Trekking Di Nakatsu Gorge Di Pulau Shikoku



Hari ketiga percutian saya dan seorang teman di Jepun, kami berdua merancang trekking di Nakatsu Gorge. Inilah tujuan utama saya ke Pulau Shikuko. Dari pembacaan saya, perjalanan ke Jurang Nakatsu ini dari bandar Kochi agak jauh dari jalur keretapi. Kami perlu menaiki keretapi dari JR Kochi Station ke JR Sakawa Station sekitar 1 jam, kemudian meneruskan perjalanan dari Sakawa menaiki bas Kuroiwa Sightseeing ke Kawado dan berhenti di Nanokawa di pertengahan jalan



Pagi itu kami menaiki keretapi dari Kochi menuju ke Sakawa Station. Kami sampai di Sakawa sekitar jam 8:30 pagi dan terlepas bas awal ke Kawado. Jadual bas berikutnya pada jam 10:50 pagi dan pada pendapat saya agak lewat. Kami berdua sepakat mengambil teksi dan tambang teksi agak mahal untuk perjalanan sejauh 27 kilometer ke pintu masuk Nakatsu Gorge iaitu 8000 Yen sehala. Kami sampai di pintu masuk Jurang Nakatsu sekitar jam 9:00 pagi. Terdapat tapak pakir, tandas dan kedai di sini. Terdapat juga beberapa buah penginapan jika pengunjung  ingin bermalam di sini. Masuk trekking di Jurang Nakatsu ini percuma.


Kami memulakan trekking di Jurang Nakatsu ini sekitar jam 09:20 pagi. Trek di Jurang Nakatsu ini sepanjang sekitar 2.3 kilometer dan boleh diselesaikan sekitar kurang dua jam secara santai



Seperti biasa, trek di Jepun dijaga rapi dan bersih. Pengunjung tidak dibenarkan mandi dan berenang di Sungai Nakatsu yang jernih dan sejuk ini. Kami trekking secara santai sambil merakam gambar di setiap perhentian. Sepanjang trek di Jurang Nakatsu ini terdapat tujuh patung yang diletakkan di tempat-tempat tertentu antara nampak dan sedikit tersorok





Trek di Jurang Nakatsu dibina sepanjang 2.3 kilometer di sisi Sungai Nakatsu. Sekali sekala trek dibina akan menyeberangi sungai melalui pelantar bersimen bersaiz kecil namun masih selesa dan selamat dilalui





Terdapat beberapa jurang yang menarik di sekitar sungai di Pulau Shikoku ini selain Nakatsu seperti Yasui Gorge. Kami tidak dapat membuat semua trekking kerana masalah perjalanan yang agak jauh dan perkhidmatan pengangkutan awam yang terhad dan terbatas. Sebaiknya jika bercuti ke Pulau Shikoku gunalah kereta sewa pandu sendiri untuk memudahkan perjalanan dan pergerakan




Setelah berhenti di banyak spot yang menarik untuk merakam gambar, kami sampai di dua persimpangan. Kami terus berjalan ke arah kanan jalur menuju ke Air Terjun Uryu No Taki. Air terjun setinggi 20 meter ini merupakan simbol Nakatsu Gorge. Kebiasannya, pengunjung mengakhiri trekking di Air Terjun Uryu No Taki ini dan berpatah balik ke pintu masuk melalui jalur yang sama




Kemudian kami berpatah balik ke persimpangan dan meneruskan trekking melalui jalur di sebelah kiri pula. Jalur di sebelah kiri membawa kami ke Observation Deck, Ryugibuchi dan Stone Pillar



Kami tidak berlama-lama di Observation Deck kerana tidak jelas pemandangan yang dapat kami lihat. Kemudian kami terus berjalan ke jalur sebelah kanan menuju ke Ryugubuchi. Terdapat jambatan dan air terjun di Ryugubuchi. Beberapa spot tersorok dilapangkan sedikit di celah-celah pokok untuk pengunjung merakam pemandangan air terjun yang menjunam ke Sungai Nakatsu ini.


Kemudian kami berpatah balik ke simpang dan meneruskan berjalan ke sebelah kiri menuju ke Stone Pillar. Sekitar 10 minit trekking kami sampai di pelantar kayu Stone Pillar. Kami tidak turun ke bawah dan cuma merakam gambar air mengalir di jurang berdinding batu yang tinggi dari jambatan kayu yang merintangi sungai. Kami juga tidak nampak trek ke bawah



Kemudian kami kembali ke pintu masuk Nakatsu Gorge berjalan kaki melalui jalan raya di atas Stone Pillar. Sampai di kedai kawasan pintu masuk, kami bertanya kepada peniaga tersebut untuk menaiki bas pulang ke Sakawa Station. Menurutnya kami perlu berjalan ke hentian bas di jalan besar di bawah. 




Kami menunggu bas agak lama sekitar sejam dan nasib kami baik apabila ada sebuah teksi menghantar penumpang ke Nakatsu Gorge. Kami kemudian menaiki teksi tersebut untuk ke Sakawa Station dan meneruskan perjalanan pulang ke bandar Kochi menaik keretapi. Terima kasih Allah











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/12/trekking-di-nakatsu-gorge-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 341 hits
Saya dan seorang teman singgah bercuti di Pulau Shikoku ini selama lima hari dalam percutian selama 14 hari kami di Jepun pada pertengahan November 2024 Hari pertama kami sampai di bandar Kochi dari Kobe agak lewat petang Kami menginap di L...
Mgnews Kehilangan Kedaulatan Ke Atas Pulau Batu Puteh Satu Pengkhianat

Mgnews Kehilangan Kedaulatan Ke Atas Pulau Batu Puteh Satu Pengkhianat

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 208 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehilangan hak dan kedaulatan ke atas Batu Puteh dianggap satu tindakan pengkhianatan besar kepada negara
Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 308 hits
GEORGE TOWN Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Madani memberi penjelasan berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tular baru baru ini Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohama...
Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 238 hits
Malaysiakini nbsp Seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Dr Mahathir Mohamad supaya disiasat berhubung keputusannya berhubung isu Pulau Batu Puteh Mohd Puad Zarkashi berkata bekas perdana menteri itu perlu didakwa di mahkamah untuk mem...
Pulau Pinang Kedah Perak Exploring Geo Arkeo And Unesco Site For Northern Region

Pulau Pinang Kedah Perak Exploring Geo Arkeo And Unesco Site For Northern Region

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 309 hits
Exploring Geo Arkeo And UNESCO Site For Northern Region Sekiranya rajin memerhati kita akan nampak bahawa negara kita ini kaya dengan sejarah dan keindahan ibarat butiran permata yang jatuh bertebaran tertanam minta digilap Kita ada benda b...
Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom Ke Bertam Resort Waterpark Penang

Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom Ke Bertam Resort Waterpark Penang

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 249 hits
Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom ke Bertam Resort Waterpark Penang Aku rasa dah lama sangat tak ke hotel dan resort berbintang lima Biasanya bila ke Pulau Pinang kami akan menginap di dua tempat hari sampai di Tanjung Bungah atau Bat...
Adun Pas Pulau Pinang Sedang Dirawat Di Hospital

Adun Pas Pulau Pinang Sedang Dirawat Di Hospital

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 232 hits
Bernama nbsp Ketua Pembangkang Pulau Pinang sedang dirawat di hospitalGEORGE TOWN Ketua Pembangkang Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff sedang menerima rawatan Hospital Pulau Pinang sejak semalam selepas mengadu kurang sihat dan mengalami te...
Kelantan 20 Orang Terperangkap Sekelililing Rumah Seperti Pulau

Kelantan 20 Orang Terperangkap Sekelililing Rumah Seperti Pulau

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 148 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myPENDUDUK terperangkap di tingkat atas rumah selepas kediaman mereka dinaiki air FOTO ihsan pendudukPasir Mas Kami 20 orang terperangkap di tingkat atas rumah sekelililing rumah seperti pulau balai ...
Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 201 hits
Saya terjumpa kedudukan gunung ini semasa saya mencari info tentang Iya Kazurabashi Bridge Sebenarnya saya lebih tertarik untuk melalui jambatan akar suami isteri Iya Kazurabashi dan Oku Iya di Lembah Iya ini Setelah membaca mengenai jambat...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman