Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak
Rrtikel ini dipetik dari tweet saudara Adrian Lim Chee En di laman twitter nya.
PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM: ISYTIHAR DARURAT ATAU TIDAK?
Ada yang desak perisytiharan darurat, ada yang tolak. Tapi berapa ramai yang faham apa yang didesak atau ditolak ni?
Fahamkan dulu "darurat" sebelum capai kesimpulan nak desak atau tolak perisytiharan darurat.
Ada 2 jenis darurat.
A. Darurat Keselamatan:
-Diisytihar oleh YDPA di bwh Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
B. Darurat Bencana:
-Diisytihar oleh PM secara pentadbiran & eksekutif di bawah Perkara 25 Arahan No.20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN
Contoh Darurat Keselamatan:
-Darurat Komunis PKM 1948
-Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kjaan negeri & Persekutuan)
-Darurat Mei 1969
-Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri Pas & kerajaan Persekutuan Umno)
Contih Darurat Bencana:
-Darurat Jerebu Sarawak 1997 (API lebih 600)
-Darurat Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500)
-Darurat Jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750)
Darurat Keselamatan:
Apabila diisytihar, undang-undang biasa TIDAK TERPAKAI. Kerajaan berkuasa gubal APA2 UNDANG2 meskipun ia melanggar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Contoh: Kerajaan boleh tahan tanpa bicara orang-orang yang mengeruhkan keadaan.
Tempoh Darurat Keselamatan juga tidak terhad, maka timbul persoalan penyalahgunaan kuasa.
Contoh: Darurat Sarawak 1966, Darurat Mei 1969 & Darurat Kelantan 1977 yang disenaraikan di atas hanya dibatal pada tahun 2011.
(Dalam erti kata lain, darurat2 tersebut bertahan hampir 45 tahun!)
Darurat Bencana (yang bawah MKN):
Apabila diisytihar, membolehkan penggembalengan & kerahan bantuan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan, Kementeriannya & agensi2nya. Pembiayaan pengurusan, pemulihan & sebagainya ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
Namun, seperti Darurat Keselamatan, 'kebaikan' Darurat Bencana adalah subjektif & perlu diteliti pro kontranya secara case by case.
Ia hanya diisytiharkan jika betul2 TIADA PILIHAN LAIN & kuasa yang darurat adalah SATU-SATUNYA percubaan untuk menangani masalah. (Percubaan ye, bukan jaminan)
Kedua-dua Darurat Keselamatan & Darurat Bencana boleh diumum untuk Pasir Gudang, kalau betul2 tiada pilihan lain.
-Blh DK, sbb peruntukan DK sangat luas- "keselamatan, ekonomi, nyawa terancam".
-Blh DB, sbb ini kan "bencana".
Tapi sebelum argue nak darurat ke tak, teliti secara rasional:
Ada tak benda yang tidak mampu dilakukan sekarang sebab bukan darurat?
Ada tak kerja yang hanya mmpu dibuat dengan adanya darurat?
Kalau takde, buat apa nak perintah berkurung, jadikan bandar dead town, jejaskan semangat federalisme dan lain-lain? Gila kah?
Kene faham. Darurat bukan magic dimana sekali pakai semua masalah setel. Ia hanya diisytihar jika memang TIADA PILIHAN LAIN, maka TERPAKSA CUBA darurat yg tidak menjamin apa-apa penyelesaian.
Sebab tu jarang darurat diisytihar, kecuali Komunis 1948/ Mei 1969. Itupun masalah tak selesai pada ketika itu.
Perlu darurat ke tak, (tanya soalan-soalan sebegini:)
i) Kerajaan negeri takde duit sebab tu Federal kene biayai segala kos? Tidak.
ii) Wujud ketegangan antr negeri & pusat sbbtu kerja tdk blh diselaraskan? Tidak juga.
So nk isytihar darurat kenapa? Yang desak darurat, faham ke tak apa yang dituntut ni?
Jika perisytiharan darurat mendatangkn lebih banyk benefit berbanding tiada darurat, desaklah darurat. Sebab itu satu2 nya percubaan yang ada dan kita rela gadai segalanya.
Memandangkn tiada benefit mampu dicapai dengan darurat, malah lebih parah keadaan terjadi, tak perlulah isytihar darurat.
Sebenarnya pemimpin2 kerajaan dahulu pun tau kesan darurat, tapi memilih untrk pura-pura tidak tau & desak perisytiharan darurat bagi mengeruhkan keadaan & raih sokongan politik.
Saya tunjuk dalam tweet berikut.
Tau tak, zaman Najib PM, lebih 220 RIBU (lebih 10 kali ganda sekarang) mangsa terkesan dengan banjir 2014. Berpuluh2 mati, kerosakan rumah bagai cecah berbilion2.
Najib (Umno) tak isytihar darurat meskipun didesak Ketua Penerangan Umno si Annuar Musa.
Alasan Najib pada ketika itu: Sebab darurat tak boleh claim insurans.
TIPU. Sebab ada ke takde darurat, insurans memang tidak cover kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, melainkan awak tambah premium untuk melindungi bencana alam.
Dua jenis pro-darurat:
A. Bona fide. Niat ikhlas. Dia tidak faham kesan darurat tapi ingat secara ikhlas darurat pnyelesaian masalah. So dia desak darurat.
B. Mala fide. Niat keji. Dia faham kesan darurat lebih parah. Tapi dia sengaja desak sebab nak keruhkan keadaan.
Kita sebagai manusia yang berhati perut kalau nak desak sesuatu, biar desakan itu ikhlas.
Kalau nak darurat, pastikan dulu darurat membuahkan faedah kepada mangsa2. Jangan jadi manusia keji ambil kesempatan atas musibah ini untuk berpolitik. Mangsa-mangsa tu bukan modal untuk kembali berkuasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/03/baca-penjelasan-lelaki-ini-tentang-isu.html