Trend Buat Duit Lumayan Dengan Youtube Tapi Mana Untung Blog Atau Youtube
Sekarang semakin banyak cara untuk buat duit sampingan dari internet ni, antara cara yang paling popular adalah buat duit guna website atau blog. Tapi trend terkini yang lagi popular adalah buat duit dengan Youtube yang menggunakan Google Adsense juga sebagai medium pengiklanan. Tak perlu sediakan modal pun kecuali perlu ada smartphone, internet dan sikit skill edit video.
Buat duit dari youtube menguntungkan tapi ada terma dan syaratnya yang ketat. Sumber gambar google
Siapa kenal Sugu Pavithra? Alaa yang viral di Youtube baru-baru ni laa. Viral sebab hanya share video2 memasak sejak dari Januari 2020 dan hingga kini subscriber dan viewer di channel Youtube dia cecah ratusan ribu. Antara keunikan yang membuatkan orang suka tonton video Sugu ni, eh Sugu tu nama suami dia Pavithra tu baru nama dia sebenar, dia seorang yang nampak humble, ikhlas, pembersih (korang tengok dapur dia macamana), pandai cakap walaupun belajar sampai sekolah menengah je, berbangsa India tapi fasih berbahasa Melayu.
PM pun siap ucap tahniah kat dia sebab channel dia ni banyak info tentang memasak dan mampu menyatukan rakyat Malaysia. Ini semua disebabkan kuasa viral rakyat Malaysia yang suka berkongsi di media sosial bila terjumpa sesuatu yang unik. Anda mesti ada sifat ni kan? Sikit-sikit nak share heeee
Macamana buat duit di Youtube?
Jadi boleh bayangkan berapa banyak yang Youtube bayar bila tumpangkan iklan kat channel dia? Macam mana cara buat duit di Youtube ni sebenarnya? Buka channel di Youtube umpama macam buka stesen tv laa, bila channel korang tu famous banyak viewer dan dah boleh monetize, baru iklan boleh keluar pada video korang tu dan akan dibayar oleh pengiklan macam pengiklan di tv jugak la bergantung pada jumlah viewer dan niche jugak.
Its depend. Ada yang dapat rm1-rm3 untuk 1k view. Pernah tengok channel Youtube Ustaz Ebit Liew? Dia bukan seorang youtuber, seorang ustaz selebriti yang hanya share video ceramah dan aktiviti menolong orang tapi viewer dia lagi ramai, berjuta! Income Ustaz Ebit Liew di Youtube dh mampu cecah 5 angka. Moga Allah murahkan lagi rezeki ustaz
So, apa syarat nak monetize dengan Youtube Adsense?
Tapi syarat nak jadi Youtuber ni agak ketat sikit kita perlu sekurangnya 1000 subscriber dan 4000 jam waktu tontonan konten video. Konten video mesti original, kena guna video sendiri, tak boleh download video orang lain kemudian upload semula sebab nanti akan kena Copyright Claim senang2 je dari Youtube sebab sistem diorang ni boleh detect video2 yang dah pernah di upload.
Sia2 nanti bila dah layak monetize, tiba2 ada 1 video yang langgar Copyright Claim, dah kena pecat dari nak beriklan dengan Youtube Adsense ni. Haaa waktu tu boleh menangis tak berlagu. Even kalau buat video sendiri pun dan kalau letak backgorund muzik orang lain pun kalau Youtube detect boleh kena Copyright Claim
Apa persamaan buat duit dengan blog dan Youtube (vlog)?
- Mesti ada original konten dan menjaga etika. Kalau takde etika susah nak monetize dan boleh kena pecat bila-bila masa tiada lagi income sampingan yang pasif
- Mesti kena ada usaha. Kalau berblog kena ada skil SEO dan kena rajin menulis walaupun takde bakat menulis macam saya (maaf kalau saya tak pandai menulis) tapi konten tu tetap ada. Kalau jadi Youtuber ni kena rajin rakam video, skill bercakap sikit, skill nak edit video tu kena ada sikit-sikit. Tengok macam Sugu tu tidak la canggih sangat video dia cuma rakam di dapur je memasak sebab dia pun baru belajar tapi konten tu tetap sampai kepada viewer, itu yang netizen suka tengok.
Yang penting isi. Bila dah usaha, dah ada follower dan viewer yang ramai boleh la goyang kaki sikit sebab bila dah sampai satu tahap, kerja jadi lebih mudah cuma kena keep updating dan boleh goyang kaki dah huhu...
- Minat dulu duit kemudian. Yang ni paling penting, kita kena buat sesuatu yang minat dan bukan paksaan. kalau blogging dan vlogging cuma untuk dapat duit, susah nak konsisten sebab kita buat sesuatu yang kita tak minat. Macam Sugu Pavithra tu dia memang minat memasak dan berkongsi so memang takde masalah nak konsisten. Kalau berblog, saya memang suka kumpul info dan simpan dalam blog.
Mana untung, buat duit melalui Youtube (vlog) atau buat duit dari blog?
Youtube : Mudah dapat audience yang banyak dalam 1 hari kalau video tu viral. Kalau nasib anda baik boleh dapat ratus ribu viewer dalam masa sehari pun ada. Sesuai untuk orang extrovert
Blog : Perlu menulis dan perlu guna teknik SEO supaya konten tu dapat ditemui oleh ramai orang. Ambil masa untuk kumpul audience. Sesuai untuk introvert
Nak untung kena ada trafik. Youtube dan blog sebenarnya sama-sama boleh untung depend pada jumlah trafik yang dapat. Tapi ada pernah saya baca bayaran Adsense di blog persen dia lebih tinggi dari Youtube. Tapi ini semua bergantung juga pada niche dan kategori
Blog sekarang dah terlalu banyak so banyak persaingan. Tak macam dulu2, masa berblog di blog lama saya 10 tahun dulu memang seronok tak pernah miss dapat income pasif tiap bulan tapi tu lah tak konsisten, makin kurang dan tenggelam cuma harap sekarang ni boleh teruskan kembali dalam blog ni
Vlogging pula sekarang masih kurang persaingan mungkin sebab ramai yang malu2 nak rakam video dan speaking skill tak berapa sangat macam saya hehehe. Sebenarnya tak perlu bercakap sangat cuma rakam apa yang bermanfaat dan share, boleh juga simpan sebagai kenangan
Kalau kita cari sesuatu info kita lebih suka baca atau tonton tutorial? Depend, ada lebih mudah cari info dengan bacaan dan ada lebih mudah lihat video tutorial. Contoh macam mencari tips kurus, saya lebih suka membaca berbanding melihat orang membebel pada video. Tapi kalau saya cari tips cara untuk bersenam dan berlari laju dengan betul, saya lebih suka tonton tutorial pada video di Youtube berbanding membaca pada website atau blog. So ianya depend
Persoalan mana lebih untung, buat duit dengan blog atau vlog? Jawapannya dua2 bagus, cuma perlu berusaha dan tiada jalan ringkas.
Macam mana nak mula dan jadi Youtuber yang berjaya?
Antara cara nak bermula jadi youtuber dan juga cara nak jadi youtuber yang berjaya adalah :
- Ada niat dan semangat yang berterusan. Bila dah ada niat baru la rasa tak jemu. Semangat ni akan membuatkan kita berterusan nak buat video sampai la berjaya. Setengah orang boleh berjaya dengan mudah tapi sesetengah perlu usaha yang berterusan.
Semua orang boleh berjaya asal ada usaha. Sumber gambar (Spear Education)
- Sentiasa tingkatkan kualiti video. Kalau pandai edit video tu kira bonus bagi seorang youtuber. Tak semestinya kena edit video canggih sangat cukup sekadar dapat tunjuk gambar atau caption tulisan dalam video. Sekarang tak perlu guna komputer dah nak edit, guna je apps dalam smartphone. Antara apps yang boleh guna untuk edit video : KINEMASTER, INSHOT (saya suka yang ni) , PICSART, VIVAVIDEO PRO, FILMORAGO, POWER DIRECTOR, dll. Kena banyak explore cuba jaya dan main apps tu banyak video yang cantik korang boleh buat! Lagi suka orang tonton video tu nanti.
- Bersosial dengan youtuber yang lain. Sama juga macam berblog kita blogwalking dan berkomen2 di blog orang. Kita subs dan tinggalkan komen pada video orang, orang akan datang tengok video kita jugak.
- Buat je asalkan anda minat. Selagi ia video original memang boleh dapat view banyak. Contoh macam Sugu, ada video yang biasa2 je dia share macam cara gosok dan bersihkan kuali pun boleh dapat view yang banyak. So rajin2 la rakam video aktiviti anda.
- Rajin share di media sosial. Guna platform macam facebook, twitter, ig, atau blog untuk promote saluran Youtube yang kita ada.
Life is so unfair..di luar negara contohnya macam di Amerika sana budak2 pun pandai buat duit dengan youtube. Video yang di share cuma tiktok tapi dapat juta2 view. Income yang dapat ada ribu2, ratus2 ribu dan jutawan pun ada. Gaji youtube lebih tinggi dari kerja makan gaji.
Tapi satu je nak pesan, sebab nak view dan viral punya pasal jangan share yang bukan2 nanti diri sendiri pun susah dan boleh datangkan malu. Share la sesuatu yang bermanfaat. Nanti bila dah mati, roh dalam kubur merayu2 pula minta padamkan video yang sia2 tu kan sapa yang susah? Haa kena beringat.
So sekarang apa kita perlu buat?
Manfaatkan apa yang ada. Buat pada apa yang termampu dan minat kalau nak jadi youtuber ni. Jangan jadi yang dikejar tak dapat..
Bila lihat peluang ni, semakin rasa seronok nak berblogging dan vlogging. Youtube pun boleh jadi medium sampaikan maklumat Pdp yang baik juga. Mungkin 1 hari nanti gaji dengan Adsense ni boleh lebih dari gaji jadi cikgu? Hehehehe aamin sempena bulan Ramadhan mulia ni....
Rajin bersolat dhuha antara amalan yang boleh mendatangkan dan memurahkan rezeki kita...
Perlu ingat, pengguna internet dan smartphone semakin meningkat, even budak sekolah pun dah ada smartphone dan pandai guna internet so trafik pun sekarang semakin banyak boleh dapat. Yang penting kita share sesuatu yang bermanfaat dan berilmu, selagi ada tontonan dan ada bacaan, ada income serta pahala yang berterusan kita dapat. Insyallah berkat..
"Youtube or blogging, but there is no silver bullet."
It takes work, time, and dedication
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/05/trend-buat-duit-lumayan-dengan-youtube.html