Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum



GEORGE TOWN – Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Madani memberi penjelasan berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak yang tular baru-baru ini.
Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan turut mempersoal kenyataan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyatakan titah adendum daripada Sultan Pahang, ketika baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah khabar angin, telah menimbulkan tanda tanya.
“Secara logiknya, adakah Datuk Nizar Najib berani mereka-reka titah daripada sultan? Sekiranya titah ini telah diberikan pada 29 Januari lalu mengapa ia disorok dan dinafikan oleh kerajaan sekarang?
“Maka jelaslah kerajaan derhaka terhadap titah sultan selain tindakan mereka bertentangan dengan rukun negara kedua dan keempat iaitu Kesetian kepada raja dan negara serta kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Muhammad Fawwaz, kerajaan sekarang juga dilihat membelakangkan prinsip perjuangan mereka yang menjunjung keadilan kepada semua pihak dalam mendapatkan pembelaan.
“Dalam kes ini, bekas perdana menteri (Najib) telah dinafikan haknya dalam mendapatkan pembelaan, malah dengan beraninya kerajaan sekarang cuba untuk mengganggu urusan perundangan.
“Oleh itu, Pas Pulau Pinang mendesak kerajaan tampil menyatakan hal sebenar dan membenarkan perintah adendum ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najilo Razak memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya bagi menyokong dakwaannya tentang kewujudan Titah adendum diraja yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa permohonan tersebut difailkan pada 3 Disember lepas.
Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan bersalah atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib. Namun, hukuman itu dikurangkan kepada enam tahun penjara, manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada 2 September 2022.
sumber : MalaysiaGazette
The post Pas Pulau Pinang desak kerajaan dedah isu titah adendum appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/08/pas-pulau-pinang-desak-kerajaan-dedah-isu-titah-adendum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 134 hits
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum Isu Titah Adendum DYMM SPB YDP Agong ke XVI Al Sultan Abdullah yang memberikan kelegaan hukuman kepada DS Najib dengan menjalani hukuman tahanan di rumah bagi baki hukuman penja...
Adun Pas Pulau Pinang Sedang Dirawat Di Hospital

Adun Pas Pulau Pinang Sedang Dirawat Di Hospital

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 126 hits
Bernama nbsp Ketua Pembangkang Pulau Pinang sedang dirawat di hospitalGEORGE TOWN Ketua Pembangkang Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff sedang menerima rawatan Hospital Pulau Pinang sejak semalam selepas mengadu kurang sihat dan mengalami te...
Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 187 hits
Jelas pandangan PAS dalam isu Pulau Batu Putih boleh di anggap tidak berprinsip dan ianya lebih kepada kepentingan mereka Semasa bersama Kerajaan PNkhianat 33 bulan mereka menyokong tindakan yang di ambil kepada PNkhianat sehingga hilangnya...
Pas Patut Berhenti Main Isu Perkauman

Pas Patut Berhenti Main Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 74 hits
Sekarang selepas tak berkawan lagi dengan Dap Pas marah betul dengan Dap Bahkan sangat marah Dulu semasa berkawan pemimpin Pas sanggup peluk pemimpin Dap Setelah tak berkawan Pas sanggup bawa cerita tak betul tentang pemimpin Dap Sepatutnya...
Lepak Makan Makan Di Restoran Nasi Kandar Haleesya Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Lepak Makan Makan Di Restoran Nasi Kandar Haleesya Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 131 hits
Restoran Nasi Kandar HaleesyaNasi Kandar Haleesya ni terletak di Pusat Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang Ni kira port baru la untuk lepak Restoran ni standard macam restoran mamak yang lain la dari segi menu menu yang ada kat sini Ada...
Restoran Resepi Hatyai Bandar Setia Fontaines Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Resepi Hatyai Bandar Setia Fontaines Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 81 hits
Restoran Resepi HatyaiRestoran Resepi HatyaiJangan keliru geng Ni bukan di Hatyai ya Walaupun nama restoran ni restoran Resepi Hatyai tapi lokasi ni restoran ni adalah terletak di Bandar Setia Fontaines Kepala Batas Pulau Pinang Ni kira kaw...
Rumah Mampu Milik Madani Pulau Pinang Pm Anwar Saksi Perjanjian Demi Rakyat

Rumah Mampu Milik Madani Pulau Pinang Pm Anwar Saksi Perjanjian Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 146 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI di ibu negara pada Selasa Foto BernamaKUALA LUMPUR 10 Dis Menyedari pentingnya menyediakan rumah ma...
Takut Masuk Jel Ya Pas Tuntut Tiga Jawatan Menteri Jika Zahid Bekerjasama Tubuh Kerajaan Baharu

Takut Masuk Jel Ya Pas Tuntut Tiga Jawatan Menteri Jika Zahid Bekerjasama Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 119 hits
HarapandailyNovember 26 2024Meskipun pembangkang menafikan usaha mereka untuk membentuk kerajaan namun maklumat mengenai barisan Jemaah Menteri yang akan diketengahkan bocor juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membua...
Adun Pas Terengganu Langgar Titah Sultan Buat Kuliah Di Masjid

Adun Pas Terengganu Langgar Titah Sultan Buat Kuliah Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 89 hits
SITI NUR ZAWANIPoster kuliah pagi di sebuah masjid di Terengganu yang dihadiri seorang ahli politik Pas bergelar wakil rakyat mengundang pertikaian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sebelum ini telah menyampaikan titah Sultan Te...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150