Tempat Menarik Di Melaka The Shore Oceanarium Malacca River
Assalamualaikum & Hi Semua
Tak lama lagi dah kita nak cuti bersempena sambutan raya cina. Ha, korang dah ada plan ke? Kalau takda, sis cadangkan korang boleh lah cuba bawak family, anak-anak or adik-adik datang berjalan ke The Shore Oceanarium , Melaka. Selain daripada dapat berhibur, budak-budak biasanya akan dapat mempelajari sesuatu di sini. Kiranya sambil belajar, sambil berhibur kan seronok gittew
Terletak di Level 2F-01, The Shore Oceanarium yang berada di kawasan Sungai Melaka sangat mudah untuk di jumpai. Kiranya, masuk-masuk sahaja dari lobi, naik escalator or lif ke tingkat 2 , then terus nampak dah. Dan untuk pengetahuan korang The Shore Oceanarium ini dibuka pada setiap hari dari pukul10.30pagi sehingga 9.00malam.
Apa Yang Best di The Shore Oceanarium @ Malacca RiverSampai-sampai sahaja tingkat 2, kami terus menuju ke The Shore Oceanarium. Kemudian beratur seketika untuk membeli ticket sebelum kami di bawa masuk ke sana. Masuk-masuk sahaja boleh pilih sama ada nak bergambar kenangan atau tidak. Terpulang. Gambar yang di ambil biasanya akan dijadikan cenderahati dan boleh dibeli di kaunter cenderahati di luar kawasan The Shore.
So, bila dah masuk ni boleh buat apa je kan? Takkan tengok ikan je? Hee... tidak lah . Banyak benda boleh buat. Antaranya ialah:-
Menyentuh Hidupan Laut & Baby Shark Secara Live!
Bila masuk je dalam oceanarium, memang teruja tengok ikan-ikan dan hidupan laut yang banyak dan bermacam jenis. Dan bila dah masuk, takkan nak tengok je kan? Haruslah rasa nak sentuh. Terutamanya baby shark! Seronok bila dapat belai dan sentuh mereka secara Live.
Menikmati Permandangan Seolah-olah berada di dasar lautan
Di samping suasana yang seolah-olah berada di bawah lautan, aquarium nya bukan sahaja ada di merata-rata, tetapi termasuklah di atas siling. Seolah-olah kita berjalan di dalam sebuah terowong dasar lautan. Heaven je rasa bila nampak ikan pari, jerung berenang-renang atas kepala.
Augmented Reality yang membuatkan kita seolah-olah berada di Alam Fantasy!
Yang ni paling best sebab sis sukakan sesuatu yang fantasi! Nak jadi orang kaya, ikan duyung, tersesat di taman rama-rama ataupun berada di sarang buaya? Ha, semua boleh rasa.
Tayangan 3D Movie Theathre Turtle Adventures 8 in 1 Cinema
Best tayangan ni sebab membuatkan kita seolah-olah rasa macam efek tu real. Dengan deruan angin, buih-buih di lautan dan gegaran yang terasa ketika menonton, rasa macam jerung ikan paus tu keluarlah dari TV
Bergumbira dengan 3D Art
Tak usah pergi jejauh . 3D art pun ada kat sini. Gambar lah cemana pun ikut kreativiti memasing. Banyak lagi gambar, tapi jenuh pulak nak upload. hehe
Neway, itulah antara aktiviti yang sis sempat buat masa berkunjung di The Shore Oceanarium ni. Ada lagi aktiviti lain seperti ocean theater, fun freakish & shark quest yang sis tak sempat buat. Neway, memang enjoy
Harga Ticket HanyaRM33.00 dewasaRM23.50 Kanak-kanak & Senior CitizenOptional Add On:Freeding Frenzy : RM103D Interactive Package : RM10
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
https://www.oceanariummelaka.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2019/01/tempat-menarik-di-melaka-shore.html