Tsmy Bekas Perdana Menteri Yang Kena Balun Bekerja Tanpa Honeymoon Period
 THE PROFESSOR

Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) merupakan satu-satunya Perdana Menteri (PM) yang berkhidmat tanpa ‘honeymoon period‘ semasa zaman pemerintahannya sehingga ke hari terakhir.
   Itu pun beliau tidak meninggalkan habis tugasannya, komited melawan  COVID-19 sehingga dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan  Negara bertaraf menteri.
Mengapa Ketua Setiausaha (KSU) Sulit TSMY, Datuk Dr. Marzuki Mohamad  berkata demikian? Jawapannya kerana setelah menerima jawatan tersebut,  Malaysia berdepan dengan COVID-19 yang semakin mengganas.
“Kalau ikutkan selepas dilantik sebagai PM, saya ingat dalam tempoh  seminggu dua sahaja kita terus berhadapan dengan krisis pandemik  COVID-19.
“Saya lihat bagaimana kita (bersama TSMY) tiada masa untuk honeymoon (bulan madu). Biasanya ada honeymoon period. (Kita) tiada. Kita terus buat kerja,” katanya kepada portal ikatan.my baru-baru ini.
Marzuki berkata demikian menjawab soalan yang dikemukakan portal  ikatan.my berhubung pengalaman bekerjanya sebagai KSU Sulit kepada TSMY  sehingga kini.   

Dalam wawancara itu, Marzuki turut mendedahkan TSMY meminta Menteri  Kewangan supaya cari duit agar bantuan dapat diberikan semasa lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.
“Dalam membuat keputusan lockdown, beliau tidak berhenti  setakat itu sahaja. Kena fikir dari segi kehidupan rakyat. Kerana itu  diumumkan banyak pakej-pakej rangsangan ekonomi.
“Kalau kita tutup sahaja sektor-sektor ekonomi, tidak benarkan orang  pergi bekerja tetapi tidak disediakan bantuan, mungkin dalam seminggu  boleh tahan lagi. Tetapi masuk dua minggu tiada pendapatan, tiada  simpanan,” katanya.
   Tambah Marzuki, TSMY harus memikirkan perkara ini kerana kebanyakan  orang kita tidak menyimpan wang dan data menunjukkan mungkin kalau  rakyat tidak bekerja, tempoh paling lama untuk bertahan cuma sebulan.
“Selepas itu dia tidak boleh bertahan lagi dan terpaksa meminjam duit  untuk beli makanan. Jadi TSMY pada ketika itu meminta Menteri Kewangan  supaya cari duit bagaimana hendak memberikan bantuan-bantuan ini.
“Akhirnya sepanjang kita berhadapan dengan pandemik ini, bukan  setakat kita melaksanakan kawalan-kawalan pergerakan tetapi juga  bantuan-bantuan diberi.

Hampir setiap golongan masyarakat terima bantuan daripada sejumlah  RM530 billion pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat yang  disediakan oleh kerajaan dalam tempoh 17 bulan,” ujarnya lagi.
Marzuki beranggapan strategi yang diperkenalkan TSMY adalah satu  pakej rangsangan ekonomi yang terbesar dalam sejarah negara dan turut  mendedahkan pada zaman Pakatan Harapan (PH), semuanya tiada duit.
“Kerana saya pun dalam PH pada masa itu, apabila disebut bantuan  untuk rakyat jawapannya kita tiada duit. Tetapi rupa-rupanya ada duit.  Kita duduk di situ rupanya ada duit yang kita boleh cari di mana-mana.

“Tujuannya adalah untuk membantu rakyat. Memanglah tahap hutang  meningkat sedikit tetapi hutang ini kita boleh bayar apabila kita ada  pendapatan,” katanya.
Tambah Marzuki lagi dalam pengurusan negara, yang penting ialah nyawa  dan kehidupan rakyat yang terlibat dan mengenai hutang, ia boleh  dibayar apabila ekonomi dibuka dan sumber pendapatan negara bertambah.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/tsmy-bekas-perdana-menteri-yang-kena.html