Kami sampai agak awal dalam pukul 12 tengahari. Sampai-sampai je terus ternganga kejap. Eh kat luar pun dah lawa, kat dalam macam mana rupa kau ni
Executive Double Suite with Spa BathSebab dapat check-in awal, dapatlah kami tidur sekejap. Bangun-bangun je, suami aku terus isi air dalam jacuzzi dan bawa Nuha terjun. Wah wah wah kau orang berdua. Habis aku ni nak tengok je ke? Memang tak lahhhh!
Bilik ni ada pintu keluar di mana terletaknya jacuzzi dan kerusi untuk lepak-lepak sambil minum petang. Petang lepas main air tu, kami keluar ke Bandar Melaka. Lokasi hotel ni sangat strategik. Very walking distance to the main attraction of Melaka. Jadi tak gaduh nak bawa kereta. Jalan kaki je dah boleh sampai Jonker Street. Along the Melaka River tu, memang banyaklah kedai-kedai makan dan pemandangan yang cantik-cantik. Kalau berjalan juga, korang boleh masuk ke lorong-lorong kecil untuk cari pemandangan yang cantik dan rare untuk bergambar.
Pemandangan di tepi Sungai MelakaKami berjalan jugalah dalam Jonker Street tu sementara hari masih siang. Jonker Street akan ada pasar malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Memang seronok berjalan dalam tu.
Peranakan Place Jonker Street. Halal. Kedai yang sama ada di Nu Sentral Kuala Lumpur dan aku selalu bawa budak training makan kat sana. Just in case korang stuck tak tahu nak makan kat mana kat Jonker Street tu, boleh la dating ke kedai ni. Cari Mee hoon siam dia. Sedap! Datang Melaka ni, ambil gambar jelah sampai memory card kau penuh. 10 kali dating pun tak boring. Itulah yang terjadi kepada aku. Mana pernah merungut datang Melaka ni. Senyum memanjang sebab seronok!
The Baba and his baby wearing. Aku agak bernasib baik sebab suami aku 'suka' baby wearing. Aku boleh lenggang kangkung bawa handbag je. Bukan apa, dia kata biar dia pula ada bonding time dengan Nuha. Iyelah. Bonding time aku dengan Nuha time tengah malam, dia tidur mengeruh. Kehkehkehkeh!Banyak juga gambar cantik-cantik yang kami ambil. Tapi macam biasa, aku bukan sejenis yang tayang muka aku. Jadi ini antara gambar yang terbaik yang aku ada untuk korang. Gambar aku ada dalam IG dengan 6 juta pengikut tu. Pergi check kat sana. 
Pemandangan yang tak pernah bosan
Pertunjukan air kelapa je pun. Tapi bersilat segala. Suka betul Nuha tengok. Suami aku siap buat video call dengan bibik punyalah nak tunjuk.Sebelum makan malam, kami singgah makan cendol dekat Jonker Street tu. Banyak sangat penjual cendol di sana. Pilihlah mana yang berkenan di hati.
Malam tu kami makan biasa-biasa je. Bihun sup dengan nasi lemak. Tapi suami aku beli air tembikai yang blend dan minum dalam buah tembikai tu sendiri. Kemain gedabak.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |