Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun



Saya dan seorang teman singgah bercuti di Pulau Shikoku ini selama lima hari dalam percutian selama 14 hari kami di Jepun pada pertengahan November 2024. Hari pertama kami sampai di bandar Kochi dari Kobe agak lewat petang. Kami menginap di Liberty Hotel selama empat malam. Hari kedua kami keluar awal pagi menuju ke Nakatsu Gorge, inilah tujuan utama saya ke Pulau Shikoku. Kami menaiki keretapi JR Dosan Line dari Kochi ke Sakawa Stesen. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Nakatsu Gorge dengan menaiki teksi disebabkan kami ketinggalan bas dan pengangkutan awam amat terhad ke Kawado. 



Kami trekking di Nakatsu Gorge ini. Trek sepanjang 2.3 kilometer yang dibina sepanjang Sungai Nakatsu sekali sekala menyeberangi sungai yang jernih kehijauan dan dingin ini. Melengkapkan trekking di sini sekitar dua jam termasuk ke Air Terjun Uryu No Taki yang merupakan simbol Nakatsu Gorge.





Sepanjang trek juga terdapat tujuh patung yang ditempatkan di kawasan yang agak tersorok antara nampak dan tidak. Selain itu terdapat juga Observation Deck, Ryugibuchi dan Stone Pillar di trek di jalur Gaung Nakatsu ini



Selesai trekking di Nakatsu Gorge kami pulang semula ke bandar Kochi. Malam itu kami keluar bersiar membeli sedikit keperluan dan makanan. Kami juga mengunjungi Hirome Market yang merupakan salah satu tempat lawatan yang disyorkan di Kochi. 



Hari ketiga kami di Pulau Shikoku, kami mendaki Gunung Tsurugi. Kami bertolak dari Kochi menaiki keretapi seawal jam 08:00 pagi menuju ke Oboke Stesen. Dari Oboke Stesen kami menaiki bas ke Kubo. Dari Kubo kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Minokoshi di mana trek ke Gunung Tsurugi bermula. 


Ada dua cara untuk ke puncak Gunung Tsurugi dari Minokoshi, samada mendaki dari Minokoshi ke puncak atau menaiki chairlift dari Minokoshi hingga pertengahan jalur di ketinggian 1750 mdpl dan sisa perjalanan ke puncak diteruskan dengan mendaki. Kami memilih cara kedua kerana kesuntukan masa





Gunung Tsurugi merupakan gunung kedua tinggi di pulau shikoku. Cabaran ke gunung yang mempunyai jalur dan pemandangan yang cantik ini adalah menyusun jadual perjalanan sekiranya kita menggunakan pengangkutan awam yang agak terbatas. Kami menaiki keretapi dari Kochi ke Oboke. Menaiki bas dari Oboke ke Kubo dan meneruskan perjalanan dari Kubo ke Minokoshi juga dengan menaiki bas. Bas beroperasi dari Oboke ke Kubo empat kali sehari manakala dari Kubo ke Minokoshi dua kali sehari. Ada hari-hari tertentu bas tidak beroperasi ke Minokoshi



Kami mendaki secara santai sekitar sejam dari stesen atas chairlift ke puncak Gunung Tsurugi. Jalur jelas, bersih, terjaga, ditanda dengan papan tanda dan mendaki ke gunung ini percuma kecuali tambang chairlift. Pemandangan di puncak sangat mengujakan dan memuaskan hati kami. Gunung Tsurugi tersenarai dalam 100 puncak gunung terkenal Jepun




Kami turun semula ke kaki gunung di Minokoshi melalui cara kami datang tadi dan kami menunaikan solat di tapak parkir kerana tiada surau di Minokoshi. Kemudian kami mengambil bas pulang dari Minokoshi pada jam 14:45 petang dan meneruskan perjalanan ke Kochi seperti kami ke mari tadi. Keesokkan paginya hari keempat kami bersiar di sekitar Bandar Kochi. Awal pagi kami ke Sunday Market. Market sepanjang lebih satu kilometer ini berniaga setiap hari Ahad dan berbagai barangan diniagakan seperti hasil tanaman hasil tanaman, pakaian dan berbagai barangan tempatan










Setelah menjamu mata di Sunday Market, kami ke Kochi Castle yang terletak di hujung Sunday Market. Mengambil beberapa keping gambar di hadapan Kochi Castle kami kemudian ke Information Centre untuk bertanya cara ke Lake Hakuryu. 

Tasik Hakuryu terletak dalam kawasan persendirian dan agak jauh dari Bandar Kochi. Walaupun pemiliknya membenarkan pengunjung datang melawat tasik yang cantik ini, tiada kenderaan awam yang beroperasi ke sana. Saya terpaksa membatalkan beberapa tempat yang tidak boleh dijangkau dengan kenderaan awam pada hari itu seperti Tasik Hakuryu dan Shikoku Karst. Kami kemudian mengambil tiket sehari lawatan My-Yu Bas untuk ke Katsura Beach. My-Yu Bas adalah bas persiaran yang singgah di beberapa tempat menarik di Kochi dengan tiket sehari perjalanan. Kami cuma singgah di beberapa tempat sahaja antaranya Godaisan Park. Dari pelantar yang dibina sedikit tinggi ini kami merakam gambar sebahagian Pulau Shikoku


Kemudian kami singgah di Makino Botanikal Garden. Terdapat kebun bunga di sini. Tiket juga dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan kebun yang tertutup.

Beberapa stesen seterusnya kelihatan tidak menarik perhatian kami. Kami terus ke stesen terakhir iaitu Katsurahama Beach yang merupakan antara tempat tarikan pelancong di Kochi. Di pantai ini terdapat tandas, rumah api, kedai cenderahati, restaurant dan berbagai lagi kecuali surau. Tempat parkir yang luas menunjukkan pantai ini sering menerima lambakan pelancong




Kami berehat di Pantai Katsurahama ini dan menumpang solat di bilik stor Information Centre. Terima kasih kepada petugas Information Centre yang memahami kewajiban kami dan berusaha memenuhi keperluan kami




Kemudian kami pulang semula ke bandar kochi. Malam itu kami bersiar lagi bazaar dan deretan kedai tertutup Bandar Kochi. Sebelum beradu kami berkemas untuk berangkat ke Bandar Tottori esok hari. 

Saya mungkin akan datang lagi ke Pulau Shikoku di masa akan datang jika ada rezeki. Banyak tempat menarik dan trek gunung di Pulau Shikoku yang ingin saya jejak. Masa itu jika ada rezeki mungkin akan menaiki kereta sewa pandu sendiri. Semoga ada rezeki nak datang lagi. Terima kasih Allah











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/12/bercuti-ke-pulau-shikoku-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trekking Di Nakatsu Gorge Di Pulau Shikoku

Trekking Di Nakatsu Gorge Di Pulau Shikoku

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 176 hits
Hari ketiga percutian saya dan seorang teman di Jepun kami berdua merancang trekking di Nakatsu Gorge Inilah tujuan utama saya ke Pulau Shikuko Dari pembacaan saya perjalanan ke Jurang Nakatsu ini dari bandar Kochi agak jauh dari jalur kere...
Pulau Pinang Kedah Perak Exploring Geo Arkeo And Unesco Site For Northern Region

Pulau Pinang Kedah Perak Exploring Geo Arkeo And Unesco Site For Northern Region

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 235 hits
Exploring Geo Arkeo And UNESCO Site For Northern Region Sekiranya rajin memerhati kita akan nampak bahawa negara kita ini kaya dengan sejarah dan keindahan ibarat butiran permata yang jatuh bertebaran tertanam minta digilap Kita ada benda b...
Mgnews Kehilangan Kedaulatan Ke Atas Pulau Batu Puteh Satu Pengkhianat

Mgnews Kehilangan Kedaulatan Ke Atas Pulau Batu Puteh Satu Pengkhianat

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 177 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehilangan hak dan kedaulatan ke atas Batu Puteh dianggap satu tindakan pengkhianatan besar kepada negara
Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 232 hits
GEORGE TOWN Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Madani memberi penjelasan berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tular baru baru ini Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohama...
Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 177 hits
Malaysiakini nbsp Seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Dr Mahathir Mohamad supaya disiasat berhubung keputusannya berhubung isu Pulau Batu Puteh Mohd Puad Zarkashi berkata bekas perdana menteri itu perlu didakwa di mahkamah untuk mem...
Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 153 hits
Saya terjumpa kedudukan gunung ini semasa saya mencari info tentang Iya Kazurabashi Bridge Sebenarnya saya lebih tertarik untuk melalui jambatan akar suami isteri Iya Kazurabashi dan Oku Iya di Lembah Iya ini Setelah membaca mengenai jambat...
Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 185 hits
Pempengaruh Kim Seri 39 yang kini berdepan dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan kendaliannya menafikan dia sudah melarikan diri ke Jepun sebaliknya dia mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri menjelaskan bahawa dia telah m...
Syarikat Jepun Hasilkan Minyak Pelincir Perlumbaan Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Dunia

Syarikat Jepun Hasilkan Minyak Pelincir Perlumbaan Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 270 hits
Syarikat pengeluar minyak pelincir dari Jepun Idemitsu Kosan telah memperkenalkan apa yang didakwanya sebagai minyak enjin lumba pertama di dunia yang dibuat dengan lebih daripada 80 bahan mentah berasaskan tumbuhan dalam minyak asasnya Min...
Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 325 hits
Pempengaruh Malaysia Kim Seri menafikan bahawa dia melarikan diri ke Jepun susulan kes penipuan membabitkan pakej pelancongan miliknya yang kini sedang menjadi bualan hangat Menerusi Instagram story pempengaruh berusia 39 tahun itu memaklum...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Importance Of Domain Valuation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan