Trip 4h3m Ke Kuching Sarawak
Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke Kuching, Sarawak. Sembilan tahun lalu iaitu pada Mei 2015, saya ke Kuching bagi memenuhi hasrat emak melawat adik saya yang ketika itu menetap di Betong
Kunjungan kali ini pula bertujuan menikmati khazanah alam semula jadi dan budaya tempatan. Terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi, tetapi saya harus memilih tempat tertentu sahaja untuk dimasukkan dalam itinerari atas faktor kekangan masa dan tenaga
Saya catatkan ringkasan dan kos trip ke Kuching untuk tujuan rekod dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Ringkasan trip merupakan apa yang telah kami lalui, bukan itinerari (rancangan perjalanan)
Dalam trip kali ini juga telah berlaku beberapa hal yang mengganggu kelancaran perjalanan dan rancangan yang telah dibuat. Apa pun, setiap yang berlaku pastinya ada hikmah sama ada kita sedar atau tidak. Yang pasti, semuanya menambah pengalaman hidup
*************************************************
RINGKASAN TRIP KE KUCHING, SARAWAK17 - 20 MEI 2024 | 4 HARI 3 MALAM
Hari Pertama | Jumaat 17 Mei 2024Penerbangan menaiki pesawat Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching mengalami kelewatan penerbangan (flight delay), sepatutnya berlepas pada pukul 10.10 pagi tetapi pesawat berlepas pada pukul 11 pagi.12.40 tengah hari - tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).Sebuah beg (check-in baggage) didapati telah diselongkar dan ada satu barang hilang. Laporan dibuat di kaunter Firefly.Ambil kereta sewa di luar balai pelepasan dan menuju ke hotel penginapan - Dormani Hotel.Selesai urusan daftar masuk di Dormani Hotel, kami ke restoran Dapur Melanau bagi mencuba hidangan tradisional masyarakat Melanau.Balik ke hotel penginapan untuk berehat dan solat.6.30 petang - keluar menikmati suasana malam bandaraya Kuching.Ziarah dan solat Maghrib di Masjid India @ Masjid Terapung Kuching.Jalan-jalan di sekitar Kuching Waterfront - menikmati pemandangan malam Sungai Sarawak dari Jambatan Darul Hana dan menyaksikan pertunjukan air pancut berirama (Darul Hana Musical Fountain).Makan malam di RJ Cafe.
Hari Kedua | Sabtu 18 Mei 2024Sarapan di Kopi-O Corner.Daftar keluar Dormani Hotel.8.50 pagi - ke Terminal Bot Bako (jarak 28 km, 35 min)10.35 pagi - naik bot ke Taman Negara Bako. Lewat gerak sebab tunggu hujan teduh.10.55 pagi - tiba di jeti taman negara.Jalan-jalan di sekitar Park HQ. Dapat tengok ular kapak, monyet belanda dan kubong.12.15 tengah hari - makan tengah hari di Kerangas Cafe.1 tengah hari - eksplorasi hutan melalui Trail No. 5 Teluk Pandan Besar.3.45 petang - selesai eksplorasi hutan.4 petang - daftar masuk penginapan taman negara. Rehat dan solat.7.40 malam - makan malam di Kerangas Cafe.8.05 malam - aktiviti berjalan malam (night walk) secara berkumpulan.10 malam - balik ke penginapan.
Hari Ketiga | Ahad 19 Mei 20248.30 pagi - sarapan di Kerangas Cafe.9.15 pagi - eksplorasi hutan melalui Trail No. 2 Teluk Delima.9.55 pagi - selesai eksplorasi hutan.11 pagi - daftar keluar penginapan taman negara.11.45 pagi - terpaksa tumpang bot yang dinaiki pelancong asing sebab bot yang ditunggu tak muncul dan diganggu sekumpulan monyet yang agresif di jeti.12.30 tengah hari - makan tengah hari di gerai terminal bot.12.45 tengah hari - bergerak ke Fairy Cave/Gua Pari-Pari di Bau (jarak 65 km, 1jam 30 min).2.25 petang - eksplorasi gua bermula.3.50 petang - selesai eksplorasi gua.Kembali ke bandaraya Kuching.Makan di King Laksa Sarawak, Metrocity.6.30 petang - daftar masuk di Amamas Boutique Hotel.Malam - berehat.
Hari Keempat | Isnin 20 Mei 2024Encik Suami alami kecederaan pada kaki kiri - kaki terpelecok ketika eksplorasi hutan pada hari Sabtu, tapi pagi Isnin baru terasa sangat sakit sampai susah nak berjalan.Maka semua rancangan pada hari ini dibatalkan.9.10 pagi - Encik Suami jumpa doktor di Klinik Perdana (berhampiran dengan hotel penginapan). Doktor beri dua suntikan - satu di kaki dan satu di lengan. Selepas beberapa jam, hilang rasa sakit dan boleh kembali berjalan.Sarapan di King Laksa Sarawak.12.15 tengah hari - daftar keluar hotel penginapan.Ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd - beli oleh-oleh dan tengok demo penghasilan kek lapis.Ziarah dan solat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.Makan tengah hari di Moms Laksa.4 petang - tiba di lapangan terbang. Pulang kereta sewa di tempat sama ketika ambil.6.40 petang - penerbangan pulang ke Pulau Pinang menaiki pesawat Firefly.9.30 malam - perjalanan pulang ke Perlis.Selamat sampai rumah sebelum pukul 12 tengah malam.
KOS TRIP KE KUCHING, SARAWAK4 HARI 3 MALAM | DUA ORANG
Pengangkutan :Penerbangan pergi-balik PEN-KCH menaiki Firefly - RM921.32Caj parkir kereta di lapangan terbang Pulau Pinang - *akan dikemaskini*Sewa kereta Axia di Kuching - RM345Minyak kereta Axia - RM41Bot pergi-balik Taman Negara Bako - RM100Kupon letak kereta bandaraya Kuching - RM5.40Penginapan :Dormani Hotel - RM62.86Taman Negara Bako - RM50Amamas Boutique Hotel - RM113Makan :RM339.75Bayaran masuk / permit :Permit Taman Negara Bako - RM40 (RM20/orang)Bayaran masuk Fairy Cave - RM2 (RM1/orang)Bayaran aktiviti :Night walk - RM30 (RM15/orang)Oleh-oleh :Kek lapis dan keropok dabai - RM182Keychain - RM10Rawatan :RM399TOTAL PERBELANJAAN :RM2,641.33
Alhamdulillah selesai satu trip alam semula jadi yang ada dalam wish list saya iaitu Taman Negara Bako. InsyaAllah kami akan datang lagi kerana masih banyak tarikan alam semula jadi yang masih belum sempat kami kunjungi. Juga Taman Negara Bako yang masih belum habis kami terokai
InsyaAllah catatan lanjut berkenaan trip ini pada entri seterusnya 😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2024/05/trip-4h3m-ke-kuching-sarawak.html