Janda Lamanya Ituu Tidak Pernah Bermekap Tapi Pada Malam Itu Dia Menghias Diri Bermekap Cantik Cantik


Bukan niat ingin memalukan atau memburukkan mana-mana m40 an. Saya pada mulanya agak sukar nak menerima duda dengan anak, tambahan pula anak-anaknya pada masa tu umur tak jauh beza dengan saya. Lebih kurang hampir sebaya.
Tapi disebabkan kesungguhan saya yakin yang bakal suami saya itu bersungguh sungguh dan ikhlas. Daripada ber”chatting” satu hari kami bersetuju untuk berjumpa di tempat saya. Bakal suami sanggup datang dari jauh sebab nak jumpa saya. Tak perlu la saya sebutkan dari mana, sebab saya takut kalau-kalau banyak kalau nanti, mesti org terdekat tahu yang saya bukak kisah ni di KRT.
Semasa berjumpa, buat pertama kalinya, bakal suami terus mengajukan pertanyaan “boleh tak dia berjumpa mak dan ayah saya”? Saya terkedu sedikit tetapi dalam hati saya ada sedikit kegembiraan. Ok la, saya pendekkan cerita, selepas beberapa bulan, dia mengenali keluarga saya dan adik beradik saya, dia dah boldh bercampur dengan mereka.
Boleh bergelak ketawa bersama. Walaupun saya dan adik beradik datang dari keluarga yang sederhana. Dia langsung tak kisah. Beberapa bulan selepas tu, kami bertunang dan beberapa bulan selepas tu kami disatukan dengan ikatan pernikahan. Alhamdulillah memang Allah dah tentukan jodoh kami untuk bersama pada masa itu.
Cuma, waktu saya bertunang dan waktu saya bernikah tu, kawan-kawan rapat saya ada berbisik pada saya “Ni ke bakal mak mertua kau? Tengok muka macam sombong, riak, garang.. Jangan esok dah kawin, kau kena jadi hamba abdi, jadi lebuih teruk dari orang gaji nanti” Apa pun tanggapan mereka,sikit pun saya tak peduli. Bagi saya memang riak muka mak mertua saya tu tak pernah senyum dan muka sombong tapi percakapan nya lembut sahaja.
Jadi buat apa saya perlu percaya pd mulut orang?? 2 bulan selepas mendirikan rumah tangga, Saya amat bahagia dengan suami, Alhamdulillah anak-anak nya dah mula boleh menerima saya sebagai “ibu tiri muda” mereka. Hari-hari yang kami lalui amat bahagia. Cuma saya mula tak suka dan kerap bergaduh dengan suami apabila “janda” lamanya datang ke rumah membawa bekal makanan bersama anak nya. Alasan nya nak ziarah bini baru. Macam tak logik alasan tu.
Yang saya heran, hati suami saya sangat lembut, boleh membenarkan “janda” masuk ke dalam rumah. Saya bukan tak mahu memberontak, tapi saya fikir masa itu, syurga saya bawah tapak kaki suami.
Beberapa bulan selepas tu pun “janda” dia masih lagi menganggu keteteraman rumah tangga kami. Saya masih lagi ingat dan masih segar di ingatan, Waktu suami saya adakan majlis kesyukuran di rumah kami, Waktu ini saya sedang mengandung 2 bulan lebih, Semua tetamu yang hadir adalah sebahagian dari adik beradik suami,jiran-jiran terdekat.
Saya sangkakan waktu itu, yang hadir hanyalah anak-anak tiri saya, rupanya sangkaan saya meleset. Dari jauh saya perhatikan “janda” lama dia berdiri di depan pagar gate rumah kami bersalam dan menyambut tetamu. Saya yang pergi berdiri di situ diabaikan manakala tetamu hanya bersalam dengan si janda tua itu.
Memang terasa sedih sangat.
Lagi sedih bila saya pernah melihat janda lamanya tu tak pernah bermekap dan nampak agak selekeh tapi pada malam majlis itu dia menghias diri Bermekap cantik-cantik siap pakai contact lens, dan memakai baju kebaya yang fit, memang nmpk pinggang nya slim la. Dah la masa tu saya berbadan dua, memang masa tu badan saya dah berisi. Dan memang saya terasa agak cemburu sebab tengok dia “berfesayaen” begitu dan saya hanya mampu memakai baju kurung biasa sahaja. Sebelum berbadan dua, saya memang tak gemuk, pakai baju pun saiz s-m sahaja.
Dlm hati saya, mungkin ni cara nya perempuan itu nak bagi saya cemburu. Saya dan suami hampir gaduh malam itu selepas tetamu pulang, Saya tanya pads suami kenapa “janda” nya itu berdiri disitu dan menyambut tetamu? Seolah olah dia yang masih sah lagi menjadi isteri kepada suami saya. Bila saya sebutkan janda tu, suami saya mesti backup janda tu. Saya pun tidak tahu apa yang dah janda tua tu bagi kepada suami saya.
Pada tahun 2015,saya sudah mempunyai seorang cahaya mata, yang saya lahirkan dalam menempuh pelbagai rintangan.Dari sini bermula sudut gelap kisah saya.Saya tak tahu di mana salah saya, Selepas melahirkan anak dan anak dah berumur 6 bulan selepas tu, Suami kerap bawa saya balik rumah mertua.
Saya masih ingat lagi, malam tu ramai adik beradik suami cuti dan mereka pun balik bermalam di situ. Sekitar pukul 1 pagi,Anak lelaki saya menangis secara tiba2,Saya angkat dan peluk dia, Saya cek perut dia, bukan kembung. Kemudian saya cek lagi, Ya Allah, anak saya kena angin pasang. Dah la masih kecik lagi.Time ni, mertua bangun tidur dan bising-bising, Dia cakap kenapa anak saya menangis teruk.
Ketika mak mertua bising, Mertua menjerit sambil berkata “Tu lah aku tak kasi kawin dengan perempuan muda, gini la jadinya. Dapat anak angin pasang. Perempuan muda tak pandai jaga anak.”Anak-anak aku keturunan aku, sorang pun takde yang angin pasang” Ketika mertua berkata begitu,Allah saja yang tahu semuanya. Sedih perasaan saya sebagai seorang isteri dan menantu. Suami saya pula hanya mendiamkan diri dan tunduk tanpa berkata.
Memang saat tu menitis air mata saya, Saya hanyalah seorang menantu yang dtg dari keluarga tak berada dan sederhana. Keluarga saya jauh sangat. Beribu batu jarakknya. Umpama saya merantau, tak ada sesiapa mahupun saudara mara disini. Saya tenung muka anak saya, Saya perlu kuat deminya.
Walau mcm mna pun. Benarlah kata org, saya pasti menyesal kemudian hari.
Kisah saya blm berakhir disini, In Shaa Allah saya akan sambung lg bhgian dua.
Doakan semoga saya mendapat kebahagiaan yang saya cari.
Sumber: krt
The post Janda Lamanya Ituu Tidak Pernah Bermekap Tapi Pada Malam Itu Dia Menghias Diri Bermekap Cantik-Cantik appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/11/janda-lamanya-ituu-tidak-pernah-bermekap-tapi-pada-malam-itu-dia-menghias-diri-bermekap-cantik-cantik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Alasan Sesekali Membanggakan Diri Itu Perlu Biar Kamu Nggak Diremehkan Orang Melulu

5 Alasan Sesekali Membanggakan Diri Itu Perlu Biar Kamu Nggak Diremehkan Orang Melulu

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 255 hits
Membanggakan atau menyombongkan diri sesekali itu boleh selama dilakukan demi kebaikan
Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 584 hits
Masih ada lagi ibu yang baru disahkan hamil seolah olah tak berapa kisah nak buka buku pink awal sebagai persediaan untuk buat pemeriksaan doktor ikut prosedur Alasannya kandungan masih baru malas nak menunggu lama di klinik dan sebagainya ...
Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 530 hits
Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan untuk mendapatkan sesuatu ialah satu perkembangan yang baik Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya dan apa yang perlu mama papa buat untuk menggalakkannya Perlu diketahui yang...
Dekat Katil Husband Tanya Awak Cakap Apa Malam Tadi Lepas Itu Dia Tegur Kesan Lebam Dekat Lengan Dan Betis

Dekat Katil Husband Tanya Awak Cakap Apa Malam Tadi Lepas Itu Dia Tegur Kesan Lebam Dekat Lengan Dan Betis

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 410 hits
Kami berkahwin tahun lepas 26 Februari nikah and next day tu majlis sanding belah perempuan which is side aku la After settle majlis belah perempuan mmg aku dgn husband terus balik Melaka sbb next week tu majlis belah lelaki Banyak yg perlu...
Punya Liat Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Liat Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 545 hits
Punya Liat Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan k...
Mengintip 10 Idol Cewek Korea Yang Pernah Tampil Polos Tanpa Makeup Masih Cantik Nggak Sih

Mengintip 10 Idol Cewek Korea Yang Pernah Tampil Polos Tanpa Makeup Masih Cantik Nggak Sih

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 351 hits
Ada yang super pangling ada juga yang kelihatan lebih imut Makeup memang mengubah segalanya
Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk Menjerit Nak Mainan Elak Pujuk Anak Tapi Lakukan 5 Cara Ini

Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk Menjerit Nak Mainan Elak Pujuk Anak Tapi Lakukan 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 453 hits
Mama Mama Adik nak mainan tu jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli belah Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam ...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans