Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 1 Menaiki Keretapi Ke Bangkok


Hai semua...jumpa lagi setelah lama tak update blog...huhuhuWelcome to Thailand
Ini merupakan kali ketiga saya travel ke negara GAJAH putih, Thailand iaitu pada minggu lepas selama 7 hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik bermula 10 hingga 16 Disember 2016, Sabtu - Jumaat. Travel kali ini boleh dikatakan secara 'backpacking' kerana dari hari pertama sehingga hari ke-6, perjalanan saya, suami dan seorang kawan menggunakan pengangkutan awam dan backpack luggage. Selain jimat bajet, boleh jugak amik feel backpackers sikit-sikit.

Untuk entri part 1, saya rumuskan pengangkutan yang saya gunakan bermula dari Kuala Lumpur ke Bangkok, kemudian ke Kanchanaburi dan seterusnya ke Lopburi kemudian berpatah balik ke Bangkok.


PENGANGKUTAN KE BANGKOK - KANCHANABURI - LOPBURI

1. KL SENTRAL - PADANG BESAR

Kami menaiki tren ETS dari KL Sentral lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Padang Besar kira-kira jam 12.10 tengah hari seperti yang dijadualkan oleh KTMB. Tambang RM80 seorang.

Tiket tren ETS boleh dibeli melalui cara berikut :
Beli di kaunter tiket stesen KTMB atau Komuter berdekatan Beli secara online di KTMB Online TicketingBeli menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintarBeli melalui agen tiket berdaftar. Boleh rujuk DI SINIJadual tren ETS adalah seperti berikut: [KLIK DI SINI] GEMAS - PADANG BESAR


2. PADANG BESAR - HAT YAI, THAILAND

Dari stesen KTMB Padang Besar boleh guna shuttle train ke Hat Yai, Thailand. Shuttle train Hat Yai - Padang Besar/ Padang Besar - Hat Yai ada 2 sahaja trip sehari.

Trip 1 dari Padang Besar : 9.55 pagi, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.
Trip 2 dari Padang Besar : 3.40 petang, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.

Malangnya kami memilih menaiki kereta ke Hat Yai, Thailand kerana semangat kami yang berkobar-kobar dan rasa seperti tak boleh bersabar lagi untuk tunggu tren 3.40 ptg untuk segera sampai ke Bangkok. Kami ambil kereta yang memang sedia menunggu penumpang di luar pintu pagar stesen KTMB Padang Besar. Tambang THB1000 satu kereta setelah negotiate habis-habisan.

Di sempadan Malaysia - Thailand
3. HAT YAI - BANGKOK, THAILAND

Dari stesen keretapi Hat Yai, Thailand [HADYAI JUNCTION], banyak pilihan tren boleh ambil:
Tren No. 170, RAPID, depart time 1445, arrival time 0900 next dayTren No. 172, RAPID, depart time 1539, arrival time 0915 next dayTren No. 42, SPX DRC, depart time 1623, arrival time 0555 next day [*PALING LAJU]Tren No. 38, SP EXPRESS, depart time 1810, arrival time 1010 next dayTren No. 32, SPX, depart time 1845, arrival time 1030 next day*Tapi tren ni takde coach tempat tidur, lain-lain tren ada sleeping berth (katil tempat tidur)

Kami ambil tren no. 170 kerana kami tiba awal di Hat Yai lebih kurang 1.30 petang waktu Thai. Waktu Thailand adalah SATU JAM LAMBAT banding dengan Malaysia atau waktu Malaysia CEPAT SATU JAM banding waktu Thailand. Tambang THB825 untuk lower berth (katil bawah), THB755 untuk upper berth (katil atas).

Saya memang suka menggunakan keretapi kerana 'feel'nya lain dari yang lain. Kita bebas untuk bergerak, kalau nak makan boleh ke kantin, kalau tak nak ke kantin, tunggu sahaja makcik2/abang 2 penjual-penjual datang ke coach dengan barang jualan masing-masing. Dalam tren ini juga disediakan plug point untuk mengecas HP/gajet, tetapi kita perlu sediakan universal plug adapter.

The Train Hotel, Hadyai Junction Railway StationTren No.170, Hat Yai to BangkokTempat duduk sebelah siang hari
Tempat duduk akan disiapkan untuk menjadi katil tempat tidur pada sebelah malam hari

4. BANGKOK - KANCHANABURI

Kami bermalam satu malam di Bangkok sebelum bertolak ke Kanchanaburi. Dari Bangkok ke Kanchanaburi, kami mengambil bas di Bangkok Bus Terminal [Sai Tai] ke Kanchanaburi Bus Terminal dengan tambang THB110 seorang. Tiket dibeli di kaunter 79-80. Bas bertolak jam 10.30 pagi dan tiba di Kanchanaburi Bus Terminal kira-kira jam 1.17 tengah hari.

Boleh juga guna keretapi ke Kanchanaburi dari Bangkok tetapi perlu naik di stesen keretapi Thonburi mengikut pilihan tren seperti berikut:
Tren 257, ORDINARY, depart time 0750 from THONBURI station, arrival time 1025 Tren 259, ORDINARY, depart time 1355 from THONBURI station, arrival time 1626Route tren ini akan bermula di THONBURI-SALAYA-NAKHORNPATHOM-KANCHANABURI - melalui RIWER KWAI BRIDGE dan berakhir di NAMTOK station.






5. KANCHANABURI - LOPBURI

Dari Kanchanaburi, kami menaiki bas ke Suphanburi dengan tambang THB50 seorang. Bas henti-henti tanpa aircond. Dari Suphanburi kami menaiki minibas/minivan dengan tambang THB80 seorang sehingga ke Ayutthaya. Dari Ayutthaya sekali lagi kami menaiki minivan juga dengan tambang THB80 seorang sehingga ke stesen keretapi Lopburi. Perjalanan dari Kanchanaburi ke Lopburi mengambil masa kira-kira 3 jam setengah.

Bas tanpa hawa dingin tapi kami ok jer
Minibas/minivan berhawa dingin. Tak perlu tunggu lama kerana penumpang cepat penuh
Merentasi 3 wilayah di Thailand
6. LOPBURI - BANGKOK

Dari stesen keretapi Lopburi, kami menaiki tren no.112, RAPID, third class coach dengan tambang THB50 seorang. Tren bertolak jam 1439 dan tiba di Bangkok Railway Station jam 1800.

Lopburi station, ordinary train

7. BANGKOK - KUALA LUMPUR

Hanya 2 jam perjalanan dari Don Muaeng International Airport, Bangkok, Thailand ke KLIA2, Malaysia. Hahaha...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2016/12/thailand-bangkok-kanchanaburi-lopburi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 2 Chatuchak Weekend Market Bangkok

Trip To Thailand Bangkok Kanchanaburi Lopburi Part 2 Chatuchak Weekend Market Bangkok

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 373 hits
Chatuchak Weekend Market atau Jatujak Weekend Market atau JJ Market adalah pasar paling besar di Thailand yang terletak di Kamphaeng Phet 2 Road Chatuchak Bangkok Lebih 8000 gerai ada di sini yang dibahagikan kepada 27 bahagian Barang baran...
Trip To Thailand Memandu Kereta Ke Krabi

Trip To Thailand Memandu Kereta Ke Krabi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 728 hits
Saya nak sambung kisah saya dan suami bercuti ke Krabi pertengahan bulan Disember tahun lepas Saya ada tulis dalam entri sedikit sebanyak tentang Krabi dari segi geografinya Ramai orang ke Krabi dengan menaiki kapal terbang Perjalanannya le...
Travelogue Thailand Part 4 Phatthalung Nhanmoddang Resort

Travelogue Thailand Part 4 Phatthalung Nhanmoddang Resort

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 397 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSalam hari raya diucapkan buat semua pembaca dan rakan rakan Sebelum ini kisah travelogue aku bersama rakan rakan blogger ke Thailand terhenti sehingga ke bahagian 3 Kali ini aku akan menyambung semula unt...
Trip To Thailand Krabi

Trip To Thailand Krabi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 383 hits
Tahun ini saya memilih Krabi Thailand sebagai tempat bercuti dan menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami akan bertolak ke sana Wah Tak sabar betul rasanya KRABI THAILANDKrabi merupakan ...
Thailand Cadang Perintah Darurat Dilanjut Sebulan Hingga 30 Jun

Thailand Cadang Perintah Darurat Dilanjut Sebulan Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 261 hits
BANGKOK Majlis Keselamatan Thailand hari ini mencadangkan perintah darurat dilanjutkan sehingga 30 Jun ini untuk mengekang penularan Covid 19 secara berkesan di negara itu Ketika Thailand terus mencatatkan bilangan rendah kes baru Covid 19 ...
Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Lagu Hutang Part 2

Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Lagu Hutang Part 2

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 437 hits
Memanda Fasola tikam di tapak kakinyaDah memang kau salah ku taboh kau pon tak apaTahukah anda kisah di sebalik lagu Hutang yang popular itu oleh kumpulan Floor88 Ini sambungan Bahagian 2 Jom tonton animasi ini
Thailand Harap Uji Vaksin Covid 19 Terhadap Manusia Tahun Ini

Thailand Harap Uji Vaksin Covid 19 Terhadap Manusia Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 450 hits
BANGKOK 1 Syawal 1441H Ahad Thailand memulakan percubaan vaksin COVID 19 terhadap monyet pada Sabtu selepas ujian ke atas tikus menunjukkan keputusan positif Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan Nakorn Premsri berkata jika ujian ke atas mony...
Finding Euphoria In Bangkok S Food Scene

Finding Euphoria In Bangkok S Food Scene

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 185 hits
By BY LOUISE PALMBERG from NYT Travel https ift tt 36SOfn1
25 Mahasiswa Ums Asal Thailand Tak Bisa Mudik

25 Mahasiswa Ums Asal Thailand Tak Bisa Mudik

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 245 hits
Meski tak bisa merayakan Idulfitri 1441 Hijriah bersama keluarga mereka tetap bisa berbahagia merayakan hari kemenagan bersama sesama mahasiswa asal Thailand di rumah dinas Rektor UMS Prof Sofyan Anif Senin Selain jamuan makan siang mereka ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura