Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku


 
Saya terjumpa kedudukan gunung ini semasa saya mencari info tentang Iya Kazurabashi Bridge. Sebenarnya saya lebih tertarik untuk melalui jambatan akar suami isteri Iya Kazurabashi dan Oku- Iya di Lembah Iya ini. Setelah membaca mengenai jambatan gantung ini saya terjumpa cerita Gunung Tsurugi yang juga terletak di hujung jalan sehala jambatan gantung di Iya Valley. Masalah saya untuk mendaki gunung ini adalah menyusun perjalanan menggunakan pengangkutan awam yang agak terbatas. Setelah pulang dari trekking di Nakatsu Gorge semalam, saya ke Information Center di bandar Kochi untuk mendapatkan jadual bas ke Minokoshi kerana saya cuma mengetahui bilangan bas dalam sehari dan cara menuju ke Minokoshi.

Pagi itu kami menaiki keretapi menuju ke Oboke seawal jam 08:00 pagi dari Kochi. Kami sampai di Oboke pada jam 08:50 pagi. Kemudian kami menaiki bas dari Oboke ke Kubo pada jam 08:58 dan sampai di Kubo pada jam 10:16 minit. Kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki bas dari Kubo ke Minokoshi pada jam 10:20 dan sampai di Minokoshi pada jam 11:10 pagi. Bas dari Oboke ke Kubo sebanyak empat kali sehari manakala dari Kubo ke Minokoshi pula dua kali sehari. Untuk ke Minokoshi dengan pengangkutan awam, kita perlu mendapatkan jadual perjalanan terlebih dahulu kerana pada hari-hari tertentu, bas tidak beroperasi. Di Minokoshi, kami menaiki Chairlift hingga ke pertengahan trek Gunung Tsurugi

 Pengunjung mempunyai pilihan untuk ke puncak Gunung Tsurugi, samada mendaki dari Minokoshi hingga ke puncak atau menaiki Chairlift berbayar hingga pertengahan jalur di ketinggian 1750 mdpl dan melanjutkan baki perjalanan hingga ke puncak dengan mendaki. Kami memilih pilihan kedua memandangkan kami mengejar masa. Menaiki Chairlift sekitar 15 minit hingga ke stesen atas 1750 mdpl, kami kemudian memulakan trekking sekitar jam 11:40 pagi





Gunung Tsurugi merupakan gunung kedua tinggi di Pulau Shikoku. Jalur menuju puncak memapar pemandangan yang sangat indah pada penglihatan saya. Semasa kami mendaki pada awal November 2024, daun-daun kuning kemerahan sudah mula gugur dari pohon. Kami mendaki secara santai sekitar sejam untuk sampai ke puncak Gunung Tsurugi di ketinggian 1955 mdpl




Kami berhenti beberapa kali sepanjang pendakian. Sambil merehatkan badan, kami merakam gambar di jalur yang cantik ini. Seperti biasa, Negara Jepun mengekalkan jalur gunung yang bersih dan terjaga. Gunung Tsurugi termasuk dalam senarai 100 puncak gunung terkenal di Jepun 




Sampai di atas, terdapat pondok, warong, tandas dan jalur pelantar papan mengambil alih hingga ke papan tanda Puncak Gunung Tsurugi. Puncaknya yang luas seperti padang memberi peluang pendaki berehat semahunya di merata tempat dengan selesa. Tambahan pula setiap sudut memaparkan pemandangan indah



Kami sampai ke puncak Gunung Tsurugi setelah hampir sejam mendaki secara santai. Di puncak terbuka ini kami melihat pemandangan 360 darjah. Bangku-bangku kayu dibina untuk pendaki berehat sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Maha Pencipta sambil disapa angin yang nyaman. Terdapat papan tanda yang menunjukkan hala menuju puncak-puncak lain di Banjaran Shikoku Mountain ini. 



Keterujaan saya untuk mendaki ke puncak-puncak lain melonjak setelah sampai di puncak Gunung Tsurugi. Sayup-sayup kelihatan jalur membelah padang rumput menghala ke puncak-puncak lain di Banjaran Shikoku Mountain ini. Namun memandangkan masa yang terhad keinginan itu menimbulkan azam jika ada rezeki untuk datang lagi di masa akan datang


Tidak berlama-lama berehat di atas kami bergerak turun kerana mengejar jadual bas kedua dari Minokoshi ke Kubo pada jam 14:45 petang. Kami melangkah turun hingga ke stesen Chairlift seperti kami datang tadi. Sampai stesen bawah Chairlift, kami menunaikan solat di kawasan tapak parkir yang agak tersorok memandangkan tidak terdapat surau di kaki gunung ini





Setelah menaiki bas dari Minokoshi ke Kubo, kami kemudian meneruskan perjalanan menaiki bas dari Kubo ke Oboke seterusnya menaiki keretapi dari Oboke ke Bandar Kochi melalui cara yang sama kami datang tadi. Kerana kesuntukan masa dan masalah kenderaan awam yang terhad, tujuan asal saya ke Iya Valley tidak tertunai antaranya singgah di Iya Onsen, Statue of peeing boy dan jambatan akar Iya Kazurabashi yang terletak di antara Oboke ke Kubo. Manakala dari Kubo ke Minokoshi, kami juga tidak berpeluang singgah di jambatan gantung Oku-Iya dan Nagoro Scarecrow Village, sebuah kampung yang di penuhi patung-patung orang menggantikan penduduk asal yang berkurangan kerana berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Tokyo. Walaupun saya sedikit seram semasa pemandu bas memberitahu kami sampai di Nagoro Scarecrow Village dan beberapa penumpang turun untuk melakukan aktiviti mendaki di kampung bergunung ganang ini. Saya jugak berharap untuk datang trekking di sini jika ada rezeki di masa akan datang. Mungkin masa itu saya akan mendaki Gunung Miune yang bermula di Nagoro Village ini. Kunci perjalanan jika ingin menerokai Pulau Shikoku adalah menyewa kereta pandu sendiri. Harap boleh datang lagi ke Pulau Shikoku. Terima kasih Allah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/12/mendaki-gunung-tsurugisan-di-shikoku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trekking Di Nakatsu Gorge Di Pulau Shikoku

Trekking Di Nakatsu Gorge Di Pulau Shikoku

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 155 hits
Hari ketiga percutian saya dan seorang teman di Jepun kami berdua merancang trekking di Nakatsu Gorge Inilah tujuan utama saya ke Pulau Shikuko Dari pembacaan saya perjalanan ke Jurang Nakatsu ini dari bandar Kochi agak jauh dari jalur kere...
Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 164 hits
Saya dan seorang teman singgah bercuti di Pulau Shikoku ini selama lima hari dalam percutian selama 14 hari kami di Jepun pada pertengahan November 2024 Hari pertama kami sampai di bandar Kochi dari Kobe agak lewat petang Kami menginap di L...
Wajib Tahu Ini 11 Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara

Wajib Tahu Ini 11 Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 132 hits
Di manakah terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara Adakah gunung lain yang mampu menandingi ketinggian Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah Kalau anda nak tahu sebenarnya Gunung Kinabalu berada di tempat ketiga dalam s...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

Allah Sudah Aturkan Rezeki Setiap Hambanya

Panduan Cara Menggunakan Bawang Putih Untuk Kawalan Perosak

Jasa Pembuatan Gerobak Keliling Menggunakan Sepeda Listrik

Tiga Warga Indonesia Cedera Dalam Kejadian Amuk Di Trusan

Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68