Trip Ke Guangzhou Nov 2018 Makam Saad Bin Abi Waqas
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😍
EEhhhhh ada lagi ke orang yang sudi singgah kat blog JM ni…almost 5 month tak update blog..hidup lagi ke si JM ni hahahahha
"YUNK" bila you nak update blog ni? itu soalan yang kerap kali ditanya oleh SS...JM senyum je sambil cakap 'adehh..malas betul nak taip..tak tahu nak cite apa..ada ke orang nak baca blog i hihihi
Padahal banyak trip yang belum dikongsi....seronok tengok blog orang lain sentiasa ber'update' ..follower beribu..komen beratus..blog JM???? sendu jek hihihi
SS cakap apa kat JM tau.."U ni tak update blog berbulan pun....page view cecah juta-juta" ye ke?hahahah..lawak!!!!
So hari ni JM rajinkan diri untuk update..nak share sikit pasal makam Saad bin Abi Waqas ni. Makam ni memang unik yang tak ada lagi kat Malaysia makan seperti ini yang JM pernah tengok
Kalau nak tahu apa yang uniknya Makam ni..sila skroll lagi ke bawah. Last entri JM share pasal Masjid Saad Abi Waqas
Masjid dan Makam Saad Abi Waqas ni berada dalam kawasan yang sama dan sangat luas, dikelilingi pohon-pohon besar dan kehijauan (skema rama-rama ayatnya) hahahaha, kiranya kalau masuk kawasan masjid ni...sejuk jek. Biasa kalau kita pergi Masjid kat Malaysia..Masjid di bina di kawasan lapang..betul?
Tapi Masjid Saad Abi Waqas ni dibina di kawasan penuh dengan pepohon hijau (sastera bafak)..pepohon yang rimbun katanya kah kah kah. JM dulu sekolah menengah masuk kelas sain tulen..memang tak reti nak mengarang ayat-ayah madah berhelah ni ahaha...
Boleh tengok gambo kat bawah
Boleh masuk kawasan masjid melalui South Gate dan North Gate. Masuk melalui South Gate lebih dekat ke tempat solatNAMPAK????? JM kalau dah start taip...intro pun dah panjang lebar..ni tengah ada mood rajin la ni ihihihi
Kalau ikut arah North Gate ni...itulah lokasi Makam Saad Abi WaqasJarak dari Main Prayer Hall nak ke Makam tu agak jauh la dalam anggaran 800meter..jauh ke dekat?Bila dah masuk prayer hall..ambik pic sikit-sikit..niat nak solat dhuha la..pergi cari tempat wuduk bersebelahan masjid tu..tak de..tempat wuduk untuk lelaki jek..Kiranya kalau waktu tu korang nak terkucil pun tak de jamban untuk wanita!
So kami bertiga pun ikut arah ke North Gate nak ziarah Makan Saad Abi Waqas
Ni antara tembok yang terdapat di kawasan masjid..nampak menarik kan?Ni kawasan untuk rehat-rehat. Nasib baik kat sini ada TANDAS. untuk lelaki dan wanita. Jangan cari TANDAS kat Main Prayer Hall..tak ada TANDAS untuk wanita hanya untuk lelaki sahajaPintu masuk lagi..ni pintu masuk nak ke kawasan Makam Saad Abi WaqasMakam Saad Abi Waqas ada disebalik tembok ni
Laluan ke MakamWaktu kawasan Makam dibuka untuk lawatanMakam sahabat-sahabat Saad Abi WaqasNampak tak??? Makam or tanah perkuburan Saad Abi Waqas dan sahabat-sahabat beliau agak unik..makan mereka di tutup dengan kain yang berwarna dan bercorak. Ada petugas masjid yang akan membersihkan dan menyapu daun-daun kering dan kawasan makan terjaga rapi
Ditutup dengan kain berwarna dan bercorak..itulah uniknya Makam di QuangzhouYang ini baru Makan Saad Abi Waqas..masuk je pintu kecik tu
Ini Makam Saad Abi WaqasKami masuk ziarah Makan Saad Abi Waqas dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Sahabat Nabi Muhamad S.A.W. Waktu kami ziarah cuma ada seorang lelaki juga dari Malaysia datang ziarah makam ni so tak lah sesak kat dalam tu
Selesai ziarah kami gerak ke arah North Gate sebab ada blogger share dalam blog..ada kedai makan tak jauh dari North Gate tu...tapi hampeh...jangan kata kedai..batang hidung tuan kedai pun tak dok..adehhh!
Ini adalah North Gate..view dari dalam kawasan masjid...berhadapan dengan North Gate ni ada tempat "Open for Wuduk" dan TOILETBetul-betul bersebelahan North Gate tu ada kedai jual roti dan minuman...Roti yang dijual ada Sijil HALAL...jangan risauDipendekkan cerita..sebab kalau taip panjang-panjang bukan ada orag baca....tengok gambar jek hahaha...
Kami beli air dan roti kat kedai tu..pastu masuk balik melalui North Gate..ambil Wuduk dulu untuk Solat Sunat Dhuha..sebelum keluar ikut South Gate dan pergi ke next destination. Bayangkan ambik wuduk..air sejuk macam air ais...grrrrrrr...sejok!!
Dalam jam 11.30am kami gerak dari Masjid Saad Abi Waqas ke One Link Plaza...time to SHOPPINGGGG!!! hihihih
Best tak shopping kat One Link Plaza ni?...salah sorang reader komen kat blog JM..dia cakap..'shopping gila-gila kat One Link Plaza tu"..heaven la tu kan? Nak tahu heaven ke tak shopping kat situ..tunggu lagi 2-3 bulan baru JM update hahahaha..
Eh Ehh...dalam tak tahu nak taip apa tu..panjang jugak entri JM ni ahaha....Bersambung...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2019/09/trip-ke-guangzhou-nov-2018-makam-saad.html