Trip Bercuti Ke Hatyai Songkhla Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best


Salam dears… Sebelum ni Mama dah ceritakan tentang bajet bercuti ke Hatyai dan juga pengalaman menaiki kereta api ETS dan tren klasik, so kali ni Mama nak catatkan secara ringkas tentang apa aktiviti kitorang sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai dan Songkhla. Ringkas ke eh? Errk…korang baca je lah hehe
Ringkasan Itinerari Bercuti ke Hatyai 3 Hari 2 Malam: Day 1:
KL Sentral – Padang Besar – Hat Yai Junction menaiki ETS dan tren klasik Check-in Hat Yai Youth Hostel Makan tengah hari di Restoran Kai Tod Decha Hatyai Central Festival Mall Asean Night Bazaar Greenway Night Market Day 2:
Sarapan di Restoran Dim Sum Chabura Songkhla – Samila Beach, The Great Serpent Nag, Tangkuan Hill dan Central Mosque of Songkhla Khlong Hae Floating Market Makan malam di Restoran Khlong Hae Seafood Lee Garden Plaza Day 3:
Kim Yong Market Check out dari hostel Kereta api dari Hat Yai Junction – Padang Besar – KL Sentral Trip ke Hatyai Day 1 (07.12.2018) Perjalanan Mama bermula dengan menaiki kereta api ETS jam 11.30 malam pda 06.12.2018 dari KL Sentral dan tiba di stesen Padang Besar sekitar jam 5.15 pagi.
Dari Padang Besar ke Hatyai plak naik special train atau tren klasik, beli tiket tren ni di platform 2. Sesungguhnya tren klasik ni hanya untuk orang orang yang tinggi tahap kesabarannya hehe. Nak tahu kenapa? Berapa harga tiket dan apa prosedur semua tu, boleh baca pengalaman Mama naik tren ke Hatyai dalam entry sebelum ni yer.

Mama sampai di stesen Hatyai Junction lebih kurang jam 12.30 waktu Malaysia (11.30 waktu Thai). Terus pergi beli simkad…’nyawa’ tu oiii hehehe.. Beli simkad TrueMove sebab beberapa orang kawan Mama rekemen yang ni. Harga asal THB200, lepas nego dapat THB170. Unlimited 4G internet dan laju. Bagi passport kat orang kedai tu nanti dia tolong pasang kan simkad.
Lepas tu jalan kaki dalam 15 minit ke penginapan kitorang iaitu Hatyai Youth Hostel. Nasib baik dekat, lokasi strategik so dapat jimat bajet. Mama booking hostel ni melalui Agoda, dorm 4 orang sebilik untuk 2 malam RM198.12 je.
Hatyai Youth Hostel
Sampai hostel, mandi, solat, rehat jap pastu gerak untuk makan tengah hari di restoran Kai Tod Decha (Decha Fried Chicken). Jalan kaki dalam 5 minit je dari hostel. Kitorang makan Nasi Ayam (4 set), Tom Yam Kung (1 mangkuk besar) dan 4 gelas Teh Ais harga semua tu THB530 (dalam RM17 lah seorang). Sedap dan recommended!
Kai Tod Decha
Lepas tu naik Grab ke Hatyai Central Festival Mall, sebab jauh gak nak jalan kaki tak larat oii hehe. Tambang THB80. Masa booking tu driver Grab hantar message pesan jangan tunggu dekat tuk tuk, nanti pemandu tuk tuk marah.
Kebetulan masa sampai kat Hatyai Central Festival Mall tu ada auto show, jadi memang meriah! Ditambah plak ngan dekorasi sempena Krismas, seronok laa kitorang bergambar kat situ. Ohh ya..Central Festival Mall ni shopping complex, kitorang tak beli apa pun. Tumpang pergi toilet je hehehe.
Hatyai Central Festival Mall
Dari Central Festival Mall tu  jalan kaki dalam 15 minit ke Asean Night Bazaar. Orang tersangatlah ramai masa tu, mungkin sebab cuti sekolah kan. Kat situ ada 2 tingkat dan tingkat atas tu adalah ‘syorga’ makanan! Tapi Mama tak makan sebab dah kenyang, beli air Iced Tea Brownies THB30 ja, sedap!
Asean Night Bazaar
Kat tingkat bawah tu plak tempat shopping ala ala Uptown Damansara gitu. T-shirt Hatyai situ saiz S & M harga THB100, saiz L & XL plak THB140. Kalau beli banyak tawar je harga tau, boleh dapat murah lagi.
Dari situ kitorang jalan kaki ke Greenway Night Market plak, dalam 15 minit gitu. Banyak pakaian dan make-up dijual kat sini. Makanan dan minuman pun ada tapi tak banyak sangat. Mama beli air ja.

Dari Greenway balik ke hostel naik Grab THB80. Pastikan tunggu di pintu masuk bahagian depan supaya senang Grab nak pick up. Kitorang mula mula tu silap tunggu kat pintu belakang jadi Grab cari tak jumpa.. Sampai hostel dalam pukul 11 malam, letih gila! Kaki sakit tapi hati puas
Trip ke Hatyai Day 2 (08.12.2018) Hari kedua kitorang sewa kereta dan pemandu dengan harga THB 1,400 sehari dari pagi sampai malam. Dapat contact number dia dari driver Grab yang hantar kitorng malam semalam tu. Driver perempuan nama Chutimon, baik dan selesa naik ngan dia.
Kitorang pilih untuk chartered car ni sebab lagi murah bila dibandingkan dengan harga kalau naik Grab kesemua tempat yang nak pergi hari tu. Lagipun nak kan keselesaan dan tak perlu risau nak cari kenderan lain dah, sebab dia akan bawa kemana saja kita nak pergi dan tunggu sampai kita siap.
Ni contact number Chutimon, driver kitorang kat sana,
Seawal 7.45 pagi dah gerak ke Dim Sum Chabura. Sampai sana dalam pukul 8 pagi tengok orang dah ramai, terpaksa tunggu meja dalam setengah jam juga lah. Tapi penantian yang berbaloi!
Kitorang pulun makan sampai 32 bekas dim sum kecil, 1 bekas dim sum besar, 1 miang kam, 1 murtabak daging 1 dan air 5 gelas. Harga semua tu THB700, maksudnya dalam RM22.40 sorang. Bagi Mama harga yang sangat berbaloi lah dengan betapa banyaknya kitorang makan tu, puas hati!

Dalam pukul 10 pagi gitu kitorang gerak ke Songkhla plak. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30-40 minit. Sampai di sana, destinasi pertama kitorang ialah Samila Beach.
Cuaca masa tu panas terik, so better bawa payung atau pakai topi tau. Samila Beach ni sangat cantik! Angin laut menyapa pipi..bunyi ombak menghempas pantai..tenang dan seronok ja rasa lepak kat situ. Mama sempat buat whatsapp video call ngan si kembar, teruja nak tunjukkan keindahan pantai Samila kat diorang hehe.

Bila di Samila Beach opkos laa kena bergambar ngan patung duyung Golden Mermaid tu kan. Tapi masa tu orang ramai, beratur gak laa tunggu giliran. Kat Samila Beach ni juga tempat untuk beli cenderahati murah murah, macam keychain, fridge magnet gitu lah.
Lepas Samila Beach, kitorang gerak ke ‘The Great Serpent Nag’ plak. Kat situ ada patung kepala naga Payanak. Ni ala ala macam patung Merlion kat Singapura tu lah, salah satu mercu tanda yang mesti lawat kalau datang ke Songkhla.
Kat Payanak ni juga lah tempat nak makan aiskrim kelapa yang sedap dan murah, THB25 saja. Tak kedekut isi dan aiskrim. Kat Samila Beach pun ada aiskrim ni tapi lebih mahal (THB35) dan tak sesedap yang kat Payanak ni.

So kalau datang Songkhla, jangan lupa cari coconut icecream di Payanak ni tau. Sambil tu boleh minum air kelapa kat gerai tu juga, free ja.
Destinasi seterusnya ialah Tangkuan Hill. Kena bayar THB30 seorang untuk naik lif untuk sampai ke puncak bukit tu. Yang menariknya, lif ni naik secara mengiring. Di puncak Tangkuan Hill dapat tengok pemandangan seluruh Songkhla, memang cantik!

Dalam lebih kurang pukul 4 petang, kitorang gerak ke Central Mosque of Songkhla untuk solat jamak kat situ. Masjid ni luas, bersih dan cantik. Selesa solat kat situ. Cumanya, tempat ambil wuduk kat bahagian bawah. Jadi masa mula mula sampai tu berpusing gak lah mencari kat mana hehe.

Selesai solat, gerak ke Khlong Hae Floating Market. Kalau dah sampai Hatyai tak sah laa kalau tak melawat Floating Market ni kan?
Masa kitorang pergi tu orang tersangatlah ramai! Sampai tak nampak sangat barang apa yang dijual. Malas nak bersesak berebut, kitorang cuma sempat beli air kelapa dalam clay mug, kerabu mee dan takoyaki saja. Lagipun tak nak makan banyak sebab nak simpan perut untuk makan seafood di Khlong Hae Seafood plak.

Kalau korang peminat seafood, maka korang mesti datang ke restoran Klonghae Seafood ni – umpama ‘seafood heaven’! Ikan, kepah, sotong, udang besar besar dan banyak lagi lah! Fresh plak tu
Harga? Cuma THB289 seorang (lebih kurang RM38) dan korang boleh makan sebanyak mana suka. Air free flow.

Lepas masing masing dah buncit, kitorang gerak balik. Minta Chutimon hantar ke Lee Garden Plaza. Lepak situ kejap pastu jalan kaki balik ke hostel.
Trip ke Hatyai Day 3 (09.12.2018) Hari terakhir di Hatyai, bangun awal untuk kemas kemas beg. Sarapan pagi tu pun sekadar makan maggi dan coklat je untuk alas perut. Pastu terus gerak ke Kim Yong Market. Jalan kaki dalam 10-15 gitu dari hostel.
Kim Yong Market ni lah tempatnya kalau nak beli kekacang, asam asam dan macam macam jenis tid bits (atau jajan laa kita kata). Ada banyak kedai jual benda yang lebih kurang sama je. Jadi pandai pandai laa survey dan minta kurang harga untuk dapatkan yang paling murah.
Yang bestnya kat situ sebab boleh rasa sample makanan yang dijual tu. So senang laa nak pilih yang mana rasa sedap ditekak sendiri.

Lepas Kim Yong Market, misi mencari susu tiub di 7E pulak. Haaa ini lah bendanya yang Mama memang dah aim nak shopping kat Hatyai hehe. Kalau ikut hati, memang banyak yang Mama nak angkut. Tapi bila fikir bab duit dan nak mengusung naik tren nanti…err ok lah, beli sekadar yang termampu je lah hehe.

Disebabkan masing masing dah shopping barang banyak jadinya naik Tuk Tuk lah balik ke hostel. Tanya tanya dapat laa tambang THB20 seorang. Ok lah, merasa gak lah naik tuk tuk.
Balik bilik, pack barang dibeli dalam beg dan terus ke station Hatyai Junction. Lagi sekali naik tuk tuk sebab tak larat nak jalan usung beg berat ke stesyen. Asalnya nak naik Grab, tapi berkali kali cuba tak dapat – no driver available.
Sampai stesen tu ‘merempat’ laa kejap tunggu tren klasik kul 2 petang (waktu Thai). Nasib baik tren jalan agak on-time juga lah. Cumanya…sepanjang perjalanan tu Mama kena berdiri! Haaa bab tu korang boleh laa baca entri sebelum ni Mama dah ceritakan pengalaman menaiki kereta api ke Hatyai

Ringkasan Bajet Trip ke Hatyai: So…itu lah alkisahnya trip ke Hatyai 3 hari 2 malam yang sangat best dan murah je. Ni ringkasan bajet kitorang. Tapi ni tak termasuk kos untuk shopping, beli aiskrim ka air mineral gitu dan juga kos nak masuk toilet hehe. Masuk toilet pun ada yang kena bayar THB5 tau.
A) Paid in RM:
– ETS RM608
– Hostel RM198.12
– Tiket special train pergi RM28 (RM7 seorang)
Jumlah A: RM834.12
B) Paid in THB:
– Makan dimsum THB 700
– Makan nasi ayam THB530
– Makan seafood buffet THB1156 (THB289 seorang)
– Grab ke Central Festival Mall THB80
– Grab from Greenway to hostel THB80
– Grab ke Songkhla THB1,400 (seharian)
– Tangkuan Hill THB120 (THB30 seorang)
– Tuk tuk ke hostel THB80 (THB20 seorang)
– Tuk tuk masa ke train station (balik) THB80
– Tiket balik tren klasik THB200 (THB50 each)
– Sim Card THB680 (THB170 seorang)
Jumlah B: THB 5,106 = RM654.59
JUMLAH A+B: RM1,488.71 / 4 pax = RM372.18 seorang
Hmm..sesungguhnya trip bercuti ke Hatyai ni adalah pengalaman manis untuk kami berempat mak mak ni haa. Puas hati sangat sangat! Adakah Mama akan pergi lagi ke Hatyai? Yesss…Mama nak pergi lagi nanti. Ada rezeki, nak bawa si kembar pula, InsyaAllah
144 total views, 9 views today
The post Trip Bercuti ke Hatyai & Songkhla: Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best! appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2018/12/trip-bercuti-ke-hatyai-songkhla-itinerari-3-hari-2-malam-yang-padat-tapi-best.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bali Diobral Murah Kepada Turis China Paket Trip 5 Hari 4 Malam Termasuk Pesawat Cuma 2 Juta Doang

Bali Diobral Murah Kepada Turis China Paket Trip 5 Hari 4 Malam Termasuk Pesawat Cuma 2 Juta Doang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 310 hits
Udah murahnya nggak masuk akal bayarnya pake Alipay lagi Lho kalau duitnya balik ke China lalu Bali dapat apa Dapat sampahnya saja
Mama Ke Hat Yai Dan Songkhla Percutian Bajet Ala Backpackers Yang Murah Tapi Best

Mama Ke Hat Yai Dan Songkhla Percutian Bajet Ala Backpackers Yang Murah Tapi Best

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 557 hits
Salam dears Akhirnya setelah sekian lama merancang pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas Mama dapat juga pergi bercuti ke Hat Yai dan Songkhla yahooo Rasa macam tak percaya pun ada gak ni sebab trip kali ni secara keseluruhannya dirancang...
Semalam Ialah Hari Ulang Tahun Perkahwinan Saya Dan Isteri Start Dari Pagi Tu Dia Tak Henti Henti Wish Tapi Saya

Semalam Ialah Hari Ulang Tahun Perkahwinan Saya Dan Isteri Start Dari Pagi Tu Dia Tak Henti Henti Wish Tapi Saya

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 479 hits
Semalam ialah hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri Start dari pagi tu dia tak henti henti wish Happy anniversary yang ke 6 abang Semoga rumahtangga kita kekal bahagia selamanya Tapi saya saya hanya diam Macam orang takda perasaan Se...
Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 690 hits
Semasa ada program STEM di Kota Bharu tiba tiba saja hati nih terdetik nak pegi luangkan masa di Pulau Perhentian Walaupun ada beberapa kali diceritakan pasal pulau tersebut oleh kawan tapi tak pernah pun berhajat sangat nak pergi Memang bu...
Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti

Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 653 hits
Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti Mellaui Pekeliling Jabatan Perkhdimatan Awam JPA Inilah faedah dan kebaikan kerja kerajaan Kerajaan malaysia amat utamakan golongan wanita untuk mendapat keselesaan sewaktu bersalin sehi...
Janda Lamanya Ituu Tidak Pernah Bermekap Tapi Pada Malam Itu Dia Menghias Diri Bermekap Cantik Cantik

Janda Lamanya Ituu Tidak Pernah Bermekap Tapi Pada Malam Itu Dia Menghias Diri Bermekap Cantik Cantik

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 403 hits
Bukan niat ingin memalukan atau memburukkan mana mana m40 an Saya pada mulanya agak sukar nak menerima duda dengan anak tambahan pula anak anaknya pada masa tu umur tak jauh beza dengan saya Lebih kurang hampir sebaya Tapi disebabkan kesung...
Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas Dan Tahun Baru Di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites Kl

Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas Dan Tahun Baru Di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites Kl

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 551 hits
Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL Assalamualaikum Hi korang Ada plan nak makan makan dengan family sempena cuti yang akan datang ni Nak cari tempat makan yang lain dari yang la...
Itinerary 5 Hari 4 Malam Mesra Muslim Ke Seoul Korea

Itinerary 5 Hari 4 Malam Mesra Muslim Ke Seoul Korea

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 658 hits
Sama ada ia adalah kali pertama anda ke Seoul atau yang ketiga ada sesuatu tentang bandar ini yang terus menarik pelancong Mungkin pada masakan Korea yang lazat tempat tempat alam semulajadi yang indah atau tempat tempat membeli belah yang ...
Viral Video Kereta Polis Kena Serang Pada Malam Sambutan Hari Krismas Ini Komen Ketua Polis Kuala Lumpur

Viral Video Kereta Polis Kena Serang Pada Malam Sambutan Hari Krismas Ini Komen Ketua Polis Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 629 hits
Viral Video Kereta Polis Kena Serang Pada Malam Sambutan Hari Krismas Ini Komen Ketua Polis Kuala LumpurViral Video Kereta Polis Kena Serang Pada Malam Sambutan Hari Krismas Ini Komen Ketua Polis Kuala Lumpur
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah