Tragedi Kemalangan Ngeri 5 Tahun Lalu Tak Halang Rozaimi Kembali Berharap
Kelibat Rozaimi amat dinanti-nantikan oleh penyokong setia pasukan itu selepas mencipta nama dalam kancah Liga-M bersama Johor Darul Ta'zim (JDT)
Rozaimi tunjuk minat tabur bakti di Sabah Pemain yang pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 ini masih belum ditawarkan kontrak biarpun telah memberi bayangan bertapa beliau mahu kembali berbakti kepada Sabah FC. T atkala pasukan lain sibuk membentuk pasukan musim hadapan, Sabah FC dilihat "Slow" untuk membentuk pasukan mantap musim akan datang.
Bagi Rozaimi Abdul Rahman pula, pemain itu telah menyatakan hasrat beliau untuk bermain dengan pasukan Sabah namun masih belum ada tanda pihak Sabah FC untuk menawarkan kontrak kepada pemain itu.
Melalui perkongsian dalam akaun facebooknya, Rozaimi berkata tidak memikirkan soal gaji dan beliau mahu bermain dengan pasukan Sabah, meskipun pemain itu telah menerima banyak tawaran daripada pasukan Liga Super yang lain.
Rozaimi mungkin akan ke pasukan lain selewat-lewatnya pertengahan bulan disember ini jika Sabah tidak menawarkan sebarang kontrak kepadanya.
"Discipline is the key of success in football"...among the word he gave to the boys... Rozaimi, SM La Salle Padang Training Mengenai perkongsian beliau mengenai 'bad attitude' itu adalah nasihat dan peringatan kepada semua pemain sedia ada dalam pasukan Sabah. Rozaimi minta penyokong beliau untuk tidak salah faham.
Soal gaji biar pengurusan yang tentukan, Rozaimi datang bukan untuk menjadi 'bintang'. Memang hatinya ingin bermain dengan pasukan negeri kelahirannya.
Perkongsian ini hadir bila beliau menjawab perkongsian facebook milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Datuk Verdon Bahanda bila rata-rata penyokong mengaitkan perkongsian posting tersebut ditujukan kepada beliau.
Kemungkinan disebabkan jurulatih baharu yang dilantik masih menyebabkan pemilihan pemain tidak boleh dibuat sesuka hati memandangkan jurulatih adalah entiti yang bertanggungjawab untuk membentuk pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Datuk Verdon Bahanda sebelum ini telah melakukan perjumpaan dengan Rozaimi di Kota Kinabalu.
Setelah Perjumpaan itu, wakil Borneo itu membuat keputusan tidak akan sewenang-wenangnya berbelanja demi memantapkan pemain sambil menuntut pengorbanan semua pihak.
"Cuma saya tidak akan buat keputusan secara berseorangan memandangkan saya mempunyai pasukan, jurulatih dan pengurusan.
"Penurunan kuasa itu sebenarnya sudah diserahkan kepada pengurusan dan jurulatih agar mereka dapat merencana pemilihan pemain," katanya.
"Saya harap pemain-pemain bintang ini (sudi) memberikan situasi menang-menang.
"Apapun, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai pemberian gaji sebab kami belum ada kata sepakat lagi dalam isu ini.
"Seboleh-bolehnya kami tuntut pemain-pemain dari sini yang bermain untuk pasukan lain boleh berkhidmat dan menabur bakti kepada Sabah."
Imbas kembali Tragedi Hitam Rozaimi terlibat dalam kemalangan bersama sepupunya Mohd Fariss dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Likas
Bekas Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Md Rozaimi Abd Rahman mengakui bukan mudah untuk membuktikan kembali keupayaannya beraksi dalam kesebelasan utama selepas bergelut dengan kecederaan akibat kemalangan 5 tahun lalu.
Bekas pemain JDT II ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan beraksi dalam skuad utama musim ini termasuk diturunkan dalam perlawanan penting aksi separuh akhir Challenge Cup dan terbaru, final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
“Selepas kemalangan pada tahun 2015, memang saya makan masa untuk betul-betul sembuh dan bukan mudah untuk kembali cergas seperti sebelum ini.
“Apabila dapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama, saya akan buktikan sedaya upaya kemampuan yang ada tetapi semua itu bukan senang kerana perlu bersaing juga dengan pemain lain.
Pemain berusi 27 tahun ini berjaya menjaringkan enam gol di saingan Liga Premier 2019 dan dua gol dalam aksi Challenge Cup bersama JDT II musim lalu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2020/12/tragedi-kemalangan-ngeri-5-tahun-lalu.html