Tronsmart Wc1t Quick Charge 3 0 Kualiti Yang Anda Boleh Percayai



Seperti biasa, dari satu ke satu produk Tronsmart masuk ke laman ini, dan saya juga tiada plan untuk menghalang mereka dari menghantarnya kerana saya sudah lama menggunakan produk mereka.
Setakat ini senarai produk Tronsmart yang saya sedang gunakan masih berfungsi dengan baik dan saya berpuas hati akan kualitinya.
Oleh itu dari kita membuang masa, lebih baik kita terus buka kotak dan lihat apa yang ada dalam pakej pengecas pantas dari Tronsmart ini.

Seperti biasa, anda akan diberikan adapter, satu kabel USB-C, buku manual pengguna, kad waranti dan kad info mengenai VoltIQ.
Apa itu VoltIQ? Ianya adalah satu kaedah pengecasan yang menyesuaikan aliran elektrik dan watt kepada ratio maksimum yang diperlukan oleh peranti. Ini bererti peranti anda tidak akan dicaj secara berlebihan, atau dicaj kurang pula dari kapasiti maksimum yang mampu diterima olehnya.
Pengecaj ini juga menyokong Quick Charge 3.0, dan ia merupakan ‘Quick Charge Certified Charger’. Anda tidak perlu bimbang akan kualiti dan keselamatannya kerana ia telah disahkan oleh pihak Qualcomm. Anda boleh semak atau muat turun senarai pengecaj yang mendapat pengesahan sokongan rasmi Quick Charge dari Qualcomm di sini: Quick Charge Device List.
Apakah perbezaan antara teknologi Quick Charge dan VoltIQ?
Quick Charge adalah teknologi pengecasan pantas dari Qualcomm, yang hanya serasi dengan peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon.
Manakala VoltIQ pula teknologi yang diterapkan ke dalam pengecas Tronsmart, serasi dengan mana-mana peranti. Ia akan menyelaraskan kelajuan pengecasan sesuai dengan spesifikasi dan kemampuan penerimaan peranti.

Apa yang bagusnya, selain menyokong Quick Charge 3.0, ia juga menyokong ‘keserasian ke belakang’ atau backwards compatible dengan peranti yang mempunyai teknologi Quick Charge 1.0 dan 2.0.

Tetapi pada saya ciri paling mantap dan paling penting pada pengecas ini ialah ciri keselamatannya.
Pengecas WC1T ini mempunyai ciri perlindungan dari pengaliran arus dan voltage berlebihan, perlindungan dari litar pintas, dan juga perlindungan dari suhu panas melampau.

Keseluruhan material, kemasan akhir, dan kualiti binaan tidak perlu dipertikaikan lagi. Tronsmart  merupakan salah satu jenama pertama yang mana produknya dibuat menggunakan teknologi dan kelulusan dari Qualcomm untuk mengimplementasi pengecasan pantas Quick Charge 2.0.
Atas sebab itu Qualcomm tidak ragu memberi kelulusan bagi variasi produk baru yang mengguna pakai Quick Charge 3.0 pula kepada mereka. Di sini saya juga sangat berharap agar Tronsmart menjadi antara peneraju pengecas Quick Charge 4/4+.
Kemasan pengecas ini dapat anda lihat pada gambar berikut. Ia tidak hanya semata-mata beberapa litar ringkas, sebaliknya dipenuhi dengan fungsi-fungsi keselamatan unggul. Dari luar reka bentuknya biasa sahaja. Nampak tiada apa yang terlalu istimewa. Cuma saya sukakan ‘finishing’ atau kemasan warna hitam matte padanya.

Di sini saya tunjukkan dua sampel kelajuan pengecasan pada dua peranti yang saya miliki iaitu Redmi Note 7 dan Mi 9T.
Kelajuan pengecasan pada Redmi Note 7.  
Kelajuan pengecasan pada Mi 9T. Baiklah, jika anda berminat dan ingin mendapatkannya, anda boleh hala ke pautan di bawah:
Shopee: Tronsmart Quick Charge 3.0 Wall Charger (1 Port) WC1T
Lazada: Tronsmart WC1T Quick Charge 3.0 Wall Adapter (ORIGINAL)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tronsmart-wc1t-quick-charge-3-0-kualiti-yang-anda-boleh-percayai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Pemegang Akaun Maybank Boleh Bertukar Dari Konvensional Ke Islamik Dengan Mudah

Kini Pemegang Akaun Maybank Boleh Bertukar Dari Konvensional Ke Islamik Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 385 hits
Tahukah korang semua pemegang akaun Maybank konvensional boleh menukar akuan mereka akaun patuh syariah Tak tahu kan Sebenarnya Ohmedia sendiri pun baru tahu mengenai hal ini Macam yang kita tahu akaun konvesional akan menyebabkan pemegang ...
Esdm Soal Listrik Padam Pln Efisiensi Boleh Tapi Jangan Korbankan Pelayanan

Esdm Soal Listrik Padam Pln Efisiensi Boleh Tapi Jangan Korbankan Pelayanan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 369 hits
Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral menyayangkan tidak beroperasinya Pembangkit Listrik Tenaga Gas Uap di Jakarta oleh PLN saat transmisi pada sirkuit utara Ungaran Pemalang sistem Jawa Bali 500 kilo Volt terputus yang mengakibatkan ...
Tanah Felda Tidak Boleh Pindah Milik

Tanah Felda Tidak Boleh Pindah Milik

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1088 hits
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKAQ1 Ayah saya seorang peneroka beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya serta kami adik beradik Setiap bulan hasil sawit kami akan berikan kepada ibu Pada suatu hari ibu menyat...
Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 588 hits
Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain untuk m...
Berkemungkinan Besar Akan Menurun Yuan Melemah Dan Boleh Mencapai Bahagian Bawah

Berkemungkinan Besar Akan Menurun Yuan Melemah Dan Boleh Mencapai Bahagian Bawah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 292 hits
Pada Isnin 5 Ogos mata wang negara China telah dikemaskini sekurang kurangnya sejak 2008 Beijing membalas dengan penurunan nilai yuan kepada tindakan Washington yang menimbulkan peningkatan perdagangan yang berlarutan Ingatlah bahawa pada h...
Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan

Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 328 hits
Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan Kegagalan menutup muatan kenderaan seperti lori dan kereta pikap boleh membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain Objek yang jatuh daripada...
Ada Jalan Raya Ada Mall Taman Perumahan Unik Atas Bangunan Tinggi Rasa Macam Boleh Sentuh Awan

Ada Jalan Raya Ada Mall Taman Perumahan Unik Atas Bangunan Tinggi Rasa Macam Boleh Sentuh Awan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 660 hits
Kelihatan seperti taman perumahan biasa namun siapa sangka taman perumahan di Jakarta ini sebenarnya terletak sepuluh tingkat di atas awan Cosmo Park yang terletak di atas Thamrin City yang terdiri daripada blok A sehingga F ini disewa pada...
Tak Lama Lagi Whatsapp Boleh Digunakan Menerusi Pelbagai Platfrom Menggunakan Akaun Sama

Tak Lama Lagi Whatsapp Boleh Digunakan Menerusi Pelbagai Platfrom Menggunakan Akaun Sama

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 402 hits
WhatsApp bakal memperkenalkan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi itu menerusi pelbagai platform WHATSAPP dilaporkan sedang dalam proses membangunkan fungsi terbaharu yang membolehkan pengguna memasang dan mengguna...
Masalah Kamera Bergegar Google Pixel 3 Tidak Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian

Masalah Kamera Bergegar Google Pixel 3 Tidak Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 338 hits
Google Pixel adalah peranti daripada Google yang mempunyai kamera yang hebat Hebat di sini bukanlah sehebat seperti peranti Huawei P30 Pro tetapi kemampuan yang hampir setanding dengan hanya satu lensa sahaja Google menggabungkan kehebatan ...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk