Mama Ke Hat Yai Dan Songkhla Percutian Bajet Ala Backpackers Yang Murah Tapi Best
Salam dears… Akhirnya…setelah sekian lama merancang, pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas Mama dapat juga pergi bercuti ke Hat Yai dan Songkhla, yahooo!
Rasa macam tak percaya pun ada gak ni, sebab trip kali ni secara keseluruhannya dirancang sendiri dengan geng bloggers Saidila, Shehan dan Nina. Tak sangka berjaya juga kami 4 orang mak mak ni bercuti ala backpackers ke negara orang tanpa suami dan anak anak hehe.
Jenuh plan hampir setahun juga laa, sebab masing masing ada komitmen sendiri kan. Nak cari masa yang sesuai dan kumpul duit pun tak semudah yang disangka. Ada je benda lain yang perlu diutamakan. Biasalah..mak mak gini lah…
Hat Yai – Destinasi Percutian Bajet
Kenapa Hat Yai? Sebab masing masing nak pastikan passport bercop juga tahun ni, tapi masing masing bajetnya ciput! Hahahaha
So bincang punya bincang, jom laa ke Hat Yai. Sebab dengar orang kata Hat Yai murah dan makanan sedap sedap. Pastu pakat teringin nak merasai pengalaman naik tren klasik ke Hat Yai.
Muka happy dapat penuhi wishlist nak naik tren klasik ni hehe
Walaupun pergi sekejap ja (3 hari 2 malam) tapi rasanya banyak tempat juga kami dapat lawati, termasuklah:
– Makan tengah hari di Kai Tod Decha
– Hat Yai Central Festival Mall
– Asean Night Bazaar Market
– Greenway Night Market
– Sarapan di Dim Sum Chabura
– Songkhla – Samila Beach, Tangkuan Hills dan Central Mosque of Songkhla.
– Khlong Hae Floating Market
– Makan malam di Khlong Hae Seafood
– Lee Garden Plaza
– Kim Yong Market
Paling best, perbelanjaan untuk buat semua tu tak sampai RM400 seorang (tak termasuk shopping). Korang nak tau tak secara ringkas pasal bajet dan itinerari kitorang? Ok lah meh laa Mama tuliskan, mana tau kot kot nak pergi bercuti ke Hat Yai boleh rujuk sini kan.
Bajet Bercuti ke Hat Yai dan Songkhla ala Backpackers
Mama buat point form je lah ye senang nak baca. Ni perbelanjaan untuk 4 orang dan berdasarkan currency exchange rate THB 100 = RM12.82 sebab itu rate yang Mama dapat masa Mama pergi tukar duit.
A) Penginapan di Hat Yai Youth Hostel:
– Harga RM198.12 untuk 3 hari 2 malam.
– Booking melalui Agoda sejak bulan September 2018, sebab takut kalau lambat nanti hotel murah murah dah fully booked. Maklumlah nak pergi bulan Disember cuti sekolah mesti ramai orang.
– Bilik Family Room untuk 4 orang sebilik. Ada 2 katil double decker.
– Shared toilet maksudnya toilet diluar bilik dan berkongsi dengan orang lain. Ada dua ja toilet kat hostel ni. Kitorang bernasib baik dapat bilik di tingkat bawah dan betul betul sebelah bilik air.
– Bilik bersih, toilet bersih, bilik ada aircond. Di ruang reception ada water dispenser, seterika dan peti ais.
– Lokasi strategik. Boleh jalan kaki ke Lee Garden area, kedai makanan Halal pun dekat.
– Towel, berus gigi, ubat gigi tak disediakan dan dalam bilik tak ada cermin, so sila bawa sendiri.
– Tak ada lif, jadi kalau beg berat kena usung lah naik tangga. Tapi ok laa sebab 2 tingkat je pun.
Penginapan kitorang sepanjang 3 hari 2 malam bercuti di Hatyai
Ni lah bilik kitorang, gambar dari Agoda je sebab Mama terlupa nak snap.
B) Pengangkutan ke Hat Yai:
– Tiket tren ETS dari KL Sentral ke Padang Besar pergi balik 4 orang RM608.
– Beli tiket sejak akhir bulan September 2018 melalui website https://intranet.ktmb.com.my/ktmb_mw
– Tiket special train / tren klasik dari Padang Besar ke Hat Yai Junction RM28 (RM7 seorang).
– Tiket special train / tren klasik dari Hat Yai Junction ke Padang Besar THB 200 (THB 50 seorang)
Jumlah B: RM661.64
Kami dah ready nak bercuti ke Hatyai, yayyy!
Pengalaman pertama kali naik tren ETS untuk Shehan, Saidila & Nina
Tiket train klasik atau special train ke Hat Yai dari Padang Besar
Tren klasik ke Hat Yai
C) Pengangkutan Semasa di Hatyai:
– Grab dari restoran Kai Tod Decha ke Central Festival Mall THB 80
– Grab dari Greenway Night Market ke hostel THB 80
– Sewa kereta dan pemandu (chartered car) dari hostel ke Songkhla THB 1,400, sewa sepanjang hari dari pagi sampai malam. Driver perempuan, friendly dan selesa naik ngan dia. Ni nombor telefon dia kot korang nak ke Hat Yai leh contact dia Chutimon +66 99 225 6566.
– Tiket lif naik ke Tangkuan Hill di Songkhla THB 120 (THB 30 seorang)
– Tuk tuk ke hostel THB 80 (THB 20 seorang)
– Tuk tuk dari hostel ke Hat Yai Junction masa hari nak balik THB 80 (THB 20 seorang)
Jumlah C: THB 1,840 (RM235.89)
Sukaaa sangat gambar ni! Cantik sungguh Samila Beach, Songkhla.
Di puncak Tangkuan Hill, lawa sangat view kat atas tu.
D) Makan & Minum:
– Makan di Dim Sum Chabura THB 700 (kitorang makan 32 bekas dim sum, 1 murtabak daging, 1 miang kam dan 5 gelas air).
– Makan nasi ayam goreng dan tom yum di Kai Thod Decha THB 530 (nasi ayam THB 65 x 4 set, tom yum THB 150 semangkuk, teh ais THB 30 x 4 gelas)
– Makan seafood steamboat and grill di Khlong Hae Seafood THB 1,156 (THB 289 seorang)
Jumlah D: THB 2,386 (RM308.89)
Melantak di Khlong Hae Seafood, makan sampai buncit! hahaha
E) Simkad:
– Simkad TrueMove lepas nego harga dapat THB 680 (THB 170 seorang).
– Unlimited Internet 4G untuk 7 hari, connection laju dan coverage bagus.
– Beli kat kedai di stesen Hat Yai Junction
Jumlah E = THB 680 (RM87.18)
JUMLAH PERBELANJAAN A+B+C+D+E = RM1,491.72 / 4 orang = RM372++ seorang
Ok…yang item A sampai E tu Mama anggap sebagai core expenses lah, yang mana kitorang berempat kongsi belanja.
Selain daripada yang kat atas tu, ada laa perbelanjaan sampingan yang setiap orang berbeza, contohnya beli air mineral kat 7E sebotol THB 9 dan bayaran masuk toilet THB 5 seorang. Jadi pastikan ada duit lebih untuk benda benda gitu gak ye.
Dan juga duit lebih kalau korang nak bershopping. Itu korang pandai pandai lah bajet sendiri nak bawa duit banyak mana. Nak shopping banyak, bawak lah banyak.
Tips Bercuti ke Hat Yai
Ni Mama nak kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman Mama sendiri yer…
– Tempah tiket ETS dan hotel awal awal sebab takut habis. Terutama sekali kalau korang nak pergi masa cuti sekolah.
– Kalau nak pergi Khlong Hae Floating Market, ia hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Jadi plan lah supaya ke Hat Yai pada hari hari itu saja.
– Pergi awal ke train station sebab kena beratur panjang untuk beli tiket tren klasik tu dan juga masa kat imigresen.
– Jika nak naik tren klasik tu, korang kena bersedia fizikal dan mental untuk bersesak, berpanas dan menunggu lama. Kalau nak bawa anak kecil atau orang tua, Mama rasa kurang sesuai. Bukan tak boleh, tapi kesian gak laa budak dan orang tua nanti mungkin keletihan dan tak selesa.
– Pakai pakaian yang nipis dan serap peluh, sebab cuaca panas kat sana.
– Bawa kipas yang handheld tu, charge siap siap sebab mesti akan guna nanti. Kat Masjid Jamek ada jual RM10 ja satu.
‘Penyelamat’ Mama sepanjang trip bercuti ke Hat Yai hehe
Payung tu bukan sekadar props untuk bergambar je tau hehe
– Bawa topi atau payung dan pakai sunblock sebab kat Samila Beach panas terik. Mama guna BB Cream Cosmoderm ja.
– Pakai kasut yang selesa sebab akan banyak berjalan dan berdiri lama masa beratur. Mama pakai sport shoes.
– Bawa universal adapter yang sesuai untuk guna di Thailand (rujuk sini) dan extension wayar supaya boleh charge beberapa barang serentak.
– Bawa powerbank (charge full siap siap) dan USB cable extra sebab akan berjalan sepanjang hari. Kalau bateri phone habis, powerbank pun tak dak, camna nak book Grab? Atau kot tersesat camna nak tengok Google map kan?
– Install Google Map supaya senang nak cari jalan dari satu tempat ke satu tempat.
– Rancang perjalanan korang supaya dapat manfaatkan masa sebaik baiknya dan jimat kos. Macam Mama sebelum pergi Hat Yai tu dah check siap siap kat Google Map tengok jarak dari satu tempat ke satu tempat. Pastu plan nak pergi kemana dulu, kemudian ke mana plak.
Contohnya Asean Night Bazaar jaraknya dekat ngan Greenway Night Market dan boleh jalan kaki je, jadi susun lah plan nak kedua dua tempat tu secara berturutan. Jangan plak dari Asean Night Bazaar pergi Klong Hae Floating Market, pastu patah balik ke Greenway, kureng bijak lah kalau gitu hehe.
– Bawa Cosmoderm Deep Heat Lotion, sapu kat kaki dan pinggang yang lenguh banyak berdiri dan berjalan.
– Bawa air minum dan bekal roti bun atau coklat Snickers. Isi perut supaya tak rosak mood atau jiwa kacau disebabkan lapar dan dahaga hehe.
– Bawa perfume mini/botol kecil sebab cuaca panas tu badan berpeluh bau bucuk macem kang hahaha
– Cuba tawar menawar harga masa shopping, ada tempat boleh mintak kurang.
– Kalau naik Grab, masa booking tu jangan tunggu dekat dengan tuk tuk. Sebab kemungkinan driver tuk tuk marah. Ni salah sorang driver Grab yang kitorang naik tu lah pesan.
– Semasa kat sana kitorang prefer naik Grab berbanding tuk tuk sebab senang boleh tahu harga sebelum book. Tapi kena ingatlah ye harga Grab berubah ubah ikut waktu peak hours atau non-peak hours dan ikut jarak gak laa kan. Jadi bajet laa bawa duit lebih sikit. Dan ada masa masanya tak dapat nak book Grab sebab ‘no drivers around’ – time busy sangat laa tu. So naik juga lah tuk tuk.
Penuh sesak tren klasik ni masa hari kitorang balik.
Terpaksa berdiri sepanjang perjalanan balik dari Hatyai ke Padang Besar
Hmm… Mama rasa itu je kot yang penting. Kalau ada apa apa yang Mama ingat nanti Mama cerita lagi. Moga sedikit sebanyak dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Hat Yai.
Bab kisah perjalanan dan program kitorang sepanjang bercuti di Hat Yai tu nanti Mama tulis dalam entry lain plak ye. Tu pun kalau rajin lah hahahaha.
Ehh korang nak Mama ceritakan ke tak? Cer komen sikit…nak baca ke tak nak? Jawablah “nakkk!” Hehe
246 total views, 225 views today
The post Mama ke Hat Yai dan Songkhla: Percutian Bajet ala Backpackers Yang Murah Tapi Best! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2018/12/mama-ke-hat-yai-dan-songkhla-percutian-bajet-ala-backpackers-yang-murah-tapi-best.html/