Apa yang lebih menariknya, bilik ini mengandungi pelbagai kemudahan yang dapat anda gunakan. namun apa yang paling utama, biliknya cukup luas dan selesa!
Jujur untuk saya katakan yang suasana dalam biliknya cukup selesa dengan ruang yang luas. Sesuai untuk orang Islam nak bersolat juga. Ruang yang mencukupi.
Selain itu juga, di hotel ini terdapat kemudahan lain seperti gymnasium, kolam renang, kedai serbaneka dan pelbagai lagi. Ini kerana hotel ini berhubung dengan pusat membeli belah dibawahnya. Jadi cukup lengkaplah.
Buffet Dinner di The Pearl Kuala Lumpur
Selain itu juga, tidak sah sesebuah hotel tanpa makanan yang enak bukan? Ianya merupakan satu kombinasi lengkap untuuk sesebuah hotel yang hebat untuk mempunyai makanan yang enak untuk disajikan kepada tetamu.
Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak makanan yang telah disajikan kepada para tetamu pada masa tersebut.
Untuk makluman semua, menu yang disajikan berubah setiap musim. Ianya disesuaikan dengan apa jua perayaan ataupun tema yang telah ditetapkan. Sekarang tema makanan yang disajikan adalah bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |