Tragedi Di Bangsar Persatuan Penduduk Mohon Cctv Sejak 5 Tahun Dulu


Faisal Asyraf
Kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, Bangsar, sehingga menyebabkan kematian bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Wan Hassan Wan Embong mungkin dapat dielakkan sekiranya kawasan di situ dilengkapi dengan sistem pengawalan keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV), kata persatuan penduduk setempat.
Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya (BBRA) M Ali memberitahu Malaysiakini penceroboh memasuki banglo mangsa dari belakang dengan menyelinap melalui longkang di sepanjang jalan di antara Jalan Mambu dan Jalan Tualang.
Banglo mangsa terletak di Jalan Mambu. Wan Hassan, 71 tahun, dibunuh di kediamannya selepas perompak tersebut memecah masuk sekitar jam 3 pagi pada 29 Nov.
Dalam kejadian tersebut isteri Wan Hassan terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian tangan.
Kedua-dua perompak itu telah melarikan diri dengan beberapa barang peribadi pasangan terbabit sebelum polis berjaya menahan 10 individu, termasuk suspek utama dalam masa kurang dari 48 jam selepas kejadian.
Menurut M Ali, jalan utama di Jalan Mambu dilengkapi dengan ciri kawalan keselamatan tetapi tidak di Jalan Tualang tidak.
Akibatnya, kawasan itu terdedah kepada pecah masuk memandangkan kedua-dua jalan tersebut bersilang di lorong belakang.
Lihat secara positif
Lima tahun lalu, BBRA memohon kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyediakan sistem pengawalan keselamatan di sepanjang Jalan Tualang dan pemasangan CCTV di kawasan tersebut tetapi tidak berhasil.
"Sejak lima tahun yang lalu, persatuan penduduk telah memohon dan meminta DBKL beberapa kali agar adakan sistem pengawalan keselamatan di Jalan Tualang, kerana dengan itu bukan saja Jalan Tualang akan dilindungi, tetapi juga di jalan belakang antara Jalan Tualang dan Jalan Mambu juga sebagai langkah pencegahan.
"Bagaimanapun, usaha kami tidak diendahkan oleh kakitangan DBKL ketika itu bahkan permohonan kami kepada untuk pemasangan CCTV di lokasi-lokasi strategik belum menampakkan hasil yang positif," kata M Ali.
Dia berkata, penduduk di sekitar kawasan tersebut bimbang dan terganggu selepas kes rompakan itu.
M Ali menyuarakan kekecewaannya kepada pihak berkuasa dan menekankan pihak berkuasa tempatan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri perlu mendengar suara penduduk.
"Mereka harus melihat usaha yang dilakukan oleh penduduk dengan semangat positif dan bukannya melihatnya dengan birokrasi dan kemudian hanya bertindak setelah perkara yang tidak diingini terjadi.
"Kami kehilangan seorang penduduk di kawasan kami. DBKL dan pihak berkuasa yang berkaitan mesti proaktif setiap masa apabila ia melibatkan isu keselamatan,” katanya.
BBRA telah memohon kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Ngah untuk mengadakan pertemuan dan memberikan persetujuan yang diperlukan untuk memperkenalkan sistem pengawalan keselamatan di situ.
Malaysiakini telah menghubungi Mahadi dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk mendapatkan penjelasan.
Sementara itu Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Park, Nitesh Malani, berkata anggotanya juga terkejut dengan kejadian yang berlaku berhampiran kawasan kejiranan tersebut.
Dia juga telah meminta DBKL memasang CCTV di kawasan perumahan.
"DBKL mesti menyediakan peruntukan agar CCTV dipasang di kawasan perumahan; meluluskan skim kawalan keselamatan secara berpagar yang bersesuaian; dan kerap berkomunikasi dengan persatuan penduduk," katanya.
M Ali dan Nitesh turut mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan semula program Bandar Selamat yang dianggap berkesan mencegah jenayah sebelum ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/tragedi-di-bangsar-persatuan-penduduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganut Jainisme Telah Memakai Pelitup Muka Sejak Ribuan Tahun Dulu

Penganut Jainisme Telah Memakai Pelitup Muka Sejak Ribuan Tahun Dulu

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 721 hits
Semasa penulis mencari bahan untuk ditulis bagi entri terjumpa pula gambar di bawah yang memaparkan seorang penganut setia agama Jain mengenakan topeng pelitup muka Apabila diselidik latarbelakang gambar ini penulis terkejut apabila mengeta...
Dolar Jatuh Ke Tahap Paling Rendah Sejak Tahun 2018

Dolar Jatuh Ke Tahap Paling Rendah Sejak Tahun 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 231 hits
Dalam satu wawancara Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin mengatakan bahawa beliau akan membuat panggilan telefon yang dirancang dengan Speaker DPR Nancy Pelosi tujuan utamanya adalah untuk membincangkan rang undang undang rangsangan...
Jenayah Curi Kredit Prabayar Pengguna Melalui Kandungan Sms Kerugian Hampir Rm100 Juta Sejak 10 Tahun Lepas

Jenayah Curi Kredit Prabayar Pengguna Melalui Kandungan Sms Kerugian Hampir Rm100 Juta Sejak 10 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 248 hits
Pernahkah anda menerima SMS berbentuk langganan kandungan terus ke telefon anda dan seterusnya anda dikenakan caj sebanyak antara 50 sen sehingga RM5 untuk setiap SMS berkenaan Perkara ini adalah salah satu jenayah terancang dan kini ia dil...
Kini Jadi Artis Terkenal 10 Sosok Ini Mengawali Karier Dari Ajang Kecantikan Memesona Sejak Dulu

Kini Jadi Artis Terkenal 10 Sosok Ini Mengawali Karier Dari Ajang Kecantikan Memesona Sejak Dulu

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 256 hits
Dari ajang itulah karier mereka terbuka lebar di industri hiburan Tanah Air Ada yang jadi penyanyi pemain film hingga pemain FTV lo
Tragedi Kemalangan Ngeri 5 Tahun Lalu Tak Halang Rozaimi Kembali Berharap

Tragedi Kemalangan Ngeri 5 Tahun Lalu Tak Halang Rozaimi Kembali Berharap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1043 hits
Kelibat Rozaimi amat dinanti nantikan oleh penyokong setia pasukan itu selepas mencipta nama dalam kancah Liga M bersama Johor Darul Ta zim Rozaimi tunjuk minat tabur bakti di Sabah Pemain yang pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik As...
Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal Ke Sana Sini Buka Tombol Pintu Bercakap Macam Kakak Tua

Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal Ke Sana Sini Buka Tombol Pintu Bercakap Macam Kakak Tua

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 302 hits
Penatnya tengok si anak yang tak penat penat ni kata si ibu pada anaknya yang berusia 2 tahun Tanpa ibu sedar sebenarnya fasa ini sangat penting buat si anak untuk meneroka mencuba sesuatu yang baru termasuklah dalam pertuturanya Diamnya ha...
Kisah Sebenar Lelaki The Terminal Yang Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 18 Tahun

Kisah Sebenar Lelaki The Terminal Yang Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 18 Tahun

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 246 hits
Terkandas di lapangan terbang pastinya membosankan Tetapi tahukah anda seorang lelaki bernama Mehran Karimi Nasseri pernah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Perancis selama 18 tahun Beliau ibarat te
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel