Raih 9a Spm Anak Peng Wal Keselamat N Dedah Rahsianya Fuh Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Baca


PENGORBANAN seorang pelajar yang juga anak kepada pengawal keselamatan menggunakan wang saku sendiri untuk membiayai yuran tuisyen berjumlah RM100 sebulan ternyata berbaloi apabila dia memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar dari Kampung Raja Baran, Chendering, Kuala Terengganu itu antara tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) yang memperoleh semua A dalam SPM yang diumumkan hari ini.
Syed Azli Syed Putra, 18, berkata, dia tidak kisah menggunakan wang sendiri untuk membiayai kelas tuisyen kerana ingin memastikan hasratnya meraih keputusan cemerlang tercapai.

sumber : GPS Bestari
“Selama enam bulan Peneraju Tunas Geliga membiayai yuran tuisyen melalui biasiswa yang diterima namun selepas itu saya terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk terus mengikuti kelas tuisyen.
“Jika diikutkan, bapa ingin membiayainya tetapi kerana mengetahui pendapatan bapa sebagai pengawal keselamatan tidak seberapa selain perlu membiayai perbelanjaan kakak dan abang yang masih mengikuti pengajian di universiti membuatkan saya rela berkorban.
“Saya bersyukur kerana keputusan untuk terus mengikuti kelas tuisyen dengan membayarnya sendiri berbaloi apabila berjaya meraih keputusan cemerlang ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Keputusan SPM di SMKSS, hari ini.
Syed Azli berkata, keazaman untuk mengikuti jejak langkah abangnya, Syed Zulfadhli, 25, sebagai jurutera menjadi pendorong dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai hasratnya itu.
“Sebelum ini abang yang dapat 9A dalam SPM, sekarang saya berasa bangga kerana berjaya menjejak langkah abang untuk memperoleh keputusan serupa.
“Sejak kecil lagi kami adik-beradik berjanji kepada ayah dan ibu untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya mengubah nasib keluarga dan hari ini saya amat bersyukur kerana janji itu dapat ditunaikan,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pelajar SMKSS bagi sesi 2018.
Sementara itu, bapanya, Syed Putra Tuan Baharu, 57, berkata, dia sentiasa memberi dorongan kepada anak-anaknya supaya gigih dalam menuntut ilmu sekali gus menjadi orang yang berjaya dan berbakti kepada ibu bapa serta masyarakat.
“Sejak mereka kecil saya ajar semua anak-anak hidup bersederhana dan berjimat-cermat, malah sentiasa menyediakan imbuhan kepada mereka yang berjaya dalam pelajaran sebagai penghargaan.
“Sebagai bapa, saya bersyukur dan berbangga kerana berjaya mendidik enam anak untuk berjaya dalam pelajaran dan berharap mereka terus menggapai kejayaan pada masa akan datang dalam bidang yang diceburi,” katanya.
Ibu Syed Azli, Faudziah Mohamad, 52, pula berkata, dia selalu mengingatkan anak-anaknya supaya berdoa sambil berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
“Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa usaha dan doa yang tidak putus-putus, itu pesan saya kepada anak-anak.
“Ibu mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini, anak bongsu kami akhirnya berjaya mengikuti jejak langkah abangnya memperoleh 9A dalam SPM,” katanya.
Pada majlis itu, Pengetua SMKSS Wan Rohana Wan Mansor menyerahkan slip peperiksaan kepada 218 calon SPM selain sijil penghargaan kepada tujuh pelajar yang memperolehi 9A.
sumber :hmetro
The post Raih 9A SPM Anak Peng@wal Keselamat@n Dedah Rahsianya, fuh meruntun jiwa sesiapa yang baca appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/raih-9a-spm-anak-pengawal-keselamatan-dedah-rahsianya-fuh-meruntun-jiwa-sesiapa-yang-baca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Hari Tinggalkan Anak Kerana Sindrom Down Pengakuan Bapa Ini Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Membacanya

10 Hari Tinggalkan Anak Kerana Sindrom Down Pengakuan Bapa Ini Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Membacanya

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 458 hits
Kelahiran cahayamata adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap pasangan yang bergelar suami isteri Malah momen kelahiran anak tersayang menjadi kenangan manis dan begitulah sebaliknya Namun setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembu...
Meruntun Jiwa Saat Pertemuan Anak Dan Bapa Selepas Berpuluh Tahun Terpisah Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Jurugambar Ini

Meruntun Jiwa Saat Pertemuan Anak Dan Bapa Selepas Berpuluh Tahun Terpisah Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Jurugambar Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 581 hits
Diana Kim merupakan seorang jurugambar di mana hobinya mengambil gambar sejak berada di zaman kolej Diana gemar mengambil gambar gelandangan dan kerana hobinya itu menemukan dia dengan bapanya yang telah berpisah selama berpuluh tahun Penem...
Semua Yang Doakan Anak Saya Saya Baca Satu Satu Dan Aminkan Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba Tiba Bercakap

Semua Yang Doakan Anak Saya Saya Baca Satu Satu Dan Aminkan Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba Tiba Bercakap

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 408 hits
Semua Yang Doakan Anak Saya Saya Baca Satu Satu Dan Aminkan Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba Tiba Bercakap Perkongsian seorang bapa mengenai ragam anak sulungnya yang masih belum pandai bercakap ketika usianya sudah tiga tahun telah tular...
Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 517 hits
Menerusi halaman facebook Siakap Keli pemilik FB Nurjuliana Rahmat meninggalkan komen yang mencuri perhatian wanita ini mendedahkan sikap sebenar Anak Yatim yang baru sahaja tular di media sosial semalam Komen yang ditulis oleh wanita terse...
Artis Pun Mampu Didik Anak Jasmin Hamid Bangga Anak Cemerlang Spm

Artis Pun Mampu Didik Anak Jasmin Hamid Bangga Anak Cemerlang Spm

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 1175 hits
unable to retrieve full text content Anak lelaki Jasmin Hamid iaitu Ian Haziq berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 Ian yang merupakan pelajar Asia Pacific Schools Selangor berkata dia meluahkan rasa sy...
Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 677 hits
Seringkali terlihat gambar atau video ibu bapa mencium mulut anak anak sebagai tanda kasih sayang Namun bagi ibu bapa yang beragama Islam ketahuilah bahawa perbuatan seperti itu adalah tidak digalakkan SEJAK akhir akhir ini menjadi trend ib...
Rahsia Isteri Sentiasa Macam Anak Dara Para Isteri Mesti Baca

Rahsia Isteri Sentiasa Macam Anak Dara Para Isteri Mesti Baca

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 685 hits
Rahsia isteri sentiasa macam anak dara Para isteri mesti baca Assalamualaikum wbt Wah wahh wahh mesti berbunga bunga je hati kan bila encik suami asyik puji isteri dia kan Yang paling best bila encik suami cakap isterinya sama macam anak da...
Enam Anak Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al Quran Ibu Dedah Rahsia Didik Cahaya Mata

Enam Anak Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al Quran Ibu Dedah Rahsia Didik Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 380 hits
Sebagai seorang ibu yang tidak kenal erti penat lelah bagi membesarkan cahaya mata mereka pasti berasa bangga apabila anak anaknya itu mencapai satu kejayaan dalam hidup mereka Begitu juga kisah mengenai seorang ibu Nor Latifah Abdul Rahman...
Baca Doa Ini Semasa Memasak Insyaallah Anak Takkan De Gil Dan Mela Wan Cakap Kita Rileks Media

Baca Doa Ini Semasa Memasak Insyaallah Anak Takkan De Gil Dan Mela Wan Cakap Kita Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 401 hits
Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia Walau pergi ke hujung dunia sekalipun seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diinga...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee