Kerajaan Digesa Tak Guna Akta Hasutan Siasat Kes Hina Sultan


 Diterbitkan Hari ini 7:54 malam

Polis tidak sepatutnya menggunakan Akta Hasutan bagi menahan tiga individu yang didakwa menghina Sultan Muhammad V di media sosial, kata dua pemimpin muda DAP hari ini.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan peguam Syahredzan Johan dan ketua pemuda DAP Subang, Farhan Haziq Mohamed, pihak polis sepatutnya menggunakan peruntukan undang-undang selain Akta Hasutan bagi menyiasat ketiga-tiga individu tersebut.

“Kami menegaskan di sini bahawa kami mengecam kenyataan individu-individu yang mengeluarkan ekspresi yang dianggap menghina terhadap baginda Sultan Muhammad V.

"Kami menyeru supaya rakyat Malaysia menghormati sistem raja berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa yang sama, kami membantah penahanan ke atas tiga individu tersebut di bawah Akta Hasutan.

"Kami mengambil pendirian bahawa walaupun apa yang didakwa telah dimuat naik oleh mereka adalah menjelikkan dan tidak dapat diterima masyarakat secara amnya, mereka tidak wajar ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Pakatan Harapan (PH) di dalam manifesto juga telah berjanji untuk menghapuskan Akta tersebut di dalam Janji 27,” kata mereka.

Untuk rekod, Syahredzan juga merupakan setiausaha politik kepada Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Tambah mereka lagi, biarpun jemaah menteri PH telah memutuskan untuk menarik balik moratorium ke atas Akta Hasutan susulan daripada kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman tahun lepas, kes bagi ketiga-tiga individu tersebut tidak tergolong dalam kategori yang sama.

“Kami tidak melihat ekspresi ketiga-tiga individu tersebut sebagai tergolong dalam kategori yang disebutkan itu, walaupun ekspresi tersebut wajar dikecam.

“Keputusan pihak polis untuk menahan mereka di bawah Akta Hasutan adalah bertentangan dengan dasar Kerajaan Persekutuan, dan melanggar moratorium yang telah dikenakan, dan kami menggesa supaya mereka dilepaskan dengan segera.

“Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak polis, sekiranya perlu untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada selain Akta Hasutan bagi menyiasat ketiga-tiga individu tersebut, walaupun kami tidak lihat keperluan untuk menahan mereka melebihi 24 jam,” kata mereka lagi.

Mereka juga menggesa agar kerajaan mempercepatkan usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto PH.

Semalam, pihak polis menahan tiga individu yang memuat naik komen di media sosial yang didakwa berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Petuan Agong XV.

Ketiga-tiganya disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Katanya, penahanan tersebut dilakukan kerana polis menerima beberapa laporan oleh orang awam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/kerajaan-digesa-tak-guna-akta-hasutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Agong Siasat Di Bawah Kanun Keseksaan Bukan Akta Hasutan Lfl

Hina Agong Siasat Di Bawah Kanun Keseksaan Bukan Akta Hasutan Lfl

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 287 hits
MALAYSIAKINI Peguam Lawyers For Liberty mengkritik tindakan polis menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang didakwa menghina bekas Yang di Pertuan Agong baru baru ini Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya berkata penahanan itu men...
Hina Bekas Ydp Agong 3 Individu Ditahan Dan Disiasat Mengikut Akta Hasutan 1948

Hina Bekas Ydp Agong 3 Individu Ditahan Dan Disiasat Mengikut Akta Hasutan 1948

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 569 hits
Polis mengesahkan tiga individu yang didakwa telah menghina bekas Yang di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V di media sosial baru baru ini telah ditahan semalam Dalam kenyataan media Ketua Polis Negara Fuzi Harun berkata Eric Liew Chee L...
Kekal Akta Hasutan Untuk Ajar Ultra Kiasu Ridhuan Tee

Kekal Akta Hasutan Untuk Ajar Ultra Kiasu Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 332 hits
4 Jamadilawal 1440H Khamis Kerajaan mesti terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 untuk mengajar puak ultra kiasu supaya tidak bersikap kurang ajar dan biadab hidup dalam negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Pendakwah bebas Pr...
Kes Hina Agong 3 Individu Ditahan Kpn

Kes Hina Agong 3 Individu Ditahan Kpn

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 411 hits
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan pihaknya telah menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai nbsp Yang di ...
Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 698 hits
Bila KERABAT PH Di Kritik Perintah Tangkapan WAJIB Di KeluarkanPada pukul 2 00 petang 10 Januari 2019 Dato Lokman di minta hadir ke JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembu...
Masih Gunapakai Akta Hasutan Ph Memalukan Diri Sendiri

Masih Gunapakai Akta Hasutan Ph Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 334 hits
N SurendranKUALA LUMPUR Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan berhubung Akta Hasutan mencetuskan kritikan daripada pemimpin parti itu sendiri Bekas Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR N Surendran dalam hantaran Twitternya hari ini mem...
Akta Hasutan Diam K Jaan Ph Memalukan Kata Pemimpin Pkr

Akta Hasutan Diam K Jaan Ph Memalukan Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 381 hits
Kerajaan PH Memalukan Diri Sendiri Guna Akta Hasutan Kata Pemimpin PKRKUALA LUMPUR Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan berhubung Akta Hasutan mencetuskan kritikan daripada pemimpin parti itu sendiri Bekas Ahli Parlimen Padang Serai ...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil