Laksa Sarawak Tumpik Dan Linut Di Dapur Melanau Kuching


[Catatan Trip ke Kuching - Hari Pertama | Jumaat, 17 Mei 2024]
Menyambung catatan pada hari pertama kami berada di Kuching, Sarawak. Petang tersebut kami ke restoran Dapur Melanau bagi mencuba sendiri hidangan tradisional masyarakat Melanau. Makanan tradisi merupakan identiti budaya dan warisan masyarakat tempatan. Maka supaya lebih mengenali budaya tempatan, saya masukkan aktiviti makan-makan di Dapur Melanau dalam itinerari

Kaum Melanau ialah kaum Bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, Melayu, dan Bidayuh. Secara umumnya, masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu, sama ada dari segi kepercayaan, kebudayaan, mahupun adat resam. Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. - buku Masyarakat Melanau di Sarawak, Jeniri Amir.
Restoran Dapur Melanau terletak di bangunan dengan deretan lot kedai yang nampaknya masih baru. Sebaik melangkah masuk, pandangan mata saya terpesona dengan susun atur dan dekorasi dalaman restoran

Terdapat dua ruangan bagi pelanggan menikmati hidangan, kami menuju ke ruangan kedua. Pelanggan tidak ramai ketika ini, jadi mudahlah kami memilih meja di sudut yang selesa bagi kami

Foto zoom-out dirakam dari tempat duduk saya di ruangan kedua

Dekorasi langsir begini terasa seperti kita makan di rumah, lebih santai. Di bahagian luar (di sebalik jendela kaca) juga terdapat set kerusi meja bagi pelanggan yang memilih untuk makan di luar

Klik foto untuk paparan lebih jelas.Sebahagian isi buku menu Dapur Melanau. Kami membelek buku menu dan berbincang makanan apa yang patut dipesan. Walaupun teringin nak mencuba itu ini, kami akhirnya memutuskan memesan tiga jenis makanan sahaja

Sebelum membuat pesanan, kami sudah pun bertanya lanjut kepada pelayan restoran berkenaan makanan tersebut. Tetapi lupa pula saya nak tanya apa maksud perkataan ‘anyang’ pada buku menu. Mungkin blogger Kakmim dan Carneyz boleh bantu beri jawapan

Ketika membelek buku menu ini juga, kami perasan beberapa jenis minuman ditandakan sebagai ‘not available’ merupakan produk Nestle yang diboikot. Terasa bangga melihat keteguhan pendirian pengusaha bisnes menyahut seruan boikot sebagai tanda protes ke atas negara haram Israel

Minuman pilihan kami - limau mantak panas RM3 dan 3 layer (special) RM4.50. Limau mantak maksudnya limau kasturi

Hidangan pilihan kami - laksa Sarawak, tumpik dan linut

Laksa Sarawak (special) RM13. Ini bukanlah kali pertama saya makan laksa Sarawak, makanya laksa ini tidaklah terasa asing pada deria rasa saya

Tumpik (biasa) RM7. Tumpik dihasilkan dengan menggunakan tepung sagu dan kelapa parut. Tekstur luarnya garing dan dalamnya lembut. Tumpik dimakan bersama gula apong bagi menambah rasa. Pertama kali mencuba, terus saya suka dengan rasa dan teksturnya

Hidangan paling unik - linut. Linut dihasilkan dengan menggunakan tepung sagu. Ianya merupakan sajian utama selepas nasi. Teksturnya kental dan jernih

Dalam buku menu ada pilihan nak tekstur cair atau pekat. Kami pilih tekstur sederhana setelah bertanyakan pendapat pelayan restoran. Tapi nampaknya lama kelamaan tekstur jadi bertambah pekat

Set linut RM15 - linut berserta sambal belacan, sayur keladi dan kerabu asam. Kalau makan linut saja, ia tidak mempunyai rasa - tawar. Makanya linut sedap dimakan bersama lauk lain. Cara makan - cedok linut ke dalam mangkuk kecil yang disediakan, kemudian ambil lauk pilihan untuk dimakan bersama linut

Alhamdulillah semua makanan yang dipesan memenuhi selera kami. Habis licin semuanya kecuali linut berbaki sedikit saja lagi, kami dah kekenyangan tak mampu nak habiskan linut

Kami rasa puas hati makan di Dapur Melanau. Tempat makan yang cukup selesa, layanan mesra, tak perlu menunggu lama hidangan yang dipesan dan paling penting rasa masakan yang menambat selera. Kalau kalian berkunjung ke Kuching, bolehlah mencuba sendiri hidangan di sini ya


***************************************
DAPUR MELANAULot 14171,Metrocity, Petra Jaya,93050 Kuching,Sarawak.
Google Maps | Dapur Melanau
Waktu operasi :Selasa - Ahad | 8.30 pagi - 11 malamIsnin | Tutup





.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/05/laksa-sarawak-tumpik-dan-linut-di-dapur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip 4h3m Ke Kuching Sarawak

Trip 4h3m Ke Kuching Sarawak

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 234 hits
Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke Kuching Sarawak Sembilan tahun lalu iaitu pada Mei 2015 saya ke Kuching bagi memenuhi hasrat emak melawat adik saya yang ketika itu menetap di Betong Kunjungan kali ini pula bertujuan menikmati kha...
Anak Mabuk Bila Naik Kenderaan Boleh Cuba Petua Ini Guna Bahan Dapur Saja

Anak Mabuk Bila Naik Kenderaan Boleh Cuba Petua Ini Guna Bahan Dapur Saja

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 200 hits
Anak mabuk bila naik kenderaan boleh cuba petua ini guna bahan dapur saja Ada anak yang jenis mabuk bila naik kenderaan Entah macam mana boleh ada simptom tersebut Asal naik kereta atau kenderaan lain si kecil akan pening kepala dan muntah ...
Assalamu Alaikum Hai Semua Kali Ni Saya Nak Kongsi Dengan Anda Dapur Basah Semi Luar Kami

Assalamu Alaikum Hai Semua Kali Ni Saya Nak Kongsi Dengan Anda Dapur Basah Semi Luar Kami

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 136 hits
Assalamu alaikum hai semua Kali ni saya share semi outdoor wet kichen kami versi terbaru ada tambahan pokok besar di bhgn tepi pintu masuk wet kitchen tambahan pokok2 yg lain utk menjadikannya garden kitchen spt yg kami suami isteri impikan...
Kemensos Melalui Sentra Abiyoso Cimahi Beri Bantuan Sarana Dapur Dan Kamar Lansia Tunggal

Kemensos Melalui Sentra Abiyoso Cimahi Beri Bantuan Sarana Dapur Dan Kamar Lansia Tunggal

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 157 hits
Kemensos salurkan bantuan Rumah Sejahtera Terpadu dalam Bakti Sosial Peringatan Hari Lanjut Usia Nasional ke 28 di Kabupaten Aceh Utara
Sarawak Approves Rm104mil For Affordable Housing Projects

Sarawak Approves Rm104mil For Affordable Housing Projects

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 178 hits
Dr Sim Kui Hian said there were 16 projects encompassing 742 affordable houses and Rumah Spektra Permata KUCHING The Sarawak Housing Development Corporation has been allocated RM104 million this year for affordable housing and Rumah Spektra...
Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Pahang menyasar menjadi pasukan lima terbaik pada Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan berlansung di Sarawak dengan meraih sekurang kurangnya 40 pingat emas Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang...
Sarawak Needs 17 500ha Of Padi Land To Achieve Self Sufficiency

Sarawak Needs 17 500ha Of Padi Land To Achieve Self Sufficiency

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 126 hits
As of 2023 Sarawak s total padi production was about 118 000 tonnes KUCHING Sarawak needs 17 500ha of new land equipped with infrastructure for padi cultivation to achieve 100 self sufficiency level the Sarawak state assembly was told today...
Kami Kongsikan Idea Deko Rumah Untuk Ruang Tamu Ruang Makan Dan Dapur Yang Kami Team Sentiasa Siap

Kami Kongsikan Idea Deko Rumah Untuk Ruang Tamu Ruang Makan Dan Dapur Yang Kami Team Sentiasa Siap

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 150 hits
Saya nak share home deco untuk ruang living dining dan kitchen yang team kami buat di rumah ni Kredit Suhada Rohim The post appeared first on
Dapur Fiezasani Resipi Ikan Masak 3 Rasa

Dapur Fiezasani Resipi Ikan Masak 3 Rasa

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 236 hits
Macam lama tak kongsi resipi masakan dari dapur fieza sani kat blog hehe Meh k fiezz kongsi satu lagi resipi baru yang k fiezz masak Resipi Ikan 3 Rasa ni k fiezz baru je cuba masa sesi masak masak dengan mak mertua mak saudara time nak ray...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches