Trend Hina Raja Semakin Berleluasa Kerajaan Harus Lebih Tegas Menanganinya




Terlihatnya kebelakangan ini semakin ramai rakyat negara kita, tidak kira Melayu, Cina atau India, seolah-olah semakin ghairah dan seronok menghina Raja-Raja Melayu.


Komen-komen yang terpapar di media sosial akhir-akhir ini dan bagaimana ayat serta bahasa yang digunakan untuk menghina Raja-Raja itu, amatlah menyedihkan sekali.


Kenapakah mereka sanggup berbuat demikian?


Di manakah didikan dan ajaran yang mereka perolehi sejak kecil sehingga sanggup menggunakan ayat dan bahasa sedemikian rupa?


Tidakkah mereka sedar bahawa Raja, Sultan dan Yang Dipertuan Agong adalah institusi yang sah dan diiktiraf dalam perlembagaan negeri dan negara yang perlu disanjung dan dihormati?


Lebih memilukan apabila ada terdapat anak dan cucu pembesar UMNO sendiri turut terjebak ke kancah itu sehingga ibu bapanya  terpaksa memohon maaf secara terbuka.


Harus kita sedar bahawa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan ia bukan saja termaktub dalam Perlembagaan, malah telah diterima sebagai sebahagian daripada ciri Malaysia.


Bukan tidak boleh berbeza pendapat atau tidak setuju dengan Raja atau Sultan, tetapi ia hendaklah dilakukan mengikut cara dan tatasusilanya.


Menggunakan bahasa kesat, berbentuk makian, carutan dan sebagainya terhadap Raja-Raja adalah tidak sesuai sama sekali, malah hanya mencerminkan hodohnya keperibadian mereka yang melakukannya itu.


Dalam hal ini, kerajaan melalui polis, SKMM yang mengawal sedia media sosial dan lain-lain agensi penguatkuasa seharusnya tampil dengan pendekatan yang lebih aktif serta menyeluruh agar gejala tidak sihat ini tidak berterusan berleluasa.


Kerajaan perlu lebih tegas dalam bertindak dan membendung agar gejala ini tidak terus berkembang yang akhirnya akan merosakkan kehidupan bernegara.


Selain tangkapan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu, peringatan atau penerangan mengenainya juga hendaklah sentiasa diperluaskan.


Dalam kehidupan yang pelbagai dan rencam di negara ini, semua orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dihormati.


Raja, Sultan dan Agong ada peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri yang perlu kita junjung dan hormati. 


Sebagai ketua negara dan negeri, Agong, Raja atau Sultan hendaklah kita hormati, bukan mencaci atau memaki dengan kata-kata kesat dan carutan yang tidak sepatutnya.


Lagi pun, apa yang kita dapat dengan memaki, menghina dan mencarut terhadap Raja-Raja melalui media sosial itu? (ShahbudinHusin 08/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/trend-hina-raja-semakin-berleluasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 371 hits
Meski tak gaduh Negeri Jiran sedang menghadapi situasi yang luar biasa Sehari sebelumnya sang Kepala Negara Sultan Muhammad V memutuskan turun takhta Itu adalah kali pertama terjadi sepanjang sejarah Malaysia sejak kemerdekaan dari Inggris ...
Hina Sultan Tindakan Tegas Perlu Diambil

Hina Sultan Tindakan Tegas Perlu Diambil

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 7 Jan Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia agar bertindak tegas kepada pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew yang secara jelas menghina Sultan Muhammad V Komen yang dibuat Eric Liew di dalam Facebook t...
Kerajaan Digesa Tak Guna Akta Hasutan Siasat Kes Hina Sultan

Kerajaan Digesa Tak Guna Akta Hasutan Siasat Kes Hina Sultan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 271 hits
Diterbitkan Hari ini 7 54 malamPolis tidak sepatutnya menggunakan Akta Hasutan bagi menahan tiga individu yang didakwa menghina Sultan Muhammad V di media sosial kata dua pemimpin muda DAP hari ini Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan p...
Hukuman Mandatori Mereka Yang Hina Institusi Raja Melayu

Hukuman Mandatori Mereka Yang Hina Institusi Raja Melayu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 627 hits
1 Isu penghinaan terhadap institusi raja yang berlaku mutkahir ini bukanlah suatu perkara baru berlaku dalam negara Malaysia 2 Penghinaan demi penghinaan telah dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang tidak bertanggungjawab terhad...
Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 291 hits
Lelaki dipenjara 3 tahun denda RM5 130 kerana hina dan ugut bunuh rajaMahkamah di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap seorang lelaki kerana menghina raja dalam penulisannya di Facebook Tertuduh Ieng Cholsa mengaku...
Syarikat Yang Langsung Tidak Memberi Manfaat Kepada Kepentingan Kerajaan Lebih Diutamakan Oleh Lim Guan Eng

Syarikat Yang Langsung Tidak Memberi Manfaat Kepada Kepentingan Kerajaan Lebih Diutamakan Oleh Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 415 hits
Saya pasti bahawa dana untuk membayar Skim Perlindungan Nasional B40 bernilai RM2 Bilion ini sebenarnya ialah hasil dari langkah kerajaan PH membenarkan syarikat insuran asing beasr untuk terus menguasai pasaran tempatan Syarikat syarikat i...
4762 Harga Petrol Ppim Mahu Kerajaan Lebih Telus Sinar Harian 6 1 19

4762 Harga Petrol Ppim Mahu Kerajaan Lebih Telus Sinar Harian 6 1 19

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan agar kerajaan lebih telus dan terbuka berkenaan paparan kiraan harga runcit produk petroleum yang diumumkan secara mingguan bermula semalam Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan be...
Lelaki Thailand Di Penjara 35 Tahun Hina Raja Di Malaysia Berapa Cina India Dah Kena Tahan

Lelaki Thailand Di Penjara 35 Tahun Hina Raja Di Malaysia Berapa Cina India Dah Kena Tahan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 735 hits
Memandangkan semakin ramai yang biadap dan kurang sopan mungkin kita boleh kenalkan undang undang seperti di Thailand untuk mereka yang menghina Sultan Raja Apa pendapat sahabat semua Setuju firdauswongFirdaus Wong Wai HungSelama ini Hanya ...
Cybertrooper Rba Dap Kena Tahan Sebab Hina Raja

Cybertrooper Rba Dap Kena Tahan Sebab Hina Raja

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 843 hits
Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah