Travelogue Thailand Part 4 Phatthalung Nhanmoddang Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam hari raya diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan. Sebelum ini kisah travelogue aku bersama rakan-rakan blogger ke Thailand terhenti sehingga ke bahagian 3. Kali ini aku akan menyambung semula untuk bahagian ke empat. Di bahagian ke empat ini aku akan ceritakan tentang hari ke tiga di mana pelbagai aktiviti menarik dan tempat menarik kami singgah dan lawati. ✌😎
TRAVELOGUE THAILAND : [PART 4] PHATTHALUNG - NHANMODDANG RESORT



11.15 PAGI
Setelah sarapan dan check out dari Sri Parkpra Resort, lokasi berikutnya adalah Varni Southern Wickery atau dikenali juga sebagai Varni Craft. Masih ladi didalam wilayah Phatthalung, Varni Craft ini merupakan sebuah pusat kraftangan yang menawarkan pengalaman melihat dan membeli barangan kraftangan berasaskan pokok Krajood atau di Malaysia dikenali dengan nama Kercut.


Di sini kami dapat melihat dan membuat sendiri anyaman Krajood ini. Demonstrasi dilakukan dan alhamdulillah aku dapat ikut dengan  baik. Walaupun agak lambat berbanding mereka yang profesional.


Selain itu, terdapat pelbagai pilihan beg yang anda boleh hias sendiri atau DIY ( Do It Yourself. ) Aku macam biasa, hanya menghias dengan meletakkan huruf yang membentuk perkataan AERILL dan KHAI.


Yang lagi menarik, di sini juga terdapat Homestay! Homestay yang ditawarkan disini sangat menarik kerana mempunyai pemandangan indah, kolam yang cantik dan anda boleh belajar membuat bahan kraftangan dengan lebih lama. Harga bagi bilik di homestay ini adalah sekitar 1,200 -1,800 Baht termasuk sarapan untuk dua orang dan hadiah percuma.


LOKASI

Facebook : Varni CraftAlamat : Thale Noi, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, ThailandTelefon : +66 74 610 415

12.45 TENGAH HARI

Setelah berhempas pulas belajar membuat kraftangan, lokasi seterusnya adalah di Kanomwaan Pakee atau Thai Dessert Shop (Aunt Kie). Di sini kami mencuba pelbagai manisan unik dan sedap yang belum pernah dijumpai di Malaysia.


Manisan yang disediakan dan dihidangkan disini dijual pada harga yang sangat murah iaitu hanya THB10 sahaja atau bersama RM1.30 sahaja! Sangat murah! Kalau di Malaysia, jarang atau susah nak jumpa kedai manisan yang menjual dengan harga sebegini. Kalau ada mungkin harganya RM3 ke atas. Kalau dibawah mungkin dikawasan kampung-kampung dan sebagainya.


LOKASI

Alamat :  Makok Nuea, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand
Telefon :  +66 85 893 8739
Waktu Operasi : 10am–6pm

1.45 PETANG

Walaupun perut masih terisi dengan pelbagai makanan, lokasi berikutnya selepas menikmati manisan yang sedap adalah Roywann Farmstay. Apa yang kami lakukan di sini? Pertama adalah untuk menikmati makan tengahhari dan keduanya adalah untuk melawat kawasan sekitar Roywann Farmstay.

Kali ini kami makan tengahhari bersebelahan dengan sungai. Agak menarik kerana pinggan yang disediakan adalah pinggan yang bukan seperti pinggan biasa. Menggunakan bahan semulajadi ya!


Berkenaan menu pula, semuanya sangat sedap dan ada beberapa lauk yang tak pernah dicuba lagi! In shaa Allah aku akan ulas lebih lanjut dalam artikel review makanan di Roywann Farmstay nanti.


Bila sebut Farmstay, pastinya terdapat chalet atau homestay untuk anda yang berminat untuk menginap disini. Aku menjangkakan suasana di waktu malam dan pagi pastinya sangat nyaman kerana lokasi Roywann Farmstay ini terletak di dalam hutan dan berdekatan dengan sungai.



3.45 PETANG
Setelah penat makan-makan dan sempat jugalah tidur beberapa jam di dalam van, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan dan aktiviti seterusnya iaitu di Nhanmoddang Resort.



Masih terletak dalam wilayah Phatthalung, selain menjadi tempat penginapan kami untuk malam tersebut, disini juga adalah lokasi untuk aktiviti seterusnya. Nak tau aktiviti apa? Teruskan membaca ya


Okay, sebelum bercerita tentang aktiviti seterusnya, aku nak ceritakan tentang tempat penginapan atau resortnya terlebih dahulu. Setiap bilik yang ditawarkan, rekabentuknya sangat unik iaitu menyerupai perdu atau pangkal pokok. Kemudian terdapat pintu dan bila kita masuk ke dalam, memang sangat cantik dan menarik. Mempunyai kawasan katil dan ruang mandi atau tandas sahaja. Wifi disini pula jangan risau sebab memang laju ya

LOKASI


Alamat :  Rural Road Phatthalung 3140, ป่าพะยอม Pa Phayom District, Phatthalung 93110, Thailand
Laman Web : nhanmoddang.com
Telefon : +66 81 082 0206

4.00 PETANG
Ha, kali ini barulah aku nak cerita tentang aktiviti di sini. Setelah menukar baju dan menyediakan peralatan dan sebagainya, kami berkumpul di kawasan hadapan pintu masuk Nhanmoddang Resort ini untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu water rafting.


Pengalaman kali pertama aku melakukan aktiviti sebegini. Kalau sebelum ni di Malaysia, aku pernah buat aktiviti tubing sahaja. Aktiviti ini akan melalui sungai yang cantik sepanjang 5 kilometer dan mengambil masa selama 2 hingga ke 3 jam sahaja.


Sepanjang melakukan aktiviti ini kita boleh lihat kawasan sekitar sungai ini. Ada kalanya boleh lihat sungai yang penuh dengan rumpai. Ada juga kawasan sungai yang airnya deras dan berbatu-batu. Kesian pulak aku tengok remaja yang mengayuh kayak ni. Apa-apapun aktiviti ini memang berbaloi

7.30 PETANG
Seperti biasa, selepas melakukan aktiviti tadi, badan agak penat sebenarnya. (Walaupun sebenarnya tugas kita hanyalah duduk sahaja di atas kayak.) Bila badan penat, jadi perkara yang terbaik adalah masa untuk makan.



Ini adalah beberapa gambar makanan dan menu yang disediakan pada malam tersebut. Memang banyak ya makanan yang disediakan. Antara menu yang aku suka adalah tomyam dan juga sayur manis. Memang sedap.


Diwaktu ini baru aku sedar kebanyakan aktiviti dihabiskan dengan makan. Aku jugak perasan yang berat badan dah semakin naik. Tapi nak buat macam mana, bila berada di tempat yang sememangnya syurga makanan, tak dapat nak tolak ya!

9.30 MALAM

Sebelum masuk tidur dan berehat di bilik sambil menikmati kelajuan wifi dan siaran televisyen, kami sempat juga ke 7-Eleven yang terdekat. Sebenarnya di hadapan pintu masuk resort ini terdapat satu mesin 7-Eleven. Nampak unik ya, sebab di Malaysia rasanya tiada lagi mesin sebegini.


Bila masuk ke dalam 7-Eleven di Thailand, pastinya rambang mata kerana pelbagai barang menarik yang dijual. Saiz kedainya juga lebih besar berbanding di Malaysia. Memang kalau bawa banyak duit aku dah borong bermacam-macam barang dah

7.00 PAGI
Seawal 7 pagi kami bersarapan di resort. Disebabkan aku masih kenyang kerana makanan yang sangat banyak malam semalam. Aku hanya melihat kawasan sekitar sahaja.

Tepat jam 9 pagi pula kami check out dan bertolak ke lokasi seterusnya pula. Untuk lokasi berikutnya aku akan ceritakan dalam bahagian 5 pula ya. Terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel ini

BACA JUGA 👇
Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To SatunTravelogue Thailand : [Part 2] Satun - Prasad Hin Punyod TourTravelogue Thailand : [Part 3] Phatthalung - Sri Parkpra Resort & Thale Noi

#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand
Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/05/travelogue-thailand-part-4-phatthalung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 1 Menaiki Keretapi Ke Bangkok

Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 1 Menaiki Keretapi Ke Bangkok

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 405 hits
Hai semua jumpa lagi setelah lama tak update blog huhuhuWelcome to ThailandIni merupakan kali ketiga saya travel ke negara GAJAH putih Thailand iaitu pada minggu lepas selama 7 hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik bermula 10 hingga...
Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 2 Chatuchak Weekend Market Bangkok

Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 2 Chatuchak Weekend Market Bangkok

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 403 hits
Chatuchak Weekend Market atau Jatujak Weekend Market atau JJ Market adalah pasar paling besar di Thailand yang terletak di Kamphaeng Phet 2 Road Chatuchak Bangkok Lebih 8000 gerai ada di sini yang dibahagikan kepada 27 bahagian Barang baran...
The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 238 hits
MP SPEAKS Politics it seems is back not that it has ever left us There are many paths for Pakatan Harapan to choose However I do think there are three mistakes that we need to avoid 1 Harapan cannot wait for PN to implodeFirst we cannot rel...
Belajar Html Part 16 Membuat Textarea Di Html

Belajar Html Part 16 Membuat Textarea Di Html

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 408 hits
Selamat datang di artikel belajar HTML dasar untuk pemula bagian 16 yaitu cara membuat textarea di HTML Pada bagian ini kamu akan mengenal apa itu textarea dan bagaimana cara membuat textarea di HTML Pengertian Textarea Textarea adalah wada...
Ulasan Filem Bhoot Part One The Haunted Ship

Ulasan Filem Bhoot Part One The Haunted Ship

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 337 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Bhanu Pratap SinghPelakon Vicky Kaushal Ashutosh Rana Meher VijDirancang untuk dijadikan francais seakan MCU DCEU mahupun Monsterverse cita cita francais Bhoot dari Dharma Production ni memang tinggi Sebab itu sebe...
3 Kes Baharu Covid 19 Di Thailand

3 Kes Baharu Covid 19 Di Thailand

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 273 hits
3 kes baharu Covid 19 di Thailand Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 May 2020 11 30PM
Covid 19 Thailand Jangka Vaksinnya Sedia Diguna Tahun Depan

Covid 19 Thailand Jangka Vaksinnya Sedia Diguna Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 264 hits
BANGKOK 20 Mei Thailand negara pertama yang melaporkan kes COVID 19 di luar China menjangkakan vaksin yang dibangunkannya sedia untuk digunakan menjelang tahun depan Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID 19 Thaweesilp Wissanuyothin berk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah