Ulasan Filem Bhoot Part One The Haunted Ship



Tahun Terbit | 2020Pengarah | Bhanu Pratap SinghPelakon | Vicky Kaushal, Ashutosh Rana, Meher Vij
Dirancang untuk dijadikan francais seakan MCU, DCEU mahupun Monsterverse, cita-cita francais Bhoot dari Dharma Production ni memang tinggi. Sebab itu, sebelum filem ni keluar dan mendapat kritikan lagi, tajuk filem ni sudah pun memberikan hint bahawa filem ni ialah bahagian pertama daripada beberapa lagi bahagian yang bakal terbit.
Bhoot Part One: The Haunted Ship ialah sebuah filem bergenre horror yang diarahkan oleh Bhanu Pratap Singh. Penerbit filem ni pula bukan calang-calang termasuklah Karan Johar yang feymes dengan filem-filem cinta di era 90an. Dan untuk tambah seram, filem ni diinspirasikan dari kisah benar kapal MV Wisdom pada 2011

Filem ni secara basicnya mengisahkan tentang kapal Sea-Bird, sebuah kapal tinggal yang mana hanyut ke pantai Mumbai. Kapal Sea-Bird ni dikatakan berhantu. Dan Pritvi yang mana kehilangan anaknya cuba menyiasat di sebalik kisah seram kapal ini dan menemukan jawapan kepada gangguan aneh di dalam kapal itu

Filem berdurasi hampir 2 jam ini ialah filem tanpa lagu. Filem ni memang 100% horror tanpa ada comic relief. So, korang kena expect yang filem ni memang serius dan perlukan korang untuk keep on screen untuk rasai jump-scare yang ada. Tapi, pada aku, jump-scare filem ni tak banyak mana. Cukup rasa je

One of aspect yang padu di dalam filem ni pada akulah ialah penggunaan CGI. CGI digunaan untuk memaparkan karakter hantu yang boleh aku sifatkan sangat mengagumkan. Aspek ini mungkin menjadikan Bhoot Part One ni antara filem seram yang ada aura baru di dunia Bollywood. Memang seram habis untuk penggunaan CGI

Entah kenapa, interior kapal filem ni seakan-akan mirip filem Ghost Ship. Tapi, penjelasan tentang kenapa interior kapal filem ni seolah-olah tenggelam lama di dasar laut tiada penjelasan. Sepanjang filem, Sea-bird digambarkan sebagai kapal tinggal yang masih berada di atas lautan. Bukannya kapal yang timbul dari laut seperi dalam Ghost Ship

Walaupun dijaja sebagai part one dari francais, Bhoot Part One seakan-akan sebuah filem stand alone yang punya penceritaan yang biasa. Separuh masa pertama filem ni memang padu. Aku cukup suka dengan elemen misteri di masa pertama. Tapi, bila sampai ke separuh masa kedua, filem ni macam jadi filem seram biasa yang hilang rentak

Lakonan Vicky Kaushal memang memuaskan. Namun, aku rasakan yang karakternya cukup sederhana dan tidak padu untuk sebuah filem seram. Ada banyak background wataknya seakan kabur dan gagal menjadikan watak Pritvi ni padu sebagai kesinambungan kepada watak di Part Two, jika ada

Filem Bhoot Part One: The Haunted Ship ni ada cita-cita. Tapi, filem ni ada penceritaan yang biasa dan perkara yang biasa dalam filem Bollywood. Untuk itu, aku tak tahulah sama ada Part Two akan lebih baik daripada filem ini atau sebaliknya. Jika Part Two bawa gaya penceritaan sama, maka francais ni batalkan jelah

Bhoot Part One: The Haunted Ship ni memang enjoyable dengan jump scare dan CGInya. Tapi, di satu dua tempat, filem ni gagal untuk deliver perkara yang baru untuk sebuah francais seram idaman Bollywood. Boleh ditonton, tetapi, abaikan saja Part One dan anggap je filem ni sebagai sebuah filem solo.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2020/06/ulasan-filem-bhoot-part-one-haunted.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem The Forest Of Love

Ulasan Filem The Forest Of Love

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 452 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Sion SonoPelakon Kippei Shiina Shinnosuke Mitsushima Kyoko HinamiJepun nampaknya memang takkan gah kalau taka da filem bercorak thriller dan penuh dengan misteri Netflix pada baru baru ni dah lancarkan siri tv The ...
Hollywood Remake Filem Seram Gonjiam Haunted Asylum

Hollywood Remake Filem Seram Gonjiam Haunted Asylum

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 476 hits
Filem seram found footage dari Korea Selatan Gonjiam Haunted Asylum bakal dibuat semula oleh studio Hollywood Black Box Management and BH Entertainment lapor laman THR Gonjiam Haunted Asylum arahan Jung Bum shik telah ditayangkan pada 2018 ...
Ulasan Filem Kolaiyuthir Kaalam

Ulasan Filem Kolaiyuthir Kaalam

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 483 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Chakri ToletiPelakon Nayanthara Bhumika Chawla Pratap K PothenOrang nak remake diorang pun nak remake Tapi last last tak tahu apa yang nak diremake Itulah yang terjadi kepada sebuah filem tamil bercorak thriller Ko...
Saksikan Trailer Filem Perang Drama The Outpost Lakonan Orlando Bloom Scott Eastwood

Saksikan Trailer Filem Perang Drama The Outpost Lakonan Orlando Bloom Scott Eastwood

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 731 hits
Saksikan trailer filem perang drama The Outpost arahan Rod Lurie yang memaparkan previu pertempuran di Afghanistan Lakonan Orlando Bloom dan Scott Eastwood Filem ini akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai akan datang Buat masa in...
The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 247 hits
MP SPEAKS Politics it seems is back not that it has ever left us There are many paths for Pakatan Harapan to choose However I do think there are three mistakes that we need to avoid 1 Harapan cannot wait for PN to implodeFirst we cannot rel...
Alat Kawalan Dan Set Fon Kepala Edisi Terhad The Last Of Us Part Ii Bakal Tiba Di Malaysia

Alat Kawalan Dan Set Fon Kepala Edisi Terhad The Last Of Us Part Ii Bakal Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 498 hits
PlayStation Asia hari ini membuat pengumuman mengenai akesori yang bertemakan The Last Of Part II bakal hadir ke Malaysia Aksesori seperti alat kawalan dan set fon kepala akan mula dijual pada rangka harga dari RM279 sehingga RM449 Malangny...
Set Up One Stop Portal On Penjana Economic Initiatives For The Youth Ngo

Set Up One Stop Portal On Penjana Economic Initiatives For The Youth Ngo

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 318 hits
The government should create an interactive one stop portal for the youth so that they can access all relevant initiatives under the Plan Jana Semula Ekonomi Negara economic recovery plan that was unveiled yesterday said the Malaysia Youth ...
Badut Menakutkan Dari Kotak Dalam Trailer Filem Seram The Jack In The Box

Badut Menakutkan Dari Kotak Dalam Trailer Filem Seram The Jack In The Box

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 519 hits
Bayangkan anda diburu patung badut yang agak ngeri pasti menakutkan bukan TGV Pictures bakal membawakan kepada anda sebuah filem seram berjudul The Jack in the Box anda boleh saksikannya trailer dipemain video dibawah Casey Reynolds seorang...
Ulasan Filem Dangerous Lies

Ulasan Filem Dangerous Lies

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 406 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Michael ScottPelakon Camila Mendes Jessie Usher Elliot GouldDangerous Lies ialah sebuah lagi filem thriller yang aku boleh katakan filem murahan di Netflix Filem yang dibikin tanpa roh dan juga jiwa Dengan kisah ya...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya