Tubuh Anak Kecil Tanda Tumbesaran Anak Terbantut Ini Simptom Yang Mama Perlu Tahu


Pernah tak anda ditegur kerana saiz badan anak kecil berbanding kanak-kanak seusianya? Jika ya, adakah ini bermakna anak mengalami tumbesaran terbantut? Ini penjelasannya.

Tumbesaran kanak-kanak terbantut
Tumbesaran terbantut (faltering growth – sebelum ini disebut failure to thrive) merujuk kepada kadar pertambahan berat badan yang lebih perlahan pada zaman kanak-kanak daripada jangkaan mengikut usia dan jantina.
Bayi atau anak yang gagal berkembang dengan baik ketara kelihatan lebih kecil atau lebih pendek daripada kanak-kanak seusia mereka.Bagi remaja pula, mereka tampak lebih kecil dan rendah atau kurang perubahan yang biasa berlaku semasa akil baligh. Namun, wujud definisi berbeza dalam apa yang dianggap sebagai pertumbuhan dan perkembangan normal.
Simptom tumbesaran terbantut
Secara umum, kadar perubahan berat dan ketinggian lebih penting daripada ukuran sebenar. Dalam tumbesaran kanak-kanak atau bayi yang gagal untuk berkembang ini, mereka akan mempunyai ketinggian, berat dan lilitan kepala yang tidak sepadan dengan carta pertumbuhan standard.
Kesannya tumbesaran mereka akan menjadi perlahan atau terhenti yang menjejaskan perkembangan dalam aspek:
Kemahiran fizikal, seperti berguling, duduk, berdiri dan berjalan Kemahiran mental dan sosial Ciri-ciri seksual sekunder – tertangguh ketika remaja Tiga situasi yang boleh menjadi punca tumbesaran terbantut
1. Pengambilan kalori yang rendah, punca tumbesaran kanak-kanak terbantut
Bayi dan kanak-kanak memerlukan jumlah kalori berbeza mengikut usia, saiz, jantina, tahap aktiviti dan keperluan perubatan. Ada kanak-kanak lebih besar sangat cerewet makan. Berjumpa dengan pakar boleh membantu mengatasi masalah ini.
2. Keperluan kalori yang tinggi
Sesetengah keadaan perubatan memerlukan anak untuk mengambil lebih banyak kalori. Sebagai contoh, penyakit jantung kongenital memerlukan jantung mengepam lebih cepat untuk memenuhi keperluan tubuh dan mempercepatkan metabolisme badan. Jadi, anak memerlukan kalori tambahan untuk memenuhi peningkatan permintaan ini.
Jika ini keadaannya, doktor akan membantu untuk membangunkan pelan bagi memenuhi keperluan kalori tambahan anak, termasuklah:
Suplemen: Makanan tambahan tinggi kalori boleh ditambah ke dalam susu ibu yang dipam atau formula. Untuk anak lebih berusia, mereka boleh mengambil minuman berkalori tinggi
Snek: Bagi anak lebih besar, tanyakan doktor tentang kekerapan untuk memberikan hidangan makanan berkalori tinggi sebagai snek seperti mentega kacang dan keju
Penyusuan tiub: Bayi atau kanak-kanak dengan keperluan pemakanan kompleks mungkin memerlukan penyusuan tiub – melalui lubang hidung, tekak atau lubang pada perut – untuk menambah atau menggantikan penyusuan biasa

3. Masalah kesihatan lain
Keadaan seperti penyakit seliak atau cystic fibrosis menyekat penyerapan nutrien makanan oleh tubuh. Masalah penghadaman seperti sembelit kronik dan alahan makanan boleh menyebabkan waktu makan dan ke tandas sebagai situasi yang menyakitkan.
Anak autisme ada kalanya tidak suka tekstur atau rasa makanan tertentu, yang menjadikan mereka sukar untuk beralih kepada makanan pejal. Kanak-kanak lebih besar pula mungkin hanya memilih untuk makan sejenis makanan sahaja.
Diagnosis
Amat penting untuk menentukan sama ada tumbesaran terbantut ini berpunca daripada masalah perubatan atau faktor persekitaran seperti penderaan atau pengabaian.
Punca perubatan yang menjejaskan tumbesaran kanak-kanak seperti:
Keabnormalan kromosom seperti sindrom Down dan sindrom Turner Kecacatan dalam sistem organ utama Masalah dengan sistem endokrin – kekurangan hormon tiroid, kekurangan hormon pertumbuhan atau hormon lain Kerosakan pada otak atau sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan kesukaran menyusu pada bayi Masalah jantung atau paru-paru yang boleh menjejaskan cara oksigen dan nutrien bergerak melalui badan Anemia atau gangguan darah lain Masalah gastrousus yang mengakibatkan malpenyerapan atau kekurangan enzim pencernaan Gastroenteritis jangka panjang dan refluks gastroesophageal – biasanya bersifat sementara Serebral palsi Jangkitan jangka panjang (kronik) Gangguan metabolik Komplikasi kehamilan dan berat lahir rendah Faktor lain yang menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terganggu:
Deprivasi emosi kesan penolakan, permusuhan atau penarikan diri ibu bapa Masalah ekonomi yang menjejaskan aspek pemakanan, keadaan kehidupan dan sikap ibu bapa Pendedahan kepada jangkitan, parasit atau toksin Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makanan di hadapan televisyen dan tidak mempunyai waktu makan berjadual Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak dapat ditentukan. Rawatan untuk tumbesaran terbantut
Rawatan bergantung kepada punca pertumbuhan dan perkembangan terbantut. Tumbesaran kanak-kanak yang terjejas akibat faktor pemakanan boleh diselesaikan dengan menyediakan diet yang seimbang.
Jika faktor psikososial terlibat, rawatan akan melibatkan memperbaiki dinamik keluarga dan keadaan hidup. Sikap dan tingkah laku ibu bapa mungkin menyumbang kepada masalah anak dan perlu diteliti.
Dalam kebanyakan kes, anak mungkin perlu dimasukkan ke hospital pada permulaan untuk memberi tumpuan kepada pelan rawatan perubatan, tingkah laku dan psikososial yang komprehensif.
Jangan berikan anak sebarang suplemen tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.Masalah tumbesaran anak terbantut ini boleh diatasi dengan sokongan keluarga sepenuhnya. Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak, jadi jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan mereka, berbincang dan dapatkan bantuan doktor.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Tubuh Anak Kecil Tanda Tumbesaran Anak Terbantut? Ini Simptom Yang Mama Perlu Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tubuh-anak-kecil-tanda-tumbesaran-anak-terbantut-ini-simptom-yang-mama-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susahnya Bila Anak Tolak Semua Jenis Botol Mama Boleh Cuba Cara Ini

Susahnya Bila Anak Tolak Semua Jenis Botol Mama Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 233 hits
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar Malangnya kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan denga...
Anak Kecil Dibiarkan Sorang Kat Blkg

Anak Kecil Dibiarkan Sorang Kat Blkg

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 340 hits
Masalahnya sini dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja usaha habiskan duit untuk putih pakaian jenama serta produk komestik semua Ya saya tak kisah min saya tau dia buat suma tu untuk saya tapi saya str3ss min dia tak jaga makan pak...
Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut Lagi Lagi Pada Anak Kecil Ini Sebabnya

Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut Lagi Lagi Pada Anak Kecil Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 210 hits
Setiap kali terkena ulser mulut atau mata ikan sudah pasti semua akan jadi serba tidak kena bukan Hendak makan dan minum pun payah Ini kerana walaupun ia mungkin kelihatan kecil sahaja namun kepedihan yang disebabkannya adalah sangat mengga...
Masa Anak Masih Kecil Buat Perkara Ini Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar

Masa Anak Masih Kecil Buat Perkara Ini Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 240 hits
Memang kadang kadang akan ada perbalahan kecil sesama anak anak Namun jika anda sejak daripada awal sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik beradik tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai...
Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 388 hits
Tular kisah seorang lelaki yang membawa anaknya menghadiri majlis pernikahan bekas isteri telah menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok Biarpun sudah membawa haluan masing masing lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus ...
Terkini Jaga Mama Keluarga Psanan Papa Seoiah2 Dia Hndak Prgi Mninggaikn Kami Anak

Terkini Jaga Mama Keluarga Psanan Papa Seoiah2 Dia Hndak Prgi Mninggaikn Kami Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 363 hits
KUALA LANGAT Penyanyi kumpulan Screen Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim 50 smpat men1tipkan pesanan berharga kepada anaknya Hazim Syahmi 19 untuk menjaga ibunya Siti Royani Gumari dan keluarga
Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 295 hits
Memperkenalkan jenis jenis haiwan secara real kepada anak anak yang sedang membesar sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan mereka Bukan hanya untuk perkembangan otak mereka malah untuk kemahiran motor mereka Salah satu cara untuk perken...
Awas Anak Juga Boleh Mengalami Stress

Awas Anak Juga Boleh Mengalami Stress

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 182 hits
Jangan fikir orang dewasa sahaja boleh mengalami stres atau tekanan anak juga boleh mengalami stres Ini adalah hakikat yang perlu diambil berat terutama ibu bapa Perkara ini antara yang ditekankan Sarada Devi R Subramaniam Pegawai Psikologi...
Gantengnya Baby Adzam Anak Sule Dan Nathalie Holscher Hidungnya Jadi Sorotan

Gantengnya Baby Adzam Anak Sule Dan Nathalie Holscher Hidungnya Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 220 hits
Sule dan Nathalie Holscher tengah diselimuti rasa bahagia karena mendapat momongan Namanya Adzam Ardiansyah Sutisna Parasnya tampan dan hidungnya menjadi sorotan Berikut beberapa fotonya
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam