. Satu mengenai tentatif majlis dan satu lagi ialah profil YB Moorthy.

Oleh kerana ucapannya terlalu pendek maka kebanyakan hadirin hanya menggarab maklumat melalui lampiran yang disertakan.

4 – Kebiasaan soal jawab majlis dialog adalah berdasarkan ucapan tetamu yang bercakap.

Malangnya kandungan ucapan beliau seolah-olah tiada. Maka, rujukan untuk bertanya hanyalah melalui maklumat profil yang dilampirkan

5 – Amat mengejutkan dengan maklumat yang tertera dalam profil seorang menteri dari kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini.



Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun.

Selebihnya silalah baca sendiri. Saya merasakan ia tetap tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan

6 – Malaysia telah merdeka lebih 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi Perdana Menteri hari ini.

YB Moorthy seorang menteri dari Jabatan Perdana Menteri dengan berlatarbelakangkan seorang peguam, sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia

Pada pandangan saya beliau tidak membawa risalah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya. Apatah lagi Malaysia



7. Saya merasakan kerosakan imej telah berlaku terhadap negara Malaysia melalui profil ini.
Pertanyaan lanjut berdasarkan maklumat itu hanya akan membawa kepada kerosakan yang lebih parah

Saya hadir mewakili komuniti Muslim di sini. Dalam masa yang sama saya juga adalah seorang anak Malaysia

Serba salah sama ada untuk bertanya penjelasan lanjut atau mengawal kerosakan imej negara Malaysia di mata luar dengan tidak bertanya. Saya memilih yang kedua



8. Telah menjadi adat dalam sesi dialog bahawa kenyataan rujukan selalunya kembali kepada tetamu yang bercakap.

Apatah lagi beliau adalah seorang menteri dari kerajaan yang memerintah hari ini

Sedangkan saya sudah berada di sini hampir 20 tahun dan lebih 30 tahun berada di luar Malaysia

9. Sahabat saya yang turut hadir sebagai penyampai ucapan bagi mewakili komuniti Muslim di sini bertanya kepada saya secara peribadi untuk kepastian.

Betulkah non-Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam

Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam

10. Kenyataan dalam profil itu bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan.

Ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia

Juga dalam konteks kami sebagai minoriti di sini. Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam

Laksana Islamophobia dari seorang yang memegang jawatan menteri yang sepatutnya menangani kes seumpama ini

11. YB Moorthy, anda sepatutnya membawa mesej perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan sosial untuk dikongsi oleh dunia luar.

Ia lebih patut dengan amanah dan jawatan yang anda pegang. Sesuai dengan Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama

12. Bangsa-bangsa selain Melayu telah sedia diberikan hak malah dibiayai kerajaan untuk meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Bandingkan jumlah kuil yang ada mengikut ratio penganut Hindu di Malaysia dengan negara-negara sebelah sini. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing

Pelepasan cuti umum bersempena hari kebesaran berbanding sini. Bagaimana sambutan ‘Chinese New Year’ di Malaysia berbanding UK sebagai contoh lain? Dan senarai yang seterusnya…
13. Majlis dialog ini adalah berkaitan ‘hate crime’. Kes Adib adalah natijah dari ‘hate crime’.Melalui bekalan perkongsian maklumat dari sini harapnya YB Moorthy boleh membela kematian Adib untuk membawa penjenayah yang terlibat kemuka pengadilan

Demi keluarga beliau yang memerlukan pembelaan, demi penjawat awam yang terkorban semasa menjalankan tugas, demi kedaulatan undang-undang dan demi kesusilaan hubungan antara kaum di Malaysia

*Ustaz Nabir Osman-Bekas Imam Islamic Centre, Belfast, Ireland



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/waytha-moorthy-rosakkan-imej-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Burukkan Imej Negara Waytha Moorthy Perlu Disiasat

Burukkan Imej Negara Waytha Moorthy Perlu Disiasat

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 229 hits
Oleh Fazleen Safina Didesak lepaskan jawatan tidak layak menjadi menteri jaga perpaduan kaumBANGI Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy menabur fitnah dengan memburukkan imej negara boleh dikira sebagai melamp...
Australia Pilih Malaysia Negara Tumpuan Diplomatik 2020

Australia Pilih Malaysia Negara Tumpuan Diplomatik 2020

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR 24 JAN Australia memilih Malaysia sebagai negara tumpuan untuk 2020 sebagai sebahagian sambutan ulang tahun hubungan diplomatik di negara ini kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski Beliau berkata set...
Dari Tempat Ke 26 Jadi Tempat Ke 3 Malaysia Negara Paling Aman Di Asia Tenggara

Dari Tempat Ke 26 Jadi Tempat Ke 3 Malaysia Negara Paling Aman Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 283 hits
Malaysia kini berada di tangga ke 16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global 2019 kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Beliau berkata laporan GPI itu turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman d...
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 377 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
Mahathir Malaysia Sudah Jadi Negara Paria

Mahathir Malaysia Sudah Jadi Negara Paria

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 176 hits
Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dalam isu berkaitan 1MDB Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya Di mata dunia Malaysia sudah menjadi negara paria negara yang sesiapa sahaja boleh dihere...
Pemain Hoki Perlu Beraksi Di Luar Malaysia Sukri

Pemain Hoki Perlu Beraksi Di Luar Malaysia Sukri

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 284 hits
Kapten pasukan hoki lelaki kebangsaan Sukri Mutalib percaya sekiranya lebih ramai pemain beraksi dalam liga luar negara terutama di Eropah ia mampu meningkatkan prestasi pasukan Malaysia Sukri sendiri yang pernah beraksi bersama pasukan Sou...
Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 201 hits
MALAYSIAKINI Sebuah syarikat penyelidikan teknologi Comparitech menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada negara paling rendah dalam indeks kebebasan internet berdasarkan sekatan pada media sosial laporan politik pornografi dan laman pen...
Malaysia Kirim Balik 150 Kontainer Sampah Plastik Ke Empat Negara

Malaysia Kirim Balik 150 Kontainer Sampah Plastik Ke Empat Negara

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 212 hits
Malaysia mengirim balik 150 kontainer sampah plastik kiriman dari empat negara yaitu Amerika Serikat Inggris Prancis dan Kanada
China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 295 hits
Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat Kebimbangan terhad...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Dari Negeri Paling Utara Ke Negeri Paling Selatan

Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders